CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu ‘Scam’ Ramai Bakal Pengantin, Bekas ‘Wedding Planner’ Merayu Bantuan Nak Bayar Hutang – “Salam 13K, Saya Tak Halalkan“

7-6-2024 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8664| Komen: 53


Seorang ‘wedding planner’ yang pernah tular sekitar tahun 2017 lalu, Zurin Jundi kembali mendapat perhatian selepas memuat naik video di TikTok beberapa hari lepas.

Zurin tular suatu ketika dahulu kerana didakwa telah menipu ramai pelanggan dengan menawarkan pakej perkahwinan dengan harga murah.


Terbaru, menerusi TikTok itu Zurin menangis sambil merayu agar ada yang membantunya untuk melangsaikan kesemua hutang yang membebaninya.

"Saya betul betul merayu serendah-rendah diri, tolonglah saya. Saya dah tak tahu lagi apa nak buat. Saya buang perasaan malu saya."

Kata Zurin dia tidak kisah jika tidak merawat penyakitnya kerana lebih mementingkan hutang yang mencecah RM50,000. Dia turut mempromosikan e-book resipi dijualnya dengan harga RM20.


"Saya sudah tak mampu untuk bekerja sebab saya diserang strok dan ada beberapa penyakit kronik yang lain."


Video itu meraih perhatian ramai terutamanya mangsa-mangsa penipuannya beberapa tahun lalu yang ‘berkampung’ di ruangan komen untuk mengingatkan Zurin tentang kerugian yang mereka alami.

Rata-ratanya mengungkit kisah lama yang tak boleh mereka lupakan apabila ditipu olehnya namun ada sesetengah individu yang akui sudah memaafkan Zurin dan mendoakannya.



Pada 2017, peguam yang mewakili syarikat milik Zurin Jundi berkata pihaknya bersedia berdepan dan berbincang dengan 91 bakal pengantin yang membuat laporan polis terhadap syarikat itu.

Zurin juga berkata dia akan membayar ganti rugi itu secara berperingkat-peringkat dan pelanggannya boleh memilih sama ada mahu meneruskan khidmat kami atau mengambil semula deposit mereka.

"Daripada sejumlah pelanggan yang membuat laporan polis, hanya kira-kira 10 pelanggan sahaja yang mahu mengambil deposit dan selebihnya mahu menggunakan khidmat Zurin Jundi selepas mendengar penjelasan."


SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noell 7-6-2024 04:02 PM
kifarah itu benar sis
Quote Sazreena 7-6-2024 04:15 PM
Ni la namanya nikmat seketika...ko sakau duit tak ingat dunia, aniaya org yg letakkan harapan ujung-ujung kena game...haduhhh.
Quote alieyrina 7-6-2024 08:30 PM
Ramai mangsa dia masih simpan resit. Jenuh aku skrol komen nak tahu apa dia buat dgn duit tu. Masih tiada ketemu jawapan
Quote Cekgushilla 7-6-2024 09:02 PM
Ada sorg paling bodo mintak halalkan duit tu
Aku doakan yg komen tu kena scam 100k
Quote syamzana 7-6-2024 09:06 PM
Cekgushilla replied at 7-6-2024 09:02 PM
Ada sorg paling bodo mintak halalkan duit tu
Aku doakan yg komen tu kena scam 100k

sbb bukan dia yg terkena sesedap rasa nak suh org halalkan. puihhhhh
Quote lanacondor 7-6-2024 10:01 PM
Lepas dato red bt video nangis2 berjaya mendapat simpati org ramai. Maka ramai la scammer ikut jejak langkah yg sama. Contoh akak ni. Sorry la aku hati hitam xpercaya dia ni pny cite. Siapa support dia ni mmg bodoh la. Kalau dia ni berjaya dapat simpati esok boleh la ramai2 berhenti kerja jadi scammer. Lps tu buat video nangis2 mtk sumbangan org ramai. Senang hidup
Quote sharlenetexas 7-6-2024 10:03 PM
Air mata buaya.


Quote miznora 7-6-2024 11:38 PM
Sepupu aku kena dgn dia. Order 1000pax tghri dah takde mknn. Org katering kata zurin ni order 500pax je dgn dia.

Naya adik beradik lain merayau carik mknan dari restoran dekat2 nak cover makanan kat majlis yang dah habis.

Itu mujur orang tu ada duit. Kalau duit dah takde? Takkan nak biar tetamu datang tekulat2 takde makanan
Quote cmf_jeangrey 7-6-2024 11:57 PM
Dah nama pun scammer...MO dia pakai kopiah, telekung, airmata, tinggal dlm reban ayam..siapa percaya eloklah rendam kepala tu dlm jamban sbb jadi enabler manusia2 penipu ni..so no sympathy from me


Quote Perils 8-6-2024 12:13 AM
Duit byk2 sblm ni ko simpan mana?temberang...tringt kes syrkt travel adik coursemate aku,berjuta dia tipu,manatah dia sorok duit2 agaknya.
Quote gigahertz 8-6-2024 02:11 AM
sharlenetexas: Air mata buaya.

i ingatkan dia serupa cantik dalam gambar iklan tu
saja la google ...sekali tengok gemuk gedempul orangnya

Quote Tinot7 8-6-2024 05:58 AM
Perils replied at 8-6-2024 12:13 AM
Duit byk2 sblm ni ko simpan mana?temberang...tringt kes syrkt travel adik coursemate aku,berjuta dia ...

Dah habes buat joli atopon bubuh kat offshore account utk dijoli sakan kendian hari
Quote dagusengett 8-6-2024 06:03 AM
Ada dok tgk tiktok dia
Harap mangsa2 usaha lagi utk recover hutang tu
Dia pun komen suruh wassap dia
Quote gekkou 8-6-2024 09:41 AM
masalahnya dia komen bagi tau org yang dia scam untuk dm sebab dia nk bayar
at the same time dia minta derma
dia nk bayar duit scam org tu dgn apa
duit derma?

sapa yng derma mmg bodoh n enabler scammer
yang suruh halal semoga dia sendiri kena scam
bukan keluarga terdekat
tapi diri sendiri
Quote jas7512 8-6-2024 09:45 AM
Gi mampuslah syaitan2 ni dan org msia jgn mudah nak bersimpati sgt
Quote divalaura 8-6-2024 11:46 AM
kau sakau duit orang, kau aniaya orang yang berharap pada kau, time tu kau lupa ya kak?
kau buat jahat kat orang kak..bukan kau dianiaya! tapi kau yang aniaya orang!
yes, memang orang boleh kata "hari ni hari dia, hari kita belum tahu macam mana"
tapi baru sekarang kau nak malu? baru sekarang nak menangis meratap?
ada kau mintak maaf pada mangsa2 yang kau aniaya?
sikit pun tiada rasa kesian pada kau kak
Quote Thunderclouds 8-6-2024 12:21 PM
Hahahahaaha.. Literal meaning of gali lobang tutop lobang versi muslimah
Subur sungguh bisnes scamming kt bolehland.
Mcm di baja²
Quote Thunderclouds 8-6-2024 12:26 PM
Yg beli ebook resipi 20hinggit dia tu mmg bingat yg teramat.
La ni hapa menda suma leh dpt foc siap ngn bidio tutorial.
Penipu mcm ni patut dibiar aje hidup merempat sampai kiamat.
Quote ezacbee 8-6-2024 05:22 PM
Sapa lah si bodo nak menderma tu..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.094348 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top