CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 PIBG SMJK, SMC di Pulau Pinang bantah pelaksanaan satu kelas guna BM sebagai bahasa pengantar

7-6-2024 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5438| Komen: 61

Description: KUALA LUMPUR — Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang membantah keras pelaksanaan ...

Foto: Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang, Datuk Seri Koay Hean Eng (tengah) yang membantah pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

KUALA LUMPUR — Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang membantah keras pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sekolah separuh kerajaan jenis Cina terbabit mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas.

Mereka juga menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mendengarkan bantahan dikemukakan, menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal Program Dwibahasa (DLP) dalam Sains dan Matematik.


Kedua-dua mata pelajaran itu ketika ini diajarkan dalam Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang, Datuk Seri Koay Hean Eng yang mewakili 11 sekolah berkenaan berkata, surat Jabatan Pendidikan Negeri bertarikh 15 April sudah dihantar kepada pengetua 36 Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan 52 SMJK serta SMK.

Beliau berkata surat itu secara rasmi mengumumkan salah satu arahan kementerian adalah menguatkuasakan pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua SMJK mulai tahun ini selain kelas tersebut juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya 20 pelajar.

“Kami, wakil Lembaga Sekolah dan 11 PIBG sekolah di Pulau Pinang, ingin menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas bukan DLP bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam semua SMJK dan SMC di Pulau Pinang.

“Ia menyebabkan percanggahan besar di dalam kalangan ibu bapa yang menentang keras dasar itu. Ia juga menimbulkan masalah yang tidak perlu kepada pentadbiran sekolah. 

“Akibatnya, ia menimbulkan kekeliruan dan ketidakseimbangan psikologi dalam kalangan pelajar.

“Dasar ini sama sekali tidak mengendahkan kehendak ibu bapa dan bertentangan hasrat asal DLP, yang sepatutnya memperkukuh dan melengkapkan pelajar dengan lebih baik dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dan Pendidikan Teknikal dan Latihan (TVET) untuk meneruskan matlamat ‘pelan induk industri baharu 2030,” katanya dipetik Harian Metro hari ini.

Hean Eng berkata DLP dalam bidang Sains dan Matematik bukan hanya dapat memastikan kesinambungan pelajar antara pendidikan menengah dan pengajian lanjutan di kolej dan universiti, malah meningkatkan daya saing pelajar di peringkat antarabangsa.

“Sekiranya hasrat kementerian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu, maka kementerian harus lebih berusaha dalam mereka bentuk semula sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan mengkaji semula kaedah pengajarannya daripada menggunakannya (Bahasa Melayu) sebagai medium pengajaran Sains dan Matematik malah mungkin memberi kesan buruk kepada pelajar yang sudah ‘lemah’ dalam Bahasa Melayu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Perempuan Cina Pulau Pinang, Dr Goh Huck Keen memberitahu pihaknya sudah memulakan kelas tahun ini, namun ibu bapa keberatan membenarkan anak mereka belajar di dalam kelas tersebut.

Huck Keen menjelaskan pelajar untuk kelas berkenaan dipilih berdasarkan keputusan darjah enam mereka.

“Ibu bapa, yang anak mereka berada di dalam kelas, melihat ini sebagai satu bentuk hukuman paksa ke atas anak mereka dan tidak berpuas hati dengan keadaan itu. 

“Mereka juga secara berterusan membangkitkan perkara ini dengan pihak pentadbir sekolah,” katanya. 

Untuk rekod, DLP atau Dual Language Programme merupakan program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang ditetapkan KPM. 

Program itu dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). 

Sumber — The Merdeka Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 7-6-2024 04:20 PM
walau 1 kelas saja pon tableh tau...#kitapelintahsikalangma
Quote pokokmeranti 7-6-2024 04:22 PM
klu mandarin bolehhhhhhhh oooooooooo....melayu2 kita talak mauuu
Quote gigahertz 7-6-2024 04:44 PM
kalau macam tu jangan bagi dia jual produk makanan pakai bahasa melayu la.
suruh dia jual pakai tulisan cina.
Quote sharlenetexas 7-6-2024 04:50 PM
Skuau replied at 7-6-2024 04:20 PM
walau 1 kelas saja pon tableh tau...#kitapelintahsikalangma

Kalau tulisan jawi lagilah bertempik. Keluar semua tanglung.

Quote sharlenetexas 7-6-2024 04:51 PM
gigahertz replied at 7-6-2024 04:44 PM
kalau macam tu jangan bagi dia jual produk makanan pakai bahasa melayu la.
suruh dia jual pakai tuli ...

Jangan guna logo kubah.
Jangan letak gambar perempuan pakai tudung.
Letak je gambar macam bedak nyonya kat packaging.

Quote otai_g 7-6-2024 04:51 PM
Ada jgk negara yg rakyatnya menolak bangsa kebangsaan negara sendiri utk diajar di negaranya. Kedengaran agak lucu ya kalian
Quote menjad 7-6-2024 04:55 PM
apa punya rakyat gini tak menjunjung bahasa kebangsaan negara nya sendiri. tapi bila berniaga kemain nak bangsa melayu barang dorang. ehhhhhh boikot ajer lah. beli ajer barang melayu punya ... dah bersepahhhh kot.

Quote jihyomelly 7-6-2024 04:57 PM
cainis penang gitu la…makin lama makin menjadi2 sejak meroket malaysia nih…tak lama lagi bumi dipijak milik org mcm lagu anak kecil main api tu…
Quote Skuau 7-6-2024 04:58 PM
sharlenetexas replied at 7-6-2024 04:50 PM
Kalau tulisan jawi lagilah bertempik. Keluar semua tanglung.


TETAPI...lu olang misti mau undi kita maaa..serupa u olang buat itu prk kkb.
Quote AJENALI 7-6-2024 05:01 PM
Terus bantahan ya.  Sampai bila nak mahir BM kalau gitu? Baru plan 1 kelas pun dah membantah. Siapa y perkauman sekarang?
Quote krustykrab 7-6-2024 05:08 PM
sharlenetexas replied at 7-6-2024 04:51 PM
Jangan guna logo kubah.
Jangan letak gambar perempuan pakai tudung.
Letak je gambar macam bedak ny ...

Ya kita haramkn mereka jual brg guna apa2 yg melambangkn melayu, islam, tulisan jawi. Lg elok kita asingkn logo halal tu ikut keluaran islam/ non muslim.
Quote Cekgushilla 7-6-2024 06:35 PM
otai_g replied at 7-6-2024 04:51 PM
Ada jgk negara yg rakyatnya menolak bangsa kebangsaan negara sendiri utk diajar di negaranya. Kedeng ...

Kann begitu hinanya bahasa kebangsaan negara tu sampai tidak mahu dipelajari oleh warganegaranya
Boleh tak bnda ni dijadikan satu kes menghina  negara sbb ibarat menghina bahasa kebangsaan negara
Tak pernah lgi terjadi di mana2 negara di dalam muka bumi ni WARGANEGARA tidak mahu belajar bahasa rasmi negara itu secara lebih mendalam
Sila jadikan ini sebagai kes menghina negara
Quote Skuau 7-6-2024 06:45 PM
Cekgushilla replied at 7-6-2024 06:35 PM
Kann begitu hinanya bahasa kebangsaan negara tu sampai tidak mahu dipelajari oleh warganegaranya
B ...


sb tu..la kami mau perintah...ada ka mau 'tangkap sendiri'....muka sapa nampak bengong sekarang?
Quote edayildiz 7-6-2024 06:48 PM
sedar sikit diri tu tinggal kt mana
Quote Belibis 7-6-2024 08:34 PM
'penang elok dah'
[em:3:][em:3:]
Quote otai_g 7-6-2024 09:07 PM
Cekgushilla replied at 7-6-2024 06:35 PM
Kann begitu hinanya bahasa kebangsaan negara tu sampai tidak mahu dipelajari oleh warganegaranya
B ...

Ngak bisa di apa2in Kes ini. Presidennya udah diikat kakinya. Bisain dijatuhi bila2 masa mengikut kehendak pengikatnya.

Begitu malang negeri anak British ini
Quote ChildrenOfBodom 7-6-2024 09:08 PM
Kalau nak juai barang kt tiktok baru cakap melayu walaupun bunyi mcm sial
Quote JunkMail 7-6-2024 09:36 PM
Tanah rizab Melayu nakk.. UiTM nakkk.  Mara nakkkk ... Bahasa Melayu big no no nanti terjejas kecinaan kot..
Quote sharlenetexas 7-6-2024 09:38 PM
Edited by sharlenetexas at 7-6-2024 09:39 PM
krustykrab replied at 7-6-2024 05:08 PM
Ya kita haramkn mereka jual brg guna apa2 yg melambangkn melayu, islam, tulisan jawi. Lg elok kita ...


Sedar pun kuasa membeli orang Melayu Islam.
Contohnya letak nama Pau Ahmad. Kenapa bukan Pau Christopher Lim?




Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050863 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top