Penyanyi Iman Troye memberitahu dia akan membuat laporan polis sekiranya menerima ugutan yang mengancam nyawanya dan keluarga. Menerusi temu bual bersama OhBulan! Iman berkata, dia dan keluarga pernah menerima ugutan sebelum ini. Walau bagaimanapun dia memilih untuk mengabaikan ugutan tersebut kerana yakin ia dibuat oleh individu bawah umur. "Sebagai selebriti, buli siber adalah perkara biasa. Cuma, saya lebih suka tidak melayan ugutan selagi mana tak jejaskan hidup. Lagipun, bila tengok profil netizen tinggalkan komen, mereka masih budak-budak." "Mungkin terlepas cakap atau sahaja nak sakitkan hati, jadi saya lebih senang tak mengendahkan." "Sekiranya ugutan boleh mengancam nyawa saya dan keluarga, barulah saya buat laporan polis." Tambah Iman, dia suka membaca komen netizen di media sosial. Namun, masih mempunyai batas jika ia keterlaluan.
"Keterbukaan tetap ada batasnya. Sekiranya keterlaluan saya akan berhenti membaca." "Saya tak pernah rasa tertekan dengan kecaman dilemparkan. Sebaliknya, saya akan ambil komen negatif sebagai motivasi untuk perbaiki diri." "Saya bersyukur ada yang menegur, saya tak suka bongkak, tolak tepi dan marah balik teguran netizen." "Saya lebih suka ambil secara positif kerana itu sebenarnya dapat memperbaiki lagi kekurangan saya." Sumber : OhBulan |
ADVERTISEMENT