CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hati Khai Bahar ‘Kosong’, Nafi Ligat Berparti Di Kelab Malam

6-6-2024 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8169| Komen: 74

Description: Penyanyi Khai Bahar tampil membuka mulut mengenai dakwaan dirinya semakin liar dan suka ‘berparti’ seperti yang diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Penyanyi Khai Bahar tampil membuka mulut mengenai dakwaan dirinya semakin liar dan suka ‘berparti’ seperti yang diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Khai Bahar berkata, dia tidak menghadiri sebarang parti seperti yang dimaksudkan sejak kehilangan ibu tercinta.

"Saya tak kata saya seorang yang baik. Saya tak ambil kisah apa benda yang kawan-kawan saya nak buat. Saya jumpa mereka pun untuk sambut hari jadi dan makan-makan sahaja. Itupun saya kurang berjumpa dengan mereka apabila mak saya sakit sekitar awal 2022."

"Pada masa itu juga saya berhenti secara agresif lepak dengan mereka sebab hormat emak kurang sihat. Kadang-kadang kami lepak pergi karaoke sahaja. Padahal karaoke itu biasalah tutup lampu macam bilik vip pasti dihidangkan snek, air berkarbonat dan sebagainya. Saya rasa benda itu sekadar nak hiburkan diri sendiri sebelum mak saya sakit."


"Lepas emak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan lepak. Fokus utama saya kepada mak. Saya tak pergi sana sini. Sebab benda itu melalaikan saya untuk melupakan mak saya."


Tambah pelantun suara ‘Luluh’ ini lagi, dia pernah mengajak kawan-kawannya untuk datang ke rumah bagi sesi karaoke.

Saya bagitahu mereka kalau nak jumpa atau karaoke datang ke rumah, kita boleh lepak rumah. Biljk saya besar dan ada kelengkapan. Rumah saya ada keluarga iaitu abang, adik dan kakak saya.

Oleh sebab itu, dia menafikan segala dakwaan yang tersebar berikutan parti liar itu.

"Karaoke sahaja dakwaan parti itu tidak benar. Pandangan orang tengok karaoke itu lain-lain. Bilik murah lain, mahal lain. Perkara ini dah dua tiga tahu lepas timbul."

"Sekarang saya memang tiada hati langsung, kosong dan fikir arwah mak saya. Saya rasa semua benda macam ‘stuck’."

Anak kelahiran Perlis ini turut mengakui bahawa dakwaan yang wujud itu mungkin disebabkan salah faham antara segelintir pihak.

Disoal pula mengapa jarang memuat naik foto bersama kawan-kawan yang didakwa suka kaum sejenis, Khai secara ringkas menjawab, kawan-kawanya itu masih wujud dan mereka masih berkawan baik.

"Bila dah timbul isu gambar sebelum ini, kawan-kawan saya faham keadaan saya sebagai seorang penyanyi. Mereka tak nak lagi timbul isu sedemikian kerana ia sensitif."

"Mereka faham saya kena senyum ketika kerja, saya tak nak tunjuk sedih. Saya kena kuat. Balik rumah saya seorang yang paling lemah. Saya takkan tunjuk dekat adik beradik sebab tak nak semua orang bersedih. Biar saya luah bersendirian di dalam bilik."

Ditanya pula mengenai pandangan keluarga mengenai isu yang lalu, Khai memberitahu keluarganya tidak pernah mengajukan apa-apa soalan.

"Mereka tak tanya sebab mereka dah kenal saya dari kecil macam mana. Mereka nak tanya pun ada batas."

Khai yang ditemui pada Media Gathering di Damansara, hari ini turut memaklumkan dia tidak kisah dengan gosip yang melanda dirinya.

"Ikut suka asalkan orang buat fitnah itu puas hati sampai dia penat dia akan berhenti. Nak berlawan balik pun tiada faedah. Siasat la sampai dapat, saya tak buat apa pun."

Sumber ; OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 6-6-2024 06:54 PM
Dia tak nampak mcm jenis lepak kelab malam.
Tapi jenis berkumpul dengan kawan-kawan dan kadang-kadang ikut kawan-kawan ke kelab.
Quote OsHiN_hOnEy 6-6-2024 06:59 PM
yg dia ke bali dgn sejenis semua tu masa mak dia sihat ker?
knp cerita dia berbelit, atau wartawan yg bingai?
dia mcm KA ker mana2 mesti bawak 'bestie'yg sama?
Quote sukanyanyi 6-6-2024 07:34 PM
OsHiN_hOnEy replied at 6-6-2024 06:59 PM
yg dia ke bali dgn sejenis semua tu masa mak dia sihat ker?
knp cerita dia berbelit, atau wartawan y ...

Disebabkan iols folo heols, iols ingat la jgk timelinenya, lalu iols sahkan dgn cari balik berita lama.

Rasanya news psl mak dia masuk wad tu kuar 2x. 1 around sept 2022. Masa ni heols cancel sume shows n balik kg. 1 lg around aug 2023. Heols nak balik, tp kete barunya rosak tgh jalan n terpaksa tunda sampai dpt sewa kete lain. Yg dia gi bali tu july 2023 sbb masa tu kuar rumours psl kwn2 gayah tu. Lepas tu time mak dia ninggal awal taun ni tu pun heols tgh bercuti lak kat langkawi plak, so heols cari bot terus balik perlis.

Kesian jgk kena hentam tp...salah ke kalo heols gi bercuti walaupun mak sakit? Sbb masa gi tu bukan time yg tgh tenat. Dah mmg sakit kan, idup heols kena diteruskan jgk..
Quote OsHiN_hOnEy 6-6-2024 08:40 PM
sukanyanyi replied at 6-6-2024 07:34 PM
Disebabkan iols folo heols, iols ingat la jgk timelinenya, lalu iols sahkan dgn cari balik berita  ...

baca balik pelan pelan
selow selow
dan hadamkan
ada pertanyaan diatas yg ditujukan kat wartawan yg menulis
or sis pun boleh jer bagi explaination
sebab cerita tu mcm pilu sgt2, padahal byk jer kot berparty dgn abam belon
salah tak salah tu kena tepuk dada sendiri sis
bkn tanya kat umum
Quote sukanyanyi 6-6-2024 09:10 PM
OsHiN_hOnEy replied at 6-6-2024 08:40 PM
baca balik pelan pelan
selow selow
dan hadamkan

Eh tak2, sori miscomm ni.. bukan iols kata uols salahkan heols.. iols tanya psl yg hentam dia masa tu, sbb ada yg cam tak puas ati..
Quote sukanyanyi 6-6-2024 09:24 PM
Edited by sukanyanyi at 7-6-2024 01:56 AM
OsHiN_hOnEy replied at 6-6-2024 08:40 PM
baca balik pelan pelan
selow selow
dan hadamkan


Tp lepas kua citer psl abam belon tu iols agak kecewa skit la sbb crush ler jgk. So lps tu mcm turned off sket. Tp iols pecaya dia mmg down psl mak tu sbb nampak heols jenis berjiwa halus lembut sensitip, senang nangis
Quote sukanyanyi 6-6-2024 09:44 PM
Edited by sukanyanyi at 7-6-2024 01:56 AM
rayna_raynes replied at 6-6-2024 06:54 PM
Dia tak nampak mcm jenis lepak kelab malam.
Tapi jenis berkumpul dengan kawan-kawan dan kadang-kadan ...


Uols rasa heols gi ke kelab? Haha naif tol iols pikir party yg dorang tulis tu just party kwn2 celebrate apa2 kat mana2.. kalo dah minat tu mudah tol dikaburi
Quote orangbiasaje 6-6-2024 10:48 PM
abam belon?
Quote sukanyanyi 6-6-2024 11:23 PM
orangbiasaje replied at 6-6-2024 10:48 PM
abam belon?

Iols pon baca org yg cakap.. laki yg buat bisnes belon untuk party.. sado orgnya..
Quote doubleA 7-6-2024 12:07 AM
Kalau takda angin masakan pokok bergoyang
Quote sharlenetexas 7-6-2024 02:56 AM
Keluar jelah dari lemari tu.


Quote Kangkung1M 7-6-2024 03:46 AM
sharlenetexas replied at 6-6-2024 02:56 PM
Keluar jelah dari lemari tu.

Pasangan ni menari tarian yang sama, agak2 you siapa top, siapa bottom?

[TikTok]7262282248798489861[/TikTok]
[TikTok]7095746954314943771[/TikTok]
Quote KamikuP 7-6-2024 03:17 PM
Yg spam byk2 ni pundek ke?Anyhoo.. apa ig abam belon tu? ekekeek
Quote sharlenetexas 7-6-2024 03:25 PM
Kangkung1M replied at 7-6-2024 03:46 AM
Pasangan ni menari tarian yang sama, agak2 you siapa top, siapa bottom?

Tok mokzani sayang betul kat dia.

Quote mizzmimi 7-6-2024 03:53 PM
Stop melepak & karok je.. tapi ada je pi vacay masa mak dia sakit kan.. masa mak meninggal pun tengah vacay ngan tauke belon tu..
Quote mizzmimi 7-6-2024 03:54 PM
"Lepas emak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan lepak. Fokus utama saya kepada mak. Saya tak pergi sana sini. Sebab benda itu melalaikan saya untuk melupakan mak saya."
Quote laksmanabentan 7-6-2024 03:56 PM
OsHiN_hOnEy replied at 6-6-2024 06:59 PM
yg dia ke bali dgn sejenis semua tu masa mak dia sihat ker?
knp cerita dia berbelit, atau wartawan y ...

kahkahhh kahhhh......
ala2 meratapi kepedihan mendalam gitu laaaa...
tak kemana2... hahahhaa...
Quote hokeypokey 7-6-2024 04:32 PM
dia ni suka pompuan ke tak
Quote sukanyanyi 7-6-2024 07:36 PM
hokeypokey replied at 7-6-2024 04:32 PM
dia ni suka pompuan ke tak

As a fan kan iols da givap mengharap heols suka femfuan or tgk heols kawen.. sbb da 30 tp tak nampak gersang nak kawen pon, padahal sah2 dah mampu.. so iols minat talent heols sajork skang.. tp iols idok ler sampey ati nak pikir heols ade bf.. cuma cam, tapayah nak ade gosip lg dgn retis pempuan yach, tau sume tu palsu

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.054372 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top