CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Akan Buat Laporan Polis Sekiranya Ugutan Itu Boleh Mengancam Nyawa’ – Iman Troye

6-6-2024 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2425| Komen: 7

Description: Penyanyi Iman Troye memberitahu dia akan membuat laporan polis sekiranya menerima ugutan yang mengancam nyawanya dan keluarga.


Penyanyi Iman Troye memberitahu dia akan membuat laporan polis sekiranya menerima ugutan yang mengancam nyawanya dan keluarga.

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Iman berkata, dia dan keluarga pernah menerima ugutan sebelum ini. Walau bagaimanapun dia memilih untuk mengabaikan ugutan tersebut kerana yakin ia dibuat oleh individu bawah umur.

"Sebagai selebriti, buli siber adalah perkara biasa. Cuma, saya lebih suka tidak melayan ugutan selagi mana tak jejaskan hidup. Lagipun, bila tengok profil netizen tinggalkan komen, mereka masih budak-budak."

"Mungkin terlepas cakap atau sahaja nak sakitkan hati, jadi saya lebih senang tak mengendahkan."

"Sekiranya ugutan boleh mengancam nyawa saya dan keluarga, barulah saya buat laporan polis."

Tambah Iman, dia suka membaca komen netizen di media sosial. Namun, masih mempunyai batas jika ia keterlaluan.


"Keterbukaan tetap ada batasnya. Sekiranya keterlaluan saya akan berhenti membaca."

"Saya tak pernah rasa tertekan dengan kecaman dilemparkan. Sebaliknya, saya akan ambil komen negatif sebagai motivasi untuk perbaiki diri."

"Saya bersyukur ada yang menegur, saya tak suka bongkak, tolak tepi dan marah balik teguran netizen."

"Saya lebih suka ambil secara positif kerana itu sebenarnya dapat memperbaiki lagi kekurangan saya."

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 6-6-2024 09:58 PM
sape plak ugut iman trojen ni??? sian takde org komen kt adik tok vida
Quote Tunakimchi 9-6-2024 09:50 AM
Dik iman tunjuk gigi je dik iman. Confirm dorg takut
Quote Kurex 9-6-2024 10:20 AM
iols tak tau cite tetiba vida 2.0 kata kena ugut. sesiapa boleh cite apa yg terjadi? ke uols pun tak tau apa2 pasal dia ni?
Quote yeos 9-6-2024 10:57 AM
kenapa panggil dia vida 2.0

Quote tuntasha 9-6-2024 11:02 AM
netizen yg kuat kecam, kaki kutuk ni pun nan hado. aku pernah je ada kena kutuk dengan fans satu retis ni.Perasan nak mati, syok sendiri, bila aku stalk dia alahai. Acik gomen gigi berterabur, laki dia jangan cakap lah.Life dia pun haprak.  Aku ketawakan balik je more to kesian kat dia kalau dunia dia ni setakat bijak on smartphone.
Quote tuntasha 9-6-2024 11:03 AM
you cool cool je Iman.  of cos yang threatening kau bagi je surat lawyer terus. tak payah warning.
Quote pakwetizzaqyah 9-6-2024 01:48 PM
iman trolled

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045943 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top