CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

10 Tahun Berehat Daripada Menyanyi, Mila Jirin Kini Teringin Mahu Bersaing Di Pentas AJL - “Siapa yang tak mahu berada di pentas gah AJL?"

23-5-2024 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3363| Komen: 11

Description: Setelah seketika hilang dari radar seni, penyanyi dan usahawan Mila Jirin membuktikan bahawa bakat dan semangatnya dalam dunia muzik tidak pernah pudar.

Setelah seketika hilang dari radar seni, penyanyi dan usahawan Mila Jirin membuktikan bahawa bakat dan semangatnya dalam dunia muzik tidak pernah pudar.

Penyanyi berusia 37 tahun itu kembali menggemparkan peminat dengan pelancaran muzik video terbarunya, “Sandera”, yang telah mendapat sambutan hangat di saluran YouTube.

Dalam tempoh sebulan sejak dilancarkan, “Sandera” telah meraih 25,000 tontonan, menandakan betapa dirinduinya kehadiran Mila dalam industri muzik. Komentar peminat di media sosial memuji lagu tersebut yang dianggap sangat tepat dan bersesuaian dengan vokal Mila.

Ada juga yang berpendapat bahawa “Sandera” layak untuk dibawa ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana keserasian lirik dan melodi ciptaan Amylea Azizan dengan suara Mila.

Mila, yang sebelum ini berehat selama 10 tahun untuk fokus membina empayar perniagaannya, Bizzmilla, menyifatkan pujian yang diterimanya sebagai satu penghormatan besar. Walaupun baru sahaja kembali ke industri muzik, Mila bertekad untuk tidak menghentikan perjalanan seninya lagi.


“Siapa yang tak mahu berada di pentas gah AJL? Ia adalah impian bagi kebanyakan penyanyi sebagai penanda aras sejauh mana kehebatan sesebuah lagu itu. Saya yakin susunan muzik Amylea memberi magis buat sesiapa saja yang mendengar. Yang penting saya perlukan sokongan semua untuk sama-sama membawa ‘Sandera’ ke pentas berprestij itu,” katanya.

Menurut sumber sebuah laman portal, Mila juga berkongsi bagaimana dia akhirnya mendapat restu suami untuk kembali menyanyi.

“Setahun atau dua tahun lalu, saya ada berkongsi video menyanyi di media sosial dan ramai yang tanya kenapa sia-siakan bakat.

“Walaupun pada mulanya suami agak berat hati kerana kesibukan kami dalam perniagaan, tetapi dia tahu jauh di sudut hati saya masih mahu menyanyi. Alhamdulillah dia izinkan,” ujarnya.



Mila juga berkongsi bahawa proses rakaman lagu tersebut berjalan lancar dan hanya memakan masa selama lima jam, berkat pengalaman dan kesungguhannya.

Mila tidak hanya kembali untuk menyanyi tetapi juga berhasrat untuk mengembangkan bakatnya dalam perniagaan bidang seni. Dia berharap kehadirannya yang baru akan memberi manfaat kepada industri seni dan terus mendapat sokongan peminat.

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 24-5-2024 06:22 PM
lagu kau 1 pun aku tak tau
Quote noor2 24-5-2024 06:26 PM
Tgk gaya lelaki, alim...knp nk menyanyi?..bukan bisnes pun kencang ke...bersyukur la apa yg tuhan dah bg...nk bergelek atas pentas buat apa lagi
Quote Madel 24-5-2024 06:42 PM
Makanan katering Bizmilla dia sedap, dh 2x aku dpt jemputan pengantin.
1 kat Iskandar Puteri, n 1 lagi kat ECO tmn daya.
Dewan pengantin pun cantik n bnyk branch.
Fokus pada bisnes je la lagi bagus
Quote luc 24-5-2024 06:52 PM
Suara dia ni sedap dan ada trademark tersendiri. Sekali dengar dah tahu itu suara Mila. Semoga berjaya ke AJL.
Quote MistrezHermanaz 24-5-2024 08:45 PM
Suka lagu kertas noryn tu lagi dari lagu ni.. Tp noryn nyanyi live sekrg ni semput
Quote MadameOnion 24-5-2024 09:09 PM
Sendunyaaaa...ko rempan kat tiktok jelah..ada je benda tak kena
Quote buapakperut 25-5-2024 07:15 PM
iol je ke tak suka suara dia masa af dulu terutama bila dia nyanyi lagu ezlyn masa final tu, overrated sangat dengan pecah telinga nyadengar
Quote mrseller 25-5-2024 10:05 PM
Biz dah mula turun ke? Nampak kencang je smeua
Quote hyie 26-5-2024 01:11 AM
berbanding mila, sedap lagi suara chipmunk nabila razali yach. Menurut meols
Quote balakkampung 26-5-2024 07:19 AM
suara mila sedap..dia ada gemersik yg sedap didengar.moga berjaya ke AJL.
Quote sukanyanyi 28-5-2024 09:03 PM
Baru je terdengar balik lagu lama sheols kat radio weekend lepas, jika kau ubah fikiran. Tringat dia kiut2 zaman je zaman dedolu. Skrg ok je tp kureng dah ngan dia lepas sound noni in public kat socmed.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.254967 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top