SELEPAS mengaburkan wajah selebriti sensasi Ruhainies, jenama Kitsui Malaysia memilih pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sebagai wajah baharu produk kecantikan mereka. Berita serta kempen memperkasakan wanita yang menjadi misi bersama syarikat terbabit dikongsikan pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dalam hantaran Instagramnya, baru-baru ini. Sebagai mukadimah kepada kolaborasi terbabit, isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu turut menitipkan kata-kata semangat buat semua wanita terutama mereka berdepan gelombang kehidupan. Wanita dilahirkan istimewa. Harus tetap kuat meski hampir menyerah, tetap sabar meski hampir mengeluh, tetap jua bangkit meski hampir terjatuh. “Jadilah wanita yang lebih kuat untuk kehidupan lebih baik,” tulisnya dalam hantaran tersebut. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut ibu kepada dua cahaya mata itu teruja dengan pemilihan Bella yang disifatkan sebagai langkah bijak dilakukan syarikat terbabit.
Ini baru sesuai jadi jadi duta,” tulis seorang netizen. “Barulah wanita dokong wanita,” kata pengikutnya Disebabkan Bella, saya akan sokong jenama ini,” ujar pemilik akaun media sosial lain. Sebelum ini, Ruhainies pernah menjadi wajah kepada jenama produk sama sebelum terpalit kes ditangkap khalwat bersama Aliff yang juga suami Bella. Susulan kontroversi yang hangat diperkatakan, pengurusan tertinggi jenama berkenaan mengambil langkah ‘censored’ atau mengaburkan wajahnya dalam klip video promosi mereka. Pihak berkenaan jelas tidak berkompromi dalam soal imej seseorang selebriti yang mewakili jenama itu kerana wajah dua lagi artis yang menjayakan kempen sama iaitu Hisham Hamid dan Wany Hasrita tidak dikaburkan. Pada 9 Mac lalu Ruhainies dan Aliff ditangkap Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) di kediaman pelakon wanita itu, dan dua hari kemudian Bella mengajukan permohonan perceraian. Sumber – HIBGLAM |
dewi_rina replied at 29-3-2024 12:28 PM
Oh btw dah tirus ye hidung dia.. Kuasa filter ke mekap ke filler
SalenaGomez replied at 29-3-2024 12:31 PM
Fuhhh dasat kitsui.terus ambil seteru utk ganti. Bukan iklan baru, tapi digantikan. Mungkin akan ada ...
Manusiabesa replied at 29-3-2024 01:03 PM
Alip ngn kemut p umrah sesama wei... happening now. Check ig story kemut
Manusiabesa replied at 29-3-2024 05:03 AM
Alip ngn kemut p umrah sesama wei... happening now. Check ig story kemut
ADVERTISEMENT