CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khatam al-Quran 5 Kali, Individu Sindir Lisa Surihani Riak Tapi Netizen ‘Back Up’ – “Tak Boleh Ke Makcik Diam Je?”

29-3-2024 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16093| Komen: 56

Description: Pendedahan pelakon Datin Lisa Surihani tentang dirinya yang sudah berjaya khatam al-Quran lebih daripada lima kali meraih perhatian warganet di media sosial.


Pendedahan pelakon Datin Lisa Surihani tentang dirinya yang sudah berjaya khatam al-Quran lebih daripada lima kali meraih perhatian warganet di media sosial.

Menerusi satu temu bual, Lisa berkongsi aktivitinya pada bukan Ramadan di mana dia selalu melakukan tadarus al-Quran hampir setiap hari.

Namun, tahun ini dia mungkin tidak dapat aktif bertadarus seperti biasa memandangkan Lisa sibuk kerana terlibat dengan beberapa urusan kerja.

"Sejujurnya, saya tak pasti, Saya rasa dah more than five (khatam). Kebiasaannya saya buat tadarus setiap hari. Tapi tahun ni juga saya akan sibuk di lokasi untuk shooting so saya takut tak boleh commit everyday.

Tambahnya, disebabkan kesibukan itu dia mungkin akan ubah sedikit pendekatan tersebut iaitu lebih kepada mendalami makna dan membuat kajian tentang surah yang dibacanya."

"Saya ingat nak baca setiap muka surat dan baca tafsir dia dan buku tadabbur dia. Slow and steady la, so mungkin dalams atu bulan tu tak adalah habis dalam satu mushaf."



Dalam pada itu, perkongsian tersebut mengundang komen negatif daripada seorang individu yang menuduh Lisa riak dengan pencapaiannya khatam lebih lima kali.

Bagaimanapun, ramai netizen menyebelahi Lisa dan berkata dia hanya menjawab soalan dan berkongsi amalannya ketika bulan Ramadan.


Rata-ratanya akui cemburu dengan pencapaian Lisa dan berkata perkongsiannya itu boleh menjadi inspirasi dan membuatkan lebih ramai bersemangat untuk melakukan perkara yang sama.

"Saya cuma kata riak je, tak kata apa apa pun tak ada maki hamun pun. Bagi saya dia memang baik tapi Siti Sarah tu banyak amalan dia takde pun menonjol. Segala amalan dia menonjol bila dia dah takde."


SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiksha 29-3-2024 12:26 PM
dia gini je la ek..
org yang bukan keje opis hour
tak uruskan rumah tangga sendiri
tak penat nak mikir macam2, mungkin takde hal la kot nak khatam sehari 5x pun

buat je la mane yg mampu..
masing2 ade cara masing2
masing2 ade hal/komitmen masing2
Quote jambatannetizen 29-3-2024 12:30 PM
adiksha replied at 29-3-2024 12:26 PM
dia gini je la ek..
org yang bukan keje opis hour
tak uruskan rumah tangga sendiri

Betul.. pernah tengok orang complain kenapa tak pergi surau.. masing2 ada commitments masing2. Makcik lisa ini i dah lama menyampah
Quote Minami2013 29-3-2024 12:36 PM
Hebat nya. I nak sekali khatam pun terkejar bulan ramadan ni

Quote ekselen 29-3-2024 12:38 PM
jambatannetizen replied at 29-3-2024 12:30 PM
Betul.. pernah tengok orang complain kenapa tak pergi surau.. masing2 ada commitments masing2. Mak ...

betul la chuols ckp tu...tp aku x suka org bekap artis lebih2 konon terpaling bagai disebaliknya hidup diorg mostly taklah sesusah atau sesibuk cam rakyat marhaen yg dok pikir byk benda dlm hidup.. ada yg kebyakannya dah tua br ada byk masa nk beribadah tu..tenang2 je lah.. buat yg mana mampu bkn nk kena bertanding/bersaing bagai... byk lg amalan lain yg kita boleh dpt pahala tanpa kita sedar.. tp bila tgk artis buat je mula la rasa alamak aku xmcm dia, knp aku x boleh buat mcm dia... ko jadiklah artis mcm dia br ko boleh buat mcm dia hahaha..gituhhh
Quote adiksha 29-3-2024 12:43 PM
jambatannetizen replied at 29-3-2024 12:30 PM
Betul.. pernah tengok orang complain kenapa tak pergi surau.. masing2 ada commitments masing2. Mak ...

khennn...
tak pegi surau tak bermakna tak solat
tak pegi bergaul dgn org, tak bermakna Kita sombong

kdg2 bila terlalu bergaul dgn org, circle terlalu besar
dosa pun tak terkira jua - baik duk diam² generate pahala sendiri buat cara sendiri
gitewww
Quote JahLupa 29-3-2024 01:00 PM
Dia banyak assisstant kiri kanan nak handle life dia. Mmg la banyak masa dia. Kita ni balik keje x cukup tangan setle hal umah. Tdo pun janji sekadar melelapkan mata hilangkan penat badan
Quote Incanto 29-3-2024 01:05 PM
kalau khatam Quran 5 kali dalam bulan Ramadhan memang aku tabik lah

Alhamdulillah
Quote DottieDot 29-3-2024 01:07 PM
ekselen replied at 29-3-2024 12:38 PM
betul la chuols ckp tu...tp aku x suka org bekap artis lebih2 konon terpaling bagai disebaliknya h ...

Kan.. Zaman now skop amalan tu diperkecilkan lebih tertumpu pada yang direct berkaitan agama semata..
Padahal kau berbakti/budi pada alam pun satu amalan, santuni haiwan tak kiralah yang jalanan ke liar dalam hutan tu ke pun amalan jugak, apatah lagi berbuat baik sesama manusia yang berlainan bangsa dan agama..
Jaga laku & lisan pun amalan jugak..
Bersederhana dalam segala hal termasuk agama pun amalan..
Hidup kena sederhana dan balance dunia dan akhirat..
Quote jihyomelly 29-3-2024 01:10 PM
bagus la sampai 5x..yg x abis khatam mcm iols pelan2 la kita..
Quote amyza 29-3-2024 01:13 PM
Alhamdulillah. Untung lah org yg ada bnyk masa, aman² jer ngaji.
Tiber teringat nd khatam quran tiap ramadhan.
Quote krustykrab 29-3-2024 01:40 PM
Menerusi satu temu bual, Lisa berkongsi aktivitinya pada bukan Ramadan di mana dia selalu melakukan tadarus al-Quran hampir setiap hari.


Namun, tahun ini dia mungkin tidak dapat aktif bertadarus seperti biasa memandangkan Lisa sibuk kerana terlibat dengan beberapa urusan kerja.

- memula tulis aktiviti tadarus bulan remfan hampir tiap hari pastu kat perenggan lain tulis tahun ni tk aktif tadarus pulak. Apa yg reputz ni tulis haaaa???
Quote beni_nikaido 29-3-2024 01:59 PM
tak nampak yg dia riak. dia cume bercerita dan sharing
Beni masih merangkak.
sehari baca 3 muka surat je, bila nak khatamnye iye dak?
Quote Cyempaka 29-3-2024 02:08 PM
kau taitai xpayah keje memang la boleh 5,6 kali khatam pun. tapi xde la aku rasa dia riak atau poyo. aku rasa biasa je.
kemain makcik tu buat contoh ctsarah. malas la mengulas lanjut sebab dia dah xde. tapi xperlula agongkan sangat. semasa hayat dia pun xdela baik sgt.pakai bj sluar ketat jugak.  riak2 tayang duit laki jugak. semoga Allah ampunkan dia & kita. cuma tak perlu la junjung beria2 sampai jd idola.. apooo
Quote youell 29-3-2024 02:36 PM
Quran ni bukan tggu ada Masa baru baca. Tp adakan Masa khas utk Quran. Scroll forum boleh lama2..takkan satu muka Quran pun xboleh baca khenn.. nak tak nak je. Keje ke tak keje ke..Tai tai ke kuli ke.. once kau lapangkan Masa utk quran, Allah akan lapangkan Masa kau. Bukan aim khatam semata2..tapi aim istiqomah. Tu je. Kalau khatam 10x sekali pun di Bulan Ramadan, tp bulan2 lain, Quran kau tu berabuk atas alamari..Tak guna juga. Done setad setazah mode.
Quote IvyGorgon 29-3-2024 03:13 PM
Cyempaka replied at 29-3-2024 02:08 PM
kau taitai xpayah keje memang la boleh 5,6 kali khatam pun. tapi xde la aku rasa dia riak atau poyo. ...

Paduuu! iols suka komen uols ni
Quote makneng 29-3-2024 03:16 PM
youell: Quran ni bukan tggu ada Masa b ...
mak nak like komen ni banyak2
Quote MadameOnion 29-3-2024 03:28 PM
alhamdulillah..semoga aku pun dapat khatam jugak..kalau tak dpat tahun ni..tahun depan..insyaallah
Quote ezacbee 29-3-2024 05:03 PM
Kemain netizen backup retis. Retis sendiri pun x reply komen korang. Krik krik.
Quote nolya 29-3-2024 05:57 PM
Edited by nolya at 29-3-2024 06:00 PM

Apb ada orang yg klaim berjaya khatam AQ beberapa kali dlm waktu 30 hari Ramadhan, ucapkanlah tahniah dn Alhamdulillah.  Kejayaan yg dicapai olehnya adalah sesuatu yg wajar dicemburui.  Walaubgmnapun, itulah rezekinya dan kelapangan waktu yg membolehkan dia bertadarrus AQ shnga boleh khatam berkali2 serta mendapat pahala  berganda spt yg telah Allah janjikan. Bagi orang lain tak perlulah bersikap sinis kerana itu adalah bahagian dia.  Kpd yg tak sempat berkhatam jgnlah iri kerana kelapangan orang lain2. Kita bertadarrus Ramadhan bukan nak berlumba2 supaya khatam, tapi bacalah AQ selalu secara istiqamah.  Tak sempat khatam di bulan Ramadhan, ada  lagi sebelas bulan Islam lainnya yg boleh dikhatamkan. Soal pahala mengaji, serahkan kpd Allah memberinya.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

14-4-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.166842 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top