CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah Ganti Ruhainies Jadi Wajah Jenama Produk Kecantikan

29-3-2024 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29040| Komen: 268

Description: SELEPAS mengaburkan wajah selebriti sensasi Ruhainies, jenama Kitsui Malaysia memilih pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sebagai wajah baharu produk kecantikan mereka.

SELEPAS mengaburkan wajah selebriti sensasi Ruhainies, jenama Kitsui Malaysia memilih pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sebagai wajah baharu produk kecantikan mereka.

Berita serta kempen memperkasakan wanita yang menjadi misi bersama syarikat terbabit dikongsikan pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dalam hantaran Instagramnya, baru-baru ini.

Sebagai mukadimah kepada kolaborasi terbabit, isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu turut menitipkan kata-kata semangat buat semua wanita terutama mereka berdepan gelombang kehidupan.

Wanita dilahirkan istimewa. Harus tetap kuat meski hampir menyerah, tetap sabar meski hampir mengeluh, tetap jua bangkit meski hampir terjatuh.

“Jadilah wanita yang lebih kuat untuk kehidupan lebih baik,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut ibu kepada dua cahaya mata itu teruja dengan pemilihan Bella yang disifatkan sebagai langkah bijak dilakukan syarikat terbabit.


Ini baru sesuai jadi jadi duta,” tulis seorang netizen.

“Barulah wanita dokong wanita,” kata pengikutnya

Disebabkan Bella, saya akan sokong jenama ini,” ujar pemilik akaun media sosial lain.

Sebelum ini, Ruhainies pernah menjadi wajah kepada jenama produk sama sebelum terpalit kes ditangkap khalwat bersama Aliff yang juga suami Bella.

Susulan kontroversi yang hangat diperkatakan, pengurusan tertinggi jenama berkenaan mengambil langkah ‘censored’ atau mengaburkan wajahnya dalam klip video promosi mereka.

Pihak berkenaan jelas tidak berkompromi dalam soal imej seseorang selebriti yang mewakili jenama itu kerana wajah dua lagi artis yang menjayakan kempen sama iaitu Hisham Hamid dan Wany Hasrita tidak dikaburkan.

Pada 9 Mac lalu Ruhainies dan Aliff ditangkap Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) di kediaman pelakon wanita itu, dan dua hari kemudian Bella mengajukan permohonan perceraian.

Sumber  – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 29-3-2024 12:00 PM
kat mesia janda2 retis laku untuk founder2 slimming dan kompeni kosmetik..
Quote dewi_rina 29-3-2024 12:27 PM
alhamdulillah murah rezeki bella.. tak cukup tangan nak sambar job
kalau tak jadi cerai, founder/penerbit ni tarik balik tak job ni semua?

lepas ni janda sapi sali pulak.. dia pun tersakiti
Quote dewi_rina 29-3-2024 12:28 PM
Oh btw dah tirus ye hidung dia.. Kuasa filter ke mekap ke filler
Quote SalenaGomez 29-3-2024 12:31 PM
Fuhhh dasat kitsui.terus ambil seteru utk ganti. Bukan iklan baru, tapi digantikan. Mungkin akan ada brand lain akan ikut jejak x lama lagi?
Quote songket_merah 29-3-2024 12:37 PM
fuh masyuk rezeki bella ni...
Quote hokeypokey 29-3-2024 12:40 PM
so konsepnya “kau amik laki aku, aku amik kerja kau”
Quote tay22 29-3-2024 12:47 PM
walaweh. founder/top management kitsui ni mesti tak suka penyondol
mcm first time kot eh big brand buat macam ni, bukan setakat pixelate. ganti the 'face' for them too
Quote Incanto 29-3-2024 12:55 PM
dewi_rina replied at 29-3-2024 12:28 PM
Oh btw dah tirus ye hidung dia.. Kuasa filter ke mekap ke filler

photoedit baikkk punya


Quote green~tea 29-3-2024 12:56 PM
Jenuh shading hidung yang tak seberapa tu
Quote DottieDot 29-3-2024 12:57 PM
Harap si Bella ni bijak laa cipta/naikkan brand dia.. Buat cam Fazura & Neelofa..
Kalau sebelum ni kau gunakan pengaruh tu tuk naikkan laki ko, sekarang ni fokus 100% tuk diri sendiri pulak..
Kau punya connection pun bukan cikai² dah kan dari orang penting/kuat belakang tabir, golongan level profession tinggi, founder, influencer dan golongan artis semua kau dah ada link.. So better gunakan peluang ni sebaik mungkin..
Nak berlaki lepas ni pun cari yang jenis pandai gunakan kau tuk lagi buat kau berjaya dan kaya, sama² untung..
Quote JahLupa 29-3-2024 12:58 PM
Ganti terus ha. Dasyat kitsui. Hati kering nooohhh
Quote matjerk 29-3-2024 01:00 PM
SalenaGomez replied at 29-3-2024 12:31 PM
Fuhhh dasat kitsui.terus ambil seteru utk ganti. Bukan iklan baru, tapi digantikan. Mungkin akan ada ...

Nak pulak seteru tu eh... x rasa ambik bekas busuk2 org ke?
Quote jihyomelly 29-3-2024 01:01 PM
kitsui ati kering blajaq dari kemut ati kering sailang laki bff ke
Quote Manusiabesa 29-3-2024 01:03 PM
Alip ngn kemut p umrah sesama wei... happening now. Check ig story kemut
Quote dewi_rina 29-3-2024 01:10 PM
Harap bella tak u turn, jenuh lah mcm mana nak tukar balik muka ruhaines pulak nnti
Quote DottieDot 29-3-2024 01:15 PM
Manusiabesa replied at 29-3-2024 01:03 PM
Alip ngn kemut p umrah sesama wei... happening now. Check ig story kemut

Wah serius laaa? Betul laa agama sekarang ni bahan dagangan, marketing, content dan justify semata..
Cuci imej dengan p umrah gitu..
Mentang²lah business ke Mekah sekarang bersepah agensi dan affordable.. Ada duit x payah banyak cite dan pening kepala, silap² orang duk sponsor lagi..
Quote anilanil 29-3-2024 01:16 PM
Frankly speaking muka bella setelah dimekap & di edit & di filter mmg lagi letops dari muka kemuts. Gi jahanam la rupa asal cemana sbb ini iklan marketing. Tak semua muka plain jane bole transfer jadi muka mahal yachh. Kemuts, shuringai, memek & jering antara yg dimekap mua tersohor pon tetap gitu-gitu je la rupanya.
Quote dua_chzy 29-3-2024 01:16 PM
Manusiabesa replied at 29-3-2024 05:03 AM
Alip ngn kemut p umrah sesama wei... happening now. Check ig story kemut

Ada harapan tetiba nikoh ni.
Quote asfaz 29-3-2024 01:21 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/C5FfJGMyTYh/?igsh=MTR6bGc3enVjeGlzbQ==[/ig]

Lihat semua komen(268)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.061740 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top