CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sondol Menyondol Bukan Isu Baharu – Adi Putra

29-3-2024 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17040| Komen: 77

Description: Meledak isu penyondol dalam kalangan selebriti tempatan, pelakon Datuk Adi Putra mengakui tidak terkejut dengan perkara tersebut malah mendakwa kes sedemikian telah wujud dan berlaku sejak lama dahulu ...



Meledak isu penyondol dalam kalangan selebriti tempatan, pelakon Datuk Adi Putra mengakui tidak terkejut dengan perkara tersebut malah mendakwa kes sedemikian telah wujud dan berlaku sejak lama dahulu.

Kata Adi atau nama lengkapnya Mohamed Hadi Putera Halim, 43, keadaan kini berbeza kerana wujudnya sosial media yang menyebabkan berita tersebut cepat tersebar dan dicanang khalayak.

“Saya rasa isu penyondol dan sondol menyondol di set penggambaran bukan baru berlaku, semua orang pun tahu sejak azali lagi sudah wujud isu seperti itu.

“Cuma bezanya dalam era media sosial ini, maklumat tersebar dengan lebih cepat berbanding zaman dahulu, jadi senanglah orang ramai dapat tahu dan bercakap tentang itu.

“Memang saya tidak terkejut sebab pada saya, itulah realiti hakikat dunia seni kita,” ujarnya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Diminta memberi pandangan mengenai konytroversi membabitkan penyanyi juga pelakon Aliff Aziz, pelakon filem Mat Kilau itu enggan masuk campur urusan peribadi orang lain selain berasakan dirinya bukan di posisi yang berhak memberikan pendapat.


Pada masa sama, aktor kelahiran Singapura yang pernah terpalit dengan kontroversi seakan-akan sama itu berharap Aliff dapat mengalihkan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya dari sudut yang positif.

“Saya tiada komen sebab masing-masing ada pilihan dan pandangan berbeza, hanya tuan punya badan sahaja yang tahu.

“Saya tidak boleh menilai, hanya satu yang boleh menilai (Allah SWT) tapi satu perkara boleh saya cakap, bersempena bulan Ramadan ini, menutup aib lebih afdal.

“Saya sendiri pernah ditohmah suatu ketika dahulu. Jadi tohmahan ini kena ambil dari sudut positif. Pegang pada prinsip bahawa bumi ini bukan kita punya tapi milik Allah,” ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di mahkamah syariah dalam masa terdekat. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 29-3-2024 11:59 AM
Tohmah ke?
Aku x bape nk caye la pulak
Quote justchu 29-3-2024 12:08 PM
dia sndiri pun disondol kan?
dan dia menyondol juga?
ke masa kawen baru tu perempuan tu dah cerai?
Quote Dolmat 29-3-2024 12:12 PM
Di tomah ehhhh... Spender/ boxer bergulung sangkut pat tombol pintu tuuuu aper eh?

Quote MadameOnion 29-3-2024 03:30 PM
abang adi..disebabkan abang adi helok camna kan..kita maapkan jelah walaupun tau abang adi pun pelbagai hal pada masa lalu
Quote limau_lemon 29-3-2024 03:35 PM
Tok adi tengah harum dgn drama baru ni ...Kang orang ungkit kisah lama kang
Quote asfaz 29-3-2024 03:36 PM
Hehehehhehehehehhehehehehee.... Kau jangan org korek balik kisah lama tu. Hehehehehehehr
Quote asfaz 29-3-2024 03:37 PM
Dolmat replied at 29-3-2024 12:12 PM
Di tomah ehhhh... Spender/ boxer bergulung sangkut pat tombol pintu tuuuu aper eh?

Berani la kata tohmah..asben pompuan tu dah meninggal kan?
Quote doubleA 29-3-2024 03:55 PM
Sepende bergulung kekal dalam lipatan sejarah yg tak boleh dipadam
Quote ezacbee 29-3-2024 04:00 PM
doubleA replied at 29-3-2024 03:55 PM
Sepende bergulung kekal dalam lipatan sejarah yg tak boleh dipadam

Macam2 sejarah ada..

Quote rayna_raynes 29-3-2024 04:28 PM
Hang pun pernah nak menyondol si Nooraida tetek 36DD tu dulu, kitorang tak lupa eh
Quote rayna_raynes 29-3-2024 04:28 PM
justchu replied at 29-3-2024 12:08 PM
dia sndiri pun disondol kan?
dan dia menyondol juga?
ke masa kawen baru tu perempuan tu dah cerai?

Dia menyondol dan dia pernah disondol. Dua ocassion berbeza haha

Quote Joysparta 29-3-2024 04:30 PM
Eleh..ko pun ada kes...

Lupa ke? Sembang kari
Quote rezaremy 29-3-2024 04:35 PM
nampak handsome laa pulajk
Quote anilanil 29-3-2024 04:45 PM
Tok adi berlakon best. Dok diam2 suda la..kami masih belom bole move on dgn selfie spender bergulung di tombol pintu utk buat modal menyondol bini org nasi lemak supreme ittew...
Quote jihyomelly 29-3-2024 04:56 PM
ish underwear bergulung nih…diam bleh?
Quote asfaz 29-3-2024 05:48 PM
doubleA replied at 29-3-2024 03:55 PM
Sepende bergulung kekal dalam lipatan sejarah yg tak boleh dipadam

Melekat nickname dia dlm forum
Quote mizzmimi 29-3-2024 05:56 PM
Ya aaamporn komen memasing
Quote NuansaBiru 29-3-2024 05:57 PM
Sejahat2 pompuan cuba sondol laki orang
Jahat lagi jantan cuba sondol bini orang
Sekian.
Quote Glass_shoes 29-3-2024 06:49 PM
Edited by Glass_shoes at 29-3-2024 06:51 PM
asfaz replied at 29-3-2024 03:36 PM
Hehehehhehehehehhehehehehee.... Kau jangan org korek balik kisah lama tu. Hehehehehehehr


Paling ingat forumer panggil ex wife heols acik zaibo (Ampun,mcm muka arwah zaibo katanya)

Jadi adi pernah disondol dan menyondol

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.051619 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top