Pelakon Zarina Zainuddin tidak terkecuali untuk mengulas isu yang berlaku kepada anak selebriti Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikhabarkan sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua. Zarina atau lebih mesra menggelarkan dirinya sebagai Cik Ina akui terkejut apabila mengetahui tentang berita Marissa kahwini suami wanita lain di Songkla, Thailand. "Dia boleh berkahwin dengan orang bagus-bagus yang berakhlak bagus dan punya masa depan yang cerah tup tup jadi macam ni hati mak ayah mana tak hancur." Dalam pada itu, aktres tersebut sempat memberi pesanan buat Marissa agar untuk fikir perasaan keluarga sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh menguriskan hati. "Sayang nak cinta-cinta ni tak bawa ke mana.. Mak kau susah cari duit nak.. Sedih Cik Ina." Sekadar info, Abby Abadi sebelum ini berpendapat Aslam (suami Marissa) tidak mampu untuk berpoligami dan meluahkan anak perempuannya itu sudah berubah biarpun sudah dijaga dengan penuh kasih sayang serta agama. Sumber : xTra/OhBulan |
green~tea replied at 2-3-2024 11:09 AM
Bagus la dah insof..... ko menyondol rumahtangga orang lain pun berbaloi sbb dapat anak2 OKU mental. ...
ADVERTISEMENT