Bekas personaliti TV3, YM Hajah Raja Mazian Raja Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Raja Mazian telah tampil meluahkan rasa kekecewaannya di laman Tiktok @k.yan_hiraq. Raja Mazian yang merupakan ketua penganjur Maulid, terkilan apabila Maulid Agung Al Mustafa bersama Mawla Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani yang didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW, diarahkan batal oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Difahamkam JAIS tidak membenarkan ceramah atau program Maulidur Rasul yang dihadiri oleh individu terbabit. “Kenapa Maulid Agung Al Mustafa bersama Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani diarahkan BATAL”- tulisnya di ruangan kapsyen Raja Mazian turut meluahkan rasa kecewanya apabila sesetengah individu yang melabelkan dan menfitnah Habib Maula sebagai scammer. ” Kalau betul Habib Mawla seorang scammer, cuba tunjukkan laporan polis. Laporan polis di Malaysia tiada, di Magribi tiada, di mana-mana pun tiada jika beliau seorang scammer. Itu adalah suatu fitnah” Tambah Raja Mazian lagi, dia sendiri pernah bersama Mawla masuk ke majlis-majlis diraja di Maghribi. “Begitu juga dengan salasilahnya, kami dah lama dengar salasilahnya, lama dah tengok dengan cop-cop dari Istana Maghribi. Di Maghribi, kami sampai masuk ke majlis diraja bersama beliau. Jadi kalau tak kenal, tak tahu tentang beliau, jangan suka-suka fitnah ya. Sekarang ini dah akhir zaman ya, fitnah dah menjadi kebiasaan, nak ke kita masuk dalam golongan menftinah”- tegasnya dalam video yang dimuatnaik dalam TikTok. Bagaimanapun, difahamkan program individu dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan sehingga menyebabkan ia terpaksa dibatalkan. Malah, nasab keturunan individu berkenaan turun mendapat tentangan daripada beberapa pihak memandangkan terdapat kekeliruan. Loading FB Post... Sumber : Mawla/Mawla Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani/Raja Mazian/Murai.my |
berusjamban replied at 29-2-2024 01:11 PM
Erm sebenarnya masih ada lagi ke eh keturunan rasulullah SAW? Sbb kan hubby iols kata semua dah dibu ...
sayurmayur88 replied at 29-2-2024 01:27 PM
ada lagi uolls..
berusjamban replied at 29-2-2024 01:49 PM
Yeke? abistu peristiwa Karbala tu camne pulak eh?
Rasa mcm habis semua...
berusjamban replied at 29-2-2024 01:11 PM
Erm sebenarnya masih ada lagi ke eh keturunan rasulullah SAW? Sbb kan hubby iols kata semua dah dibu ...
SedihPedih: muka mamat ni kadang2 rasa mcm perempuan nk jadi lelaki..
virgo19 replied at 29-2-2024 06:18 AM
Gigih pulak nak naik kuda bagai kat malaysia ni..
berusjamban replied at 29-2-2024 01:11 PM
Erm sebenarnya masih ada lagi ke eh keturunan rasulullah SAW? Sbb kan hubby iols kata semua dah dibu ...
ADVERTISEMENT