CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rafizi Ramli Selesai Jalani Pembedahan Tulang Belakang

20-2-2024 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7304| Komen: 23



KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini memaklumkan beliau baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan akan menjalani rawatan di hospital bagi tempoh dua minggu lagi sebelum dijangka kembali bertugas bulan depan.

Berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya di laman X (Twitter) hari ini, Rafizi berkata sebelum itu beliau telah disahkan mempunyai masalah stenosis, yakni kewujudan tekanan dari slipped disc dan ligamen yang memegang tulang belakang, sehingga ruang saraf mengecil dan ditekan berpanjangan.

"Alhamdulillah, pembedahan untuk memotong sebahagian ligamen dan slipped disc (untuk membuka ruang kepada saraf) berjalan baik, dan saya telah boleh berjalan semula," katanya sambil yang mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pakar merawatnya.

"Terima kasih kepada yang menghantar mesej. Saya selalunya tidak berkongsi mengenai perkara yang saya kira peribadi, seperti masalah kesihatan, tetapi saya juga tahu ada kawan-kawan yang bimbang.


"Lebih baik saya berkongsi sedikit sebanyak supaya dapat disampaikan kepada mereka yang ambil tahu," katanya.

Terdahulu hantaran di Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, memaparkan kunjungan beliau yang menziarahi Rafizi di sebuah hospital, menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan kesihatan Ahli Parlimen Pandan itu yang pernah mengalami serangan jantung pada Oktober lalu.

Mengulas punca masalah tulang belakang yang dihadapinya, Rafizi berkata beliau dijangkiti COVID-19 buat kali pertama pada minggu ketiga bulan ini dan terlantar beberapa hari, sekali gus menyebabkan tekanan ke atas tulang belakang sehingga berlaku slipped disc.

"Keadaannya memuncak selepas beberapa minggu sehinggakan saya tidak lagi boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Sakitnya memang ke langit," katanya.

Rafizi pada masa sama memaklumkan beliau juga akan kembali bersiaran pada siri audio siar `Yang Bakar Menteri (YBM) pada bulan depan dan terbuka untuk bersemuka dengan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil dan MT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menawarkan diri untuk bertemunya.

"Namun seperti tertib di dalam sesebuah organisasi, saya wajar mendapat maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu. Saya wajar menghormati pandangan mereka, demi menjaga keutuhan Kerajaan MADANI," katanya.

Sumber : - BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iza_just2c 20-2-2024 04:05 PM
semoga pakar formula cepat sembuh
Quote supernaturalee 20-2-2024 04:43 PM
oooo puncanya kena covid

sekali sekala skrg ni dengar jgk kes covid yg teruk2 jgk


Quote Kitty_catz 20-2-2024 06:17 PM
teruk ke covid now? meols ingat dah jadi tersangat mild

bebenang sebelah kata buat heart bypass

bebenang ni kata slip disc

hat mana satu nehhh
Quote honeybee1802 20-2-2024 06:19 PM
Apa ke pekdah ko nak berdebat dgn org dlm negwra ni?ada menjana ekonomi ke?
Quote kakikuDibibirmu 20-2-2024 06:20 PM
saka atokcow ijau mumia fosil PRU'99tahun tersenyum sinis
Quote Perwira2022 20-2-2024 07:29 PM
Bila gagal memajukan ekonomi mula la raih simpati guna drama sedih tentang kesihatan... Macam tu la pun taktik PH selama ni.. Tengok je macamana Nuar berlakon sakit zaman refobasi dulu
Quote MissYouSayang 20-2-2024 08:24 PM
Dah tahu sakit teruk pun tetap bercita2 nak jadi menteri gak .kau nak jaga diri sendiri pun tak mampu ,mcm mana nak jaga rakyat ..formula taikucingg
Quote Dovahkiin 20-2-2024 10:16 PM
Oh patut la ringgit jatuh. Lepas dia masuk ofis balik nanti, mungkin ringgit akan naik ke RM2.80 berbanding 1USD.
Quote Belibis 20-2-2024 11:58 PM
Perwira2022 replied at 20-2-2024 07:29 PM
Bila gagal memajukan ekonomi mula la raih simpati guna drama sedih tentang kesihatan... Macam tu la  ...

Tak lupa jugak..kununnya ada yang nak racun dia pakai arsenik..
Quote Mary_jane 21-2-2024 12:38 AM
Terkejut juga masa pmx tweet dia visit rafizi, sebab rafizi aktif juga kat twitter tapi tak pernah mentioned dia masuk spital ke apa. #donekepochi
Quote sharlenetexas 21-2-2024 01:00 AM
Siapa doktor ortopaedik tu?

Quote sayurmayur88 21-2-2024 07:37 AM
ohhh, stress sgt kot mentadbir negara...
Quote domestobot 21-2-2024 07:51 AM
Rafizi ni spineless macam mana boleh ada tulang belakang untuk dibedah?
Quote bulalof 21-2-2024 07:55 AM
sampai skrg, semua yg ko sembang takde hasil. pathetic.
Quote Decaffeinated 21-2-2024 07:58 AM
Orang sakit pun dibuat main. Mungkin diri sendiri tak pernah sakit kot. Tunggu giliran masing2 nanti ko datang hospital nurse kata ko mengada2.
Quote VespaSilbe 21-2-2024 08:35 AM
Decaffeinated replied at 21-2-2024 07:58 AM
Orang sakit pun dibuat main. Mungkin diri sendiri tak pernah sakit kot. Tunggu giliran masing2 nanti ...

La ni org sembang slipped disc pakai 'c' mana yg rosak.. ramai noks sakit belakang sekarang.. takat cucuk steroid pun depa mc 2 minggu..
Quote Dwdrum 21-2-2024 08:51 AM
Piji kurus lah sikit risk lumbar problem akan kurang... GWS
Quote cm_vungtau 21-2-2024 09:03 AM
Berat badan berlebihan tu. Tu pasal bed ridden sikit terus slipped disc. #donehentamkeromo
Quote vanilacup 21-2-2024 09:05 AM
Kitty_catz replied at 20-2-2024 06:17 PM
teruk ke covid now? meols ingat dah jadi tersangat mild

bebenang sebelah kata buat heart bypass

Dia pasang sten last year
Slipped disc operation yg latest ni

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.207875 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top