CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencemaran Sungai: Ladang Ternak Babi Di Sungai Lembu Diarah Tutup

18-2-2024 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6316| Komen: 23



GEORGE TOWN – Sebuah ladang ternakan babi di Sungai Lembu, Bukit Mertajam dekat sini diarahkan ditutup selepas didakwa menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah, Kedah.

Pengerusi Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri, Fahmi Zainol berkata, arahan itu dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPV) selepas mendapati ladang tersebut gagal memperolehi lesen secara sah.

”Ladang tersebut gagal dalam memperolehi lesen secara sah dan JPV sudah keluarkan arahan untuk kosongkan ladang tersebut. Saya menasihatkan semua pihak pemilik ladang untuk patuhi garis panduan dan arahan diberikan. Jika tidak tindakan undang-undang akan diambil,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan berlakunya kegiatan melepaskan sisa ternakan babi disyaki dari ladang perkampungan Sungai Lembu, yang menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 18-2-2024 07:19 PM
Ternak lembu jelah di sungai lembu...
Nak ternak Babi Cari sungai Babi...
Quote Skuau 18-2-2024 07:36 PM
Edited by Skuau at 18-2-2024 07:38 PM
shernazz replied at 18-2-2024 07:19 PM
Ternak lembu jelah di sungai lembu...
Nak ternak Babi Cari sungai Babi...


Tu..la..ada ke nk ternak babi pi ke sg lembu...babi punya taik..lembu yg busuk namanya...
Quote shernazz 18-2-2024 11:52 PM
Skuau replied at 18-2-2024 07:36 PM
Tu..la..ada ke nk ternak babi pi ke sg lembu...babi punya taik..lembu yg busuk namanya...

Khens..
Tak memasal lembu bengang..
Tercemar sungai dia dek babi
Quote jejai 19-2-2024 12:40 AM
Isu yang tak pernah settle walau tukar PM berapa kali pun
Quote nono86 19-2-2024 12:56 PM
Nak mrmbela sangat, tapi tak reti2 duk buat bende bodoh macam ni.. nak buka ladang wajibkan dorang amik kursus ketat2 sampai tepu, baru bagi kelulusan.. yang gini, bagi hukuman tersangat berat, sita dan denda sampai sehelai sepinggang, biar jadi pengajaran buat yang lain.. sungai dah kotor nak perbaik macam mana, bukan macam spender kotor basuh ja bersih la dia
Quote Skuau 19-2-2024 03:30 PM
nono86 replied at 19-2-2024 12:56 PM
Nak mrmbela sangat, tapi tak reti2 duk buat bende bodoh macam ni.. nak buka ladang wajibkan dorang a ...

sabar...sabar..nunggu piji kuar spital...adala FORMULA PIJI tu nt..acaner nk bersihkan sungai tu...
Quote shamsadis 19-2-2024 03:34 PM
selepas mendapati ladang tersebut gagal memperolehi lesen secara sah.
Quote kakikuDibibirmu 19-2-2024 03:34 PM
[youtube]JQm9sXYF7Bk[/youtube]
Quote rendevous 20-2-2024 07:14 AM
Isu babi dkt Penang ni mmg xde kesudahan. Tahu la menternak babi, tapi xyah la buat perangai babi buang kotoran dia dekat sungai.
Quote johan-adx 20-2-2024 08:00 AM
aku rasa dh berpuluh thn kot kandang babi disitu..takkan br tau takde lesen ke
tgk bangsa tu bila buat onar..rilex tkde org kacau wpun tkde lesen
Quote Minami2013 20-2-2024 08:02 AM
Ladang babi tk berlesen, what to expect... Lemah nye pihak penguatkuasaan ni bila pencemaran berlaku baru lah detect. Tak de preventive measures.
Quote Triple_8 20-2-2024 10:10 AM
Babi punya taik lombu punya nama.
Quote supernaturalee 20-2-2024 10:23 AM
shernazz replied at 18-2-2024 11:52 PM
Khens..
Tak memasal lembu bengang..
Tercemar sungai dia dek babi

krisis lembu dan babi



Quote KiddInc 20-2-2024 10:27 AM
weh weoolls tengok semalam tb tunjuk ladang itik...ke ayam...mana satu yg betul?
tapi la kan, xkisah ar ladang natang ape pon, tlg la buat tu elok2...jangan aniaya penduduk setempat...perangai tu elok sikit..jgn jadi musibat leh tak...
Quote ChildrenOfBodom 20-2-2024 10:28 AM
tapi negeri ni mesti terus disayangi aljuboori pervert lahanat tu kan, walaupun eksport ayaq taik babi kat negeri lain..
Quote matseh 20-2-2024 11:38 AM
dah lama ladang di situ.
Quote sangbara2020 20-2-2024 11:56 AM
bukan nnty air sungai tu jd subur ke
bkn ke tahik apapun adalah baja?????????????
Quote grouper 20-2-2024 12:26 PM
Babi elok dahhhhh
Quote Azharitubunga 20-2-2024 12:40 PM
Ladang itik pulak

Babi dah suci weh

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.064711 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top