ALOR SETAR – Tentera Darat (TDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat kes kemalangan yang mengakibatkan tiga anggotanya terbunuh dalam kejadian dekat Gurun pada pagi tadi. TDM dalam satu kenyataan di sini hari ini turut meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berhubung kejadian selain tidak menyiarkan gambar mangsa kemalangan bagi menghormati mangsa dan pihak keluarga. “Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh Warga TDM menzahirkan rasa dukacita serta mengucapkan takziah buat waris dan keluarga anggota berkenaan atas kehilangan mengejut ini. “Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan yang besar buat TDM serta berdoa agar waris dan keluarga anggota dikurniakan kesabaran dan ketabahan untuk menerima ketentuan Allah SWT,” katanya. Kenyataan tersebut turut mengesahkan tiga anggota yang terbunuh itu ialah Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tiga anggota tentera terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Gurun hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan. Sementara pemandu lori jenis Isuzu berusia 31 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kiri dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
edayildiz replied at 3-2-2024 03:29 PM
mula dah..bau limau ke?
otai_g replied at 3-2-2024 05:15 PM
Dia simple je Lori tentera berhenti tepi highway sbb mengalami kerosakan. So mcm mn Lori tentera tu ...
exclusive_vvip replied at 3-2-2024 08:44 PM
selaju manalah driver lori tu bawak, smpi 3 trak askar dia sapu..
ADVERTISEMENT