View: 8723|Reply: 37
|
Tentera Darat Tubuh Lembaga Siasatan Kes Kemalangan Maut Tiga Anggota
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – Tentera Darat (TDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat kes kemalangan yang mengakibatkan tiga anggotanya terbunuh dalam kejadian dekat Gurun pada pagi tadi.
TDM dalam satu kenyataan di sini hari ini turut meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berhubung kejadian selain tidak menyiarkan gambar mangsa kemalangan bagi menghormati mangsa dan pihak keluarga.
“Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh Warga TDM menzahirkan rasa dukacita serta mengucapkan takziah buat waris dan keluarga anggota berkenaan atas kehilangan mengejut ini.
“Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan yang besar buat TDM serta berdoa agar waris dan keluarga anggota dikurniakan kesabaran dan ketabahan untuk menerima ketentuan Allah SWT,” katanya.
Kenyataan tersebut turut mengesahkan tiga anggota yang terbunuh itu ialah Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tiga anggota tentera terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Gurun hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Sementara pemandu lori jenis Isuzu berusia 31 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kiri dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. salam takziah kepada keluarga mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada baca komen kat socmed cakap mayat arwah sarjan tu bau wangi sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Kemalangan maut akibat disondol lori sudah jadi kebiasaan di Malaysia. Hari tu berlaku di Putrajaya |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak nak bagi orang bercakap?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik drebar lori tu parah....
Klu cedera ringan, terasa nk cari dia bg jd parah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia simple je Lori tentera berhenti tepi highway sbb mengalami kerosakan. So mcm mn Lori tentera tu mengalami kerosakan? Fail maintenance semua kena selongkar lah nanti.
Bygkan tetiba malaysia nak kena serang Dan tetiba jgk jet x blh terbang. Naya pak abu |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 3-2-2024 03:29 PM
mula dah..bau limau ke?
Tanahnya warna pelangi |
|
|
|
|
|
|
|
selaju manalah driver lori tu bawak, smpi 3 trak askar dia sapu.. |
|
|
|
|
|
|
|
menjawab persoalan kenapa dorang tak bagi public bergossip tentang kes ini. thank you.
|
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 3-2-2024 08:44 PM
selaju manalah driver lori tu bawak, smpi 3 trak askar dia sapu..
Drebar lorry kat msia ni mmg mostly celaka sangat..yg accident kt simpang pulai tadi... sampai hancur mayat driver tu...tgk lorry pun berkecai mcm aircraft terhempas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada baca Komen katanya ada yg terburai perut ,kepala pecah. Sb tu kot tak kasi sebar gambar. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Lori tentera rosak tu, bukan la sesuatu yang pelik. Sepanjang masa pun kita tengok ada je kenderaan rosak berhenti tepi highway. Cuma bila kita tengok ada kenderaan rosak di tepi highway, untuk pengguna Waze, ada notification. Kalau tak pun, kita akan notice kenderaan rosak.
Yang lori tu kenapa?? Banyak betul kisah pemandu pemandu dengan lori menghentam pengguna jalan raya yang lain.
Semoga Allah swt ampuni dosa dosa mereka yang terkorban. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 4-2-2024 02:47 AM
Lori tentera rosak berhenti tepi jalan, yakni di bahu jalan atau kat laluan kecemasan,
bukan rosak berhenti tengah jalan kat lorong utama tuh!!!!!!!!!!!!
Apa kebenda la sampai boleh langgar kenderaan rosak atau berhenti tepi jalan, melainkan microsleep, mabok, laju mahupon guna phone sampai terbabas masok lorong kecemasan!!!!
Dah macam acara wajib harian, mingguan, bulanan dah KES KEMALANGAN LORI NI!
Setiap hari ada je kes!
Ehhh, napa takde yg speku lori yg melanggar tu yg ada masalah? NAK BAGI ALASAN MASALAH BREK LAGI KERRRR SAMPAI LANGGAR KENDERAAN BERHENTI DI BAHU JALAN HAHHHHH????????? |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
| |
|