CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kami Penyokong Bossku Kekal Berpendirian Beliau Tidak Bersalah", Penyokong ‘Bossku’ Kecewa, Harap Najib Dapat Pengampunan Penuh

3-2-2024 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6028| Komen: 13

Description: PUTRAJAYA – Penyokong kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan perasaan kecewa apabila bekas Presiden UMNO itu hanya diberikan pengurangan hukuman dan bukannya pengampunan penu ...

PUTRAJAYA – Penyokong kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan perasaan kecewa apabila bekas Presiden UMNO itu hanya diberikan pengurangan hukuman dan bukannya pengampunan penuh.

Bagaimanapun, Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz menyifatkan pihaknya kekal menghormati keputusan dibuat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Kami agak kecewa dengan keputusan itu kerana mengharapkan Najib mendapat pengampunan penuh.

“Kami penyokong Bossku kekal berpendirian beliau tidak bersalah dan ia satu ketidakadilan besar yang berlaku ke atas Najib,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mengulas lanjut, katanya, keputusan Lembaga Pengampunan juga dilihat sebagai sesuatu yang dapat dijangka.

“Dalam hal ini, kami penyokong Bossku kekal untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) kerana keadilan terhadap Najib masih tidak ditegakkan.


“Ia juga dilihat dipandang remeh oleh kepimpinan tertinggi UMNO walaupun berada dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar beliau.

Susulan keputusan itu, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 3-2-2024 01:27 PM
Kesian najib
Quote caprut 3-2-2024 02:12 PM
Pemimpin PN senyap je kes najib ni?  Sokong ke tk sokong?
Quote lola0311 3-2-2024 02:38 PM
caprut replied at 3-2-2024 02:12 PM
Pemimpin PN senyap je kes najib ni?  Sokong ke tk sokong?

susah nak ckp lagi lagi kepututsan dari yang kuning
Quote mojarean_X 3-2-2024 03:20 PM
Setuju. Semoga dpt pengampunan penuh. Tp kena tunggu semua kes 1mdb, ipic dan amla berakhir. Lps tu minta pengampunan sekaligus. Semoga najib dipermudahkan
Quote green~tea 3-2-2024 03:31 PM
mojarean_X replied at 3-2-2024 03:20 PM
Setuju. Semoga dpt pengampunan penuh. Tp kena tunggu semua kes 1mdb, ipic dan amla berakhir. Lps tu  ...

Ooooo pengampunan separuh....  ada byk lg kes
Quote aechae 3-2-2024 04:20 PM
So kenapa ramai mrah dia dpt diskaun hukuman? Klu pengampunan penuh bleh trus keluar immediately rakyat ramai bersorak xda marah2 ke?
Tanya jee…
Quote Decaffeinated 3-2-2024 04:34 PM
aechae replied at 3-2-2024 04:20 PM
So kenapa ramai mrah dia dpt diskaun hukuman? Klu pengampunan penuh bleh trus keluar immediately rak ...

It's a mockery if not abuse of the system.

Kalau pengampunan penuh kita faham dia memang bersalah tapi diampunkan. Pengampunan separuh ni apa?
Quote aechae 3-2-2024 04:48 PM
Decaffeinated replied at 3-2-2024 04:34 PM
It's a mockery if not abuse of the system.

Kalau pengampunan penuh kita faham dia memang bersalah ...

Pengampunan separuh = mmg bersalah tp sbb ‘ada jasa’ so mcm kesian kita bg lh diskaun gtuuu ..

Tp masih x paham klu pengampunan penuh, 1 grup akan marah hbs2an, 1 grup lg akan bersorak gembira ala2 dilahirkan semula… so ada grup yg tgh2?
Quote jazaa100 3-2-2024 04:51 PM
aechae replied at 3-2-2024 04:20 PM
So kenapa ramai mrah dia dpt diskaun hukuman? Klu pengampunan penuh bleh trus keluar immediately rak ...

Iya lerrr....
Tapi memang takkn dpt nya sbb bang non nk kekal lg....
Klu DSN kuar, tergugat le
Quote Rogue98 3-2-2024 05:01 PM
Mmg kerja lembaga pengampunan ke yg bagi discount. Ni mcm kira nak ampun tapi ampun separuh... Amende ntah.
Quote Firenzza 3-2-2024 05:05 PM
Ni kira mcm wak 47, DNAA...tp atas kertas ja
Quote kemaruk 3-2-2024 08:35 PM
Takpe.. kita doakan PN menang PRU16 kelak

Madani bagi diskaun 6 tahun, baki 6 tahun PN yang bagi

Tapi yang penting itu important
Quote terma2nkondisi2 4-2-2024 12:18 AM
aechae replied at 3-2-2024 04:48 PM
Pengampunan separuh = mmg bersalah tp sbb ‘ada jasa’ so mcm kesian kita bg lh diskaun gtuuu .. ...

ada.. aku

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-2-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052571 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top