CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam! Warga Emas Dihalau Anak Selepas Serah Hak Milik Rumah

3-2-2024 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6469| Komen: 11

Description: BEIJING – Sepasang suami isteri di China diusir oleh anak lelaki mereka selepas menandatangani surat penyerahan hak milik rumah kepada cucu sendiri, lapor portal berita South China Morning Post.


BEIJING – Sepasang suami isteri di China diusir oleh anak lelaki mereka selepas menandatangani surat penyerahan hak milik rumah kepada cucu sendiri, lapor portal berita South China Morning Post.

Jin, 86, menyesali keputusannya apabila terpaksa menyewa selepas dia dan isterinya dihalau oleh anak lelaki dan menantunya.

Mereka tinggal di sebuah rumah pangsa sejak tahun 1990-an. Kediaman itu diberikan oleh sebuah universiti tempat Jin bekerja.

Ketika dia masih lemah selepas menjalani pembedahan, anak lelaki dan menantu Jin mula meminta dia menyerahkan rumah bernilai 1.05 juta yuan (RM698,454) itu kepada cucunya.

“Mereka sebenarnya tidak membayar satu sen pun. Hak milik rumah itu jatuh atas nama cucu saya,” kata Jin.

Mimpi ngeri Jin bermula pada tahun lepas apabila anaknya memberitahu bahawa dia akan menjual rumah itu untuk membeli sebuah vila. Apabila Jin cuba menghalangnya, dia dimaki hamun oleh anaknya.


Pasangan itu terpaksa tinggal menyewa sementara mendapatkan nasihat undang-undang untuk cuba mendapatkan rumah mereka semula. 

Sumber – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 3-2-2024 11:26 AM
Dakwa atas penipuan dan scam.
Quote jejai 3-2-2024 01:26 PM
Tak guna punya anak.ngan mak ayah pun nak bolot harta
Quote shernazz 3-2-2024 01:48 PM
Lepas operation kalau GA mmg mamai
Jadi..boleh Jadi sebab lah kan untuk kes Ni..
Quote Belibis 3-2-2024 08:14 PM
Hebat dia ni..halau jin semudah itu tanpa lada hitam atau garam.
Quote menjad 3-2-2024 09:30 PM
Sial nya perangai kauuu
Quote chandrahusin 6-2-2024 12:31 PM
kat sini pun ada
dh tukar nama anak
tau2 menantu dh cagar kat bank
tau2 kena halau
Quote Pumpkinhead 7-2-2024 08:36 AM
Dahsyatnya kena scam dengan anak sendiri
Quote midori888 7-2-2024 08:40 AM
kesiannyer kena scam dgn anak sendiri...
Quote wadiunong 7-2-2024 08:46 AM
soklan serius, kalo kes mcm ni ada harapan tak menang kalo fight? sbb dah nama org lain atas geran tanah tu kan
Quote nisako 7-2-2024 08:50 AM
kesian kena tipu dgn anak sendiri
Quote cik_ingeniare 7-2-2024 11:06 AM
kt sini pun ada.. si anak suruh mak jual kereta mak dia untuk modal kereta baru anak si anak.. kereta lama si anak bagi kt mak.. belum lagi bab rumah dengan bab penjagaan cucu lagi semua dilepaskan kat mak

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.050215 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top