CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Agak-Agak Berapa Pak Guard Nak Jual Baju Dia’, Pengawal Keselamatan Bertuah Dapat Tandatangan David Beckham

3-2-2024 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14169| Komen: 19

Description: PETALING JAYA – Dalam ribuan peminat yang hadir, seorang pengawal keselamatan bertuah apabila bekas bintang bola sepak Inggeris, David Beckham sudi menurunkan tandatangan pada pakaian seragamnya.

PETALING JAYA – Dalam ribuan peminat yang hadir, seorang pengawal keselamatan bertuah apabila bekas bintang bola sepak Inggeris, David Beckham sudi menurunkan tandatangan pada pakaian seragamnya.

Difahamkan, jaga warga Nepal itu dikatakan sedang bertugas di pusat beli belah The Exchange TRX yang dihadiri Beckham petang semalam.

Menerusi gambar tular di media sosial, kelihatan legenda bola sepak itu tersenyum lebar ketika menurunkan tandatangannya di belakang pakaian pegawal keselamatan itu.

‘Pak guard’ itu juga kelihatan gembira sambil menoleh melihat detik bermakna ketika Beckham menandatangan bajunya.

Dalam ciapan pengguna lain, gambar tandatangan suami penyanyi Victoria Posh itu turut diambil secara dekat sekali gus memperlihatkan kekemasan tulisannya.

Susulan itu orang ramai menganggap ‘pak guard’ tersebut bakal menjual pakaiannya kerana dianggap bermakna bagi peminat bekas pemain bola sepak Manchester United itu.


“Agak-agak berapa harga baju ‘pak guard’ ni kalau jual? Nanti boleh buka tawaran di Facebook,” komen Atipan.

“Harga baju ni mungkin boleh buat hidup ‘pak guard’ ni selesa bersama keluarga. Boleh berhenti kerja dah,” komen Monalisa pula.

“Mahal ni dapat tandatangan Beckham. Tak terkira harganya. Campur bau tangan Beckham lagi. Senang-senang boleh ‘open bid’,” komen seorang pengguna lain pula.

Beckham, 48, berada di ibu negara bersempena majlis World of the Predator Exhibition yang mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak dikeluarkan Adidas.

Beliau membuat kemunculan dalam sesi bersama pemegang keahlian Adiclub terpilih di The Exchange TRX pukul 6 petang semalam.

Sebelum ini, dia berada di Bangkok, Thailand bagi meraikan ulang tahun ke-30 but Predator bersama aktor dan penyanyi terkemuka negara itu, Bright Vachirawit. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 3-2-2024 11:35 AM
Cantik pula tu. Sila sulam pehtu proudly pakai pi keje.
Quote dua_chzy 3-2-2024 11:36 AM
Nsem betul Beck ni walau masa muda dulu aiol tak minat. Jantan makin tua makin dap2 doe. Pompuan pun sama (di mata aku la. Di mata jantan kabaret memang suka awek mudo2).
Quote LoveSungmin 3-2-2024 12:08 PM
tersenyum dedua comel je
Quote FOTHER-MUCKER 3-2-2024 12:55 PM
Balık hostel nanti hilanglah baju tu nanti.

Beli aja baju tu setibu dua dari dia mesti dia nak jual. Kemudian framekan baju dan dan gambar tu sebagai bukti. 10..20..30 tahun dari sekarang mesti boleh jadi kaya!
Quote jejai 3-2-2024 01:24 PM
Guard nepal ke myanmar
Quote Decaffeinated 3-2-2024 08:32 PM
Cantik. Buat 'replika' dan jual.

Rupa, letak sebiji macam yang ori.

Yang ori boleh simpan.
Quote Cleocatra 4-2-2024 03:14 AM
Tak lekang dengan senyuman abe beck ni.
Quote antikorok 4-2-2024 03:19 AM
Huntonglah dpt tandatangan ori abam Beck hokkay!

Sila simpan dan framekan, entah2 30 taon lagik mesti jota2 rega tu bila orgnya dah tiada di muka bumi ini.
Quote monsterwife 4-2-2024 05:20 AM
Humble je Beckham, tak kisah kja guard pun dilayan.
Quote mehmet 4-2-2024 07:04 AM
Self made T20 pakak baju biasA2.
Quote batmana 4-2-2024 07:49 AM
time hidup, tk brapa nilai, ada nmpk kt ebay, autograf dia dijual dlm 39 pound je

Quote kotakbaju 4-2-2024 08:12 AM
Hmm agak2 pak gad tu basuh ke tak baju tu? Ke terus simpan baju tu atau jual
Quote nikaido 4-2-2024 08:20 AM
Masa aku pegi istanbul, dkt lounge hotel yg aku duduk, ada frame jersey ber'sign' semua player liverpool 2004/2005 (yg menang ucl 2005 dkt istanbul). Entah berapala hotel tu bayar nak dapatkan jersey tu
Quote Suchi 4-2-2024 08:40 AM
dua_chzy replied at 3-2-2024 11:36 AM
Nsem betul Beck ni walau masa muda dulu aiol tak minat. Jantan makin tua makin dap2 doe. Pompuan pun ...

Dia ummah britt yg ada rupa biasanya depa ni putih jelaa tp rupa emm
Tp suara dia halus je kan sama mcm kembo lejen bola sepak malaysia tu
Bukan suara jantan broery marantika
Quote ezacbee 4-2-2024 09:19 AM
kotakbaju replied at 4-2-2024 08:12 AM
Hmm agak2 pak gad tu basuh ke tak baju tu? Ke terus simpan baju tu atau jual

Tak basuh.. kekalkan bau badan..



Quote pittjie 4-2-2024 04:59 PM
nikaido replied at 4-2-2024 08:20 AM
Masa aku pegi istanbul, dkt lounge hotel yg aku duduk, ada frame jersey ber'sign' semua player liver ...

Apa nama hotel tu bro? Nak skodeng la nnt
Quote I.K.A888990 4-2-2024 11:15 PM
ada senyum itu abang
dah tua2 still herlok beckham ni
Quote kotakbaju 4-2-2024 11:50 PM
ezacbee replied at 4-2-2024 09:19 AM
Tak basuh.. kekalkan bau badan..

Euwww
Quote A-Are 5-2-2024 09:39 AM
Suchi replied at 4-2-2024 08:40 AM
Dia ummah britt yg ada rupa biasanya depa ni putih jelaa tp rupa emm
Tp suara dia halus je kan sa ...

haah suara dia spoiled betul...tu pon lepas tg dia berlakun cerita king arthur tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.069177 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top