CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tentera Darat Tubuh Lembaga Siasatan Kes Kemalangan Maut Tiga Anggota

3-2-2024 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7672| Komen: 37

Description: ALOR SETAR – Tentera Darat (TDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat kes kemalangan yang mengakibatkan tiga anggotanya terbunuh dalam kejadian dekat Gurun pada pagi tadi.


ALOR SETAR – Tentera Darat (TDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat kes kemalangan yang mengakibatkan tiga anggotanya terbunuh dalam kejadian dekat Gurun pada pagi tadi.

TDM dalam satu kenyataan di sini hari ini turut meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berhubung kejadian selain tidak menyiarkan gambar mangsa kemalangan bagi menghormati mangsa dan pihak keluarga.

“Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh Warga TDM menzahirkan rasa dukacita serta mengucapkan takziah buat waris dan keluarga anggota berkenaan atas kehilangan mengejut ini.

“Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan yang besar buat TDM serta berdoa agar waris dan keluarga anggota dikurniakan kesabaran dan ketabahan untuk menerima ketentuan Allah SWT,” katanya.

Kenyataan tersebut turut mengesahkan tiga anggota yang terbunuh itu ialah Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris.


Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tiga anggota tentera terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Gurun hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Sementara pemandu lori jenis Isuzu berusia 31 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kiri dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 3-2-2024 12:11 PM
kesiannya.. salam takziah kepada keluarga mangsa..
Quote jejai 3-2-2024 01:28 PM
Ada baca komen kat socmed cakap mayat arwah sarjan tu bau wangi sangat
Quote edayildiz 3-2-2024 03:29 PM
mula dah..bau limau ke?
Quote edayildiz 3-2-2024 03:30 PM
takziah pd keluarga
Quote ultra78 3-2-2024 03:44 PM
Kemalangan maut akibat disondol lori sudah jadi kebiasaan di Malaysia. Hari tu berlaku di Putrajaya
Quote Decaffeinated 3-2-2024 04:39 PM
Kenapa tak nak bagi orang bercakap?
Quote jazaa100 3-2-2024 04:48 PM
Nasib baik drebar lori tu parah....
Klu cedera ringan, terasa nk cari dia bg jd parah.....
Quote otai_g 3-2-2024 05:15 PM
Dia simple je Lori tentera berhenti tepi highway sbb mengalami kerosakan. So mcm mn Lori tentera tu mengalami kerosakan? Fail maintenance semua kena selongkar lah nanti.

Bygkan tetiba malaysia nak kena serang Dan tetiba jgk jet x blh terbang. Naya pak abu
Quote noor2 3-2-2024 05:25 PM

[youtube]sFxQngdQCF8?si=lUrMC-csA0ILQMIm[/youtube]
Quote B40tastePosh 3-2-2024 05:27 PM
edayildiz replied at 3-2-2024 03:29 PM
mula dah..bau limau ke?

Tanahnya warna pelangi
Quote she 3-2-2024 05:38 PM
Salam takziah
Quote exclusive_vvip 3-2-2024 08:44 PM
selaju manalah driver lori tu bawak, smpi 3 trak askar dia sapu..
Quote Decaffeinated 3-2-2024 08:56 PM
otai_g replied at 3-2-2024 05:15 PM
Dia simple je Lori tentera berhenti tepi highway sbb mengalami kerosakan. So mcm mn Lori tentera tu  ...

menjawab persoalan kenapa dorang tak bagi public bergossip tentang kes ini. thank you.

Quote nw111 3-2-2024 08:56 PM
exclusive_vvip replied at 3-2-2024 08:44 PM
selaju manalah driver lori tu bawak, smpi 3 trak askar dia sapu..

Drebar lorry kat msia ni mmg mostly celaka sangat..yg accident kt simpang pulai tadi... sampai hancur mayat driver tu...tgk lorry pun berkecai mcm aircraft terhempas..
Quote asfaz 3-2-2024 09:57 PM
Ada baca Komen katanya ada yg terburai perut ,kepala pecah. Sb tu kot tak kasi sebar gambar.
Quote imanjannah 3-2-2024 10:13 PM
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka
Quote isseliparjepun 3-2-2024 11:24 PM
Lori tentera rosak tu, bukan la sesuatu yang pelik. Sepanjang masa pun kita tengok ada je kenderaan rosak berhenti tepi highway. Cuma bila kita tengok ada kenderaan rosak di tepi highway, untuk pengguna Waze, ada notification. Kalau tak pun, kita akan notice kenderaan rosak.

Yang lori tu kenapa?? Banyak betul kisah pemandu pemandu dengan lori menghentam pengguna jalan raya yang lain.

Semoga Allah swt ampuni dosa dosa mereka yang terkorban.
Quote antikorok 4-2-2024 02:34 AM
Edited by antikorok at 4-2-2024 02:47 AM

Lori tentera rosak berhenti tepi jalan, yakni di bahu jalan atau kat laluan kecemasan,
bukan rosak berhenti tengah jalan kat lorong utama tuh!!!!!!!!!!!!

Apa kebenda la sampai boleh langgar kenderaan rosak atau berhenti tepi jalan, melainkan microsleep, mabok, laju mahupon guna phone sampai terbabas masok lorong kecemasan!!!!

Dah macam acara wajib harian, mingguan, bulanan dah KES KEMALANGAN LORI NI!
Setiap hari ada je kes!

Ehhh, napa takde yg speku lori yg melanggar tu yg ada masalah? NAK BAGI ALASAN MASALAH BREK LAGI KERRRR SAMPAI LANGGAR KENDERAAN BERHENTI DI BAHU JALAN HAHHHHH?????????
Quote liyamariska 4-2-2024 03:12 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-2-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.088549 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top