GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menjelaskan adalah sah solat di belakang seorang imam yang fasik atau imam yang merokok. Wan Salim berkata, perkara itu telah dijelaskan menerusi pandangan Mantan Mufti Arab Saudi, Almarhum Sheikh ‘Abdul ‘Aziz Baz. “Menurut pandangan Mantan Mufti Arab Saudi, Almarhum Sheikh ‘Abdul ‘Aziz Baz, adalah sah solat di belakang seorang imam yang fasik atau imam yang merokok. “Walaupun demikian adalah wajib ke atas kerajaan melantik imam daripada kalangan orang baik dan istiqamah (baik ibadah dan akhlak),” katanya di sini, hari ini. Beliau mengulas mengenai video tular seorang individu di TikTok yang menyatakan tidak sah untuk seseorang itu solat dengan imam merokok kerana mereka adalah orang yang fasik. Individu di dalam video tersebut juga mendakwa imam-imam yang merokok akan menghisap rokok sebelum memasuki masjid dan membawa najis (rokok) bersama mereka.
Disebabkan itu, individu tersebut mendakwa orang yang menghisap rokok tidak layak menjadi imam. Mengulas lanjut Wan Salim berkata, semua imam di negara ini dinasihatkan agar menghentikan tabiat merokok memandangkan ia adalah satu tabiat yang tidak baik. “Nasihat saya kepada imam-imam cubalah hentikan tabiat yang tidak baik ini. “Kita mahu menonjolkan imej seorang imam yang boleh dijadikan teladan yang baik untuk anak-anak jemaah,” katanya. Sumber -KOSMO! ONLINE |
ninja boy replied at 2-2-2024 01:29 PM
Lelaki solat masjid blkg imam dapat pahala 5000, wanita solat masjid ceruk blkg pahala 500, wanita s ...
Minami2013 replied at 2-2-2024 11:31 PM
Boleh kongsi rujukan statement you kat atas ni? Drpd hadis yg mana?
Suchi replied at 3-2-2024 09:28 AM
Ini cemana plak ye? Ramai pompuan tak puas hati
Mil iols pun selalu solat jemaah sbb mesjid bebet ...
ashilalat replied at 3-2-2024 03:12 AM
Entah sape lah yg tetapkan jumlah pahala² ni. Kdg tu x konsisten lgsung. Mcm syok sendiri pon ada. ...
apam replied at 3-2-2024 10:14 AM
Betulah pompuan elok solat kat rumah aje
midori888 replied at 3-2-2024 12:30 AM
setau meols, lelaki solat jumaat yg dpt pahala 500, bukan 5000, solat kat masjid nabawi pun 1000 j ...
Decaffeinated replied at 3-2-2024 08:42 PM
1 pahala tu bersamaan dengan apa? syurga paling basic kena kumpul berapa ribu. juta?
ADVERTISEMENT