CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Badan Bersaiz Besar Kini Bukan Halangan! Yvonne, Zainoriah Ungguli Arena Ratu Cantik ‘Saiz Besar’ Miss Plus World Malaysia

2-2-2024 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16495| Komen: 30

Description: Selepas beberapa bulan berentap, Yvonne Chong dan Zainoriah Din dinobatkan sebagai juara Miss Plus World Malaysia serta Ms. Plus Intercontinental Malaysia 2024.

Selepas beberapa bulan berentap, Yvonne Chong dan Zainoriah Din dinobatkan sebagai juara Miss Plus World Malaysia serta Ms. Plus Intercontinental Malaysia 2024.

Mereka merupakan peserta dalam pertandingan Miss Plus World Malaysia (MPWM) 2023/2024.

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang telah diadakan di Galaxy Banquet Hall, Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kedua-dua wanita itu berjaya merebut gelaran juara bagi kategori masing-masing, sekali gus bakal berentap pada Miss Plus World 2024 di Amerika Syarikat nanti.

Bagi Yvonne Chong, 45, selepas dinobatkan sebagai juara, dia begitu teruja dan berjanji akan terus aktif dalam dunia kecantikan di dalam serta luar negara.

“Saya berharap kemenangan ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita di luar sana untuk terus kekal yakin walaupun berbadan besar.

“Selepas ini, saya akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa dan terus aktif melibatkan diri dalam dunia kecantikan,” katanya ketika dihubungi Aura.


Bagi Zainoriah pula, dia langsung tidak menyangka menjadi juara kerana pertama kali menyertai pertandingan berskala besar seperti itu.

“Pada usia 55 tahun, saya tidak pernah menyangka terpilih sebagai juara Ms. Plus Intercontinental Malaysia 2024.

“Ini merupakan pengalaman paling berharga dan manis dalam hidup saya,” katanya.

Sementara itu, wakil penganjur, Junn Chow menyifatkan pertandingan tersebut sebagai satu platform terbaik yang menawarkan peluang keemasan kepada wanita bersaiz besar untuk mempamerkan kecantikan dalaman dan luaran mereka.

“Acara ratu cantik ini bertujuan memilih wanita yang berkualiti bukan sahaja dari aspek kecantikan, malah kebijaksanaan, keyakinan diri dan kemampuan untuk berkhidmat sebagai duta.

“Malah, acara ini akan menjadi saluran untuk menyampaikan mesej positif dan kisah-kisah misi kemanusiaan, kesihatan, pendidikan, keamanan serta penghormatan terhadap kepelbagaian kelompok masyarakat,” katanya.

Terdahulu, MPWM menjadi antara pertandingan ratu cantik yang memartabatkan kejelitaan wanita merangkumi kebijaksanaan, keyakinan dan bersifat Malaysia.

Acara tersebut dianjurkan oleh Monkii Global Holdings dengan kerjasama I-Creative Event Sdn. Bhd..

Gelaran ratu cantik MPWM pernah dimenangi oleh Lam Man Tang dan Sherlyn Chan (2022-23), Elena Tong dan Anna Liza Del Castillo (2021-22), dan Melissa Mohan Tyndall serta Shakti Chhabra (2020-21).

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissYouSayang 2-2-2024 03:31 PM
Nenek lampir kalo pakai mekap tebal pun blh jadi lawa
Quote s@s@ 2-2-2024 03:37 PM
sekarang ni kat malaysia pompuan islam dah boleh masuk pertandingan macam ni ke?
Quote prettyuglybabe 2-2-2024 04:30 PM
plus size besar tu je ke?
i ingatkan macam perempuan baju purple belakang tu..
Quote pokokmeranti 2-2-2024 04:34 PM
bahalol mana yg cuba normalisasikan kegemukan?
Quote airfilterkotor 2-2-2024 04:35 PM
Dah kenapa me-normalisasi-kan benda yang tak normal...
Quote hareeeesah 2-2-2024 05:16 PM
Trpaksa iols scroll atas balik nk tgk, ya ampun…. [em:11:]
Quote Decaffeinated 2-2-2024 05:17 PM
Denial.

Kalau betul gundu is awesome try compete in open category sure kalah kan
Quote jejai 2-2-2024 07:36 PM
dah gundu pun teringin nak jadi ratu lagi..adui
Quote AkokKocik 2-2-2024 08:48 PM
Edited by AkokKocik at 2-2-2024 08:49 PM

Di US ada organisasi yg buat program ' beauty possitivity, doesn't matter size you are'....lebih kurang mcm tu bunyinya.

Fungsi program ni, klu korang gundu, ada org ejek or kecam or Hina korang, korang blh buat aduan kpd diorg...then diorg blh tlg korang buat dakwaan terhadap individu yg layan korang cam tu...itu bbrapa tahun lalu sblum kobid, xtau masih wujud lagi ke xde program ni.
Quote syamzana 2-2-2024 09:05 PM
suka hati la...skrg ni kalau kita nasihat org akan ckp body shaming (tak kira gemuk atau kurus kering).
agak2 rasa sihat+cun melecun gitu terus kan aje.

org badan within normal bmi pun ada dpt mcm2 penyakit...girtuhh kata mereka.
Quote Carcosa 2-2-2024 10:49 PM
Badan bersaiz besar kini bukan halangan!


Ya, ianya adalah halangan utk kau hidup lama dgn mampos cepat sbb ada penyakit 3 serangkai.
Bodoh punya organiser buat pertandingan mcm ni. Dah gundu ada hati nak jadi ratu. PUIIIIIII.
Quote Jitu 2-2-2024 11:34 PM
aku tak hina cuma jujur cakap gundu mmg tak lawa

biar la bmi tu sesuai dgn ketinggian

yg belakang belah kiri tu kus semangat
Quote ajinomotonosuga 3-2-2024 12:46 AM
cik B tak masyuk bertanding ke
Quote Tinot7 3-2-2024 06:19 AM
Horaitt.. #gunduisawesome
Quote annehuda 3-2-2024 06:23 AM
Tapi aku tgk diorg ni takdela gundu sgt pun. Ok je. takdela lemak menggelebeh sampai tak nampak leher. Muka pun hokkay tak kepam. Chubby dan ceria.
Quote annehuda 3-2-2024 06:27 AM
Carcosa replied at 2-2-2024 10:49 PM
Badan bersaiz besar kini bukan halangan!



Kalau uols nak tau antara simptom kencing manis iaitu salah satu sakit 3 serangkai tu adalah hilang berat badan. Btullah BMI mempengaruhi kadar kesihatan badan kita, tp contrary to popular belief walaupun ada sakit 3 serangkai tu, walaupun tak boleh sembuh tp boleh dikawal dgn diet dan ubatan yg sesuai. Yg jd isu, bila dpt sakit 3 serangkai terus stop jumpa doktor dan makan supplement ngarut-ngarut.
Quote annehuda 3-2-2024 06:30 AM
Decaffeinated replied at 2-2-2024 05:17 PM
Denial.

Kalau betul gundu is awesome try compete in open category sure kalah kan

Open category tu ko ingat gaya hidup diorg sihat sgt ke? Ntah-ntah makan tisu celup ngan air oren je sebab nak maintain kurus mcm tu. Takde maknanye diorg tu makan 3 meals per day mcm manusia normal. Skrang beauty queen dah dibenarkan utk buat plastic surgery, lg lah tak asli dah kecantikan diorg sbnrnye
Quote bottombikini 3-2-2024 07:02 AM
elok sgt la tu perasan jadi ratu walaupunnnn....
Quote Dwdrum 3-2-2024 08:00 AM
Ok lah depa juga mahu ada queen dalam league tersendiri...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.286262 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top