CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Bebas Pada 23 Ogos 2028, Denda Dikurangkan

2-2-2024 06:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 41708| Komen: 153

Description: KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaska ...


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain tarikh pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Namun sekiranya denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah setahun dengan tarikh pembebasan beliau dijadualkan pada 23 Ogos 2029.

"Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-61 telah bersidang pada 29 Januari 2024.

"Lima kertas pengampunan, termasuk permohonan Datuk Seri Najib Razak telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan itu yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Yang di-Pertuan Agong ketika itu)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurut kenyataan berkenaan lagi, selepas mempertimbangkan pendapat serta nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan itu memutuskan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara, selain pengurangan denda yang perlu dibayar.

"Oleh yang demikian, Datuk Seri Najib Razak dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal, iaitu 23 Ogos 2028, dan denda yang perlu dibayar sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

"Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara beliau akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan ialah pada 23 Ogos 2029," katanya.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sehubungan itu, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Lembaga Pengampunan sudah membuat keputusan berhubung permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan selepas disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 12 tahun pada 2022.

Perdana Menteri, bagaimanapun menjelaskan kerajaan tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai keputusan itu, sebaliknya ia bakal dilakukan sendiri oleh Lembaga Pengampunan.

Berita mengenai isu pengampunan Najib berlegar dalam media sosial dan dilaporkan media massa sejak beberapa hari lalu, dengan desas-desus kuat mendakwa nasib bekas Perdana Menteri yang sedang menjalani hukuman penjara itu sudahpun diputuskan oleh Lembaga Pengampunan.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissYouSayang 2-2-2024 03:56 PM
Cna dan media luar lagi cekap dari kabinet bapokk tua. Tapi kenapa nak kena kurangkan? Setelah rakyat disusahkan dgn macam2 cukai dan kenaikkan serta pencen dimansuhkan semata nak bayar balik hutang 1mdubo kau, madanon suke hati je bagi diskaun. Kepala butuh ko nuart hanjeng
Quote B40tastePosh 2-2-2024 04:02 PM
MissYouSayang replied at 2-2-2024 03:56 PM
Cna dan media luar lagi cekap dari kabinet bapokk tua. Tapi kenapa nak kena kurangkan? Setelah rakya ...

Kannnn...kenapa nak diskaun diskaun pulak...ini masalah nasional melibatkan kepentingan rakyat yang bekerja macam nak mampus ni.
Quote pokokmeranti 2-2-2024 04:06 PM
ada baca, klu berkelakuan baik Najib akan bebas lebih awal dari itu. ada betul ke?
Quote aechae 2-2-2024 04:12 PM
pokokmeranti replied at 2-2-2024 04:06 PM
ada baca, klu berkelakuan baik Najib akan bebas lebih awal dari itu. ada betul ke?

xda tulis pn kt atas tu...
Yg tulis x bayar denda tmbah setahun je ada lah
Quote tripleid 2-2-2024 04:13 PM
Agong yg buat keputusan,pmx lak yg kena kecam.


dasar walaun bodo!
Quote aechae 2-2-2024 04:14 PM
Patutnya denda pn kurang 50% jugak lah...bayar rm105 juta...biar dorang jd marhean blk
Quote stingerpressor 2-2-2024 04:14 PM
pokokmeranti replied at 2-2-2024 04:06 PM
ada baca, klu berkelakuan baik Najib akan bebas lebih awal dari itu. ada betul ke?

Yup.....as early as 2026......lepas tolak cuti umum....sabtu separuh hari ,minggu , dan peruntukheun annual leave dan sick leaves..

Quote pokokmeranti 2-2-2024 04:20 PM
aechae replied at 2-2-2024 04:12 PM
xda tulis pn kt atas tu...
Yg tulis x bayar denda tmbah setahun je ada lah

yg I baca tu, kira peraturan penjara kepada banduan.
Quote stingerpressor 2-2-2024 04:21 PM
tripleid replied at 2-2-2024 04:13 PM
Agong yg buat keputusan,pmx lak yg kena kecam.



Very timely kheun?.....mesyuarat diadakheun just before former agong stepped down....?

Samada mesyuarat lembaga pengampunan tersebut memang really DUE during this period(just sebelum former agong finIshed his term)...can be anybody's guess...

True to my prediction....that kecuali rayuan pengampunan diperolehi sebelum agong(org kpg) stepped down...his chance of getting pardon from agong baru.....ibarat boleh mimpi kerok ler....
Quote stingerpressor 2-2-2024 04:24 PM
Ini undang undang org org have2 keww?

Jumlah 50juta kalo tak dapat bayar...extended setahun je jel term?

Quote stingerpressor 2-2-2024 04:31 PM
Edited by stingerpressor at 2-2-2024 04:33 PM

Hypothetical question dari anak jiran aku yg 3 tahun...

Assuming the impending cases brought against bijan in court now selesai dibicarakheun dan ianyer selesai well before 2028 dimana bijan didapati bersalah dan dikenakheun hukuman penjara....will it be carried out concurrently dgn hukuman yg sedang dijalankheun ?

Contoh....kes2 selesai dibicarakheun(ie 2025) dan judgement telah dijatuhkheun dan bijan didapati bersalah lalu hukuman penjara 6 tahun....adakeww jika hukuman dijalankheun serentak...bijan will still be released in 2028 together with the latest punishment metted out?

Anyone?
Quote kelana36 2-2-2024 04:31 PM
Sejak bila PM boleh bagi pengampunan atau diskaun hukuman?
Quote stingerpressor 2-2-2024 04:35 PM
kelana36 replied at 2-2-2024 04:31 PM
Sejak bila PM boleh bagi pengampunan atau diskaun hukuman?

Agak agak ko ...kes yg 4 lagi dari entity lain yg dibentangkheun dapat pengampunan jugak keww oleh lembaga pengampunan? Atau bijan je yg dapat pengampunan?

Hmmmm
Quote aechae 2-2-2024 04:36 PM
kelana36 replied at 2-2-2024 04:31 PM
Sejak bila PM boleh bagi pengampunan atau diskaun hukuman?

Klu kt X sna dah ada dh budak2 yg demand suh show names n faces yg dlm board pengampunan ni, nk tmbah kecam barangkali... woww, gtu berani
Quote MissYouSayang 2-2-2024 04:39 PM
Edited by MissYouSayang at 2-2-2024 04:41 PM

Walaupun najib tak dapat pengampunan penuh lagi tapi tetap kemenangan milik najib kerana berjaya mendapat diskaun kawkaw dari KERAJAAN MADANON..
Walajib 1 - 0 Walanon
Quote s@s@ 2-2-2024 04:40 PM
tunggu bangkem komen dulu lah
Quote kelana36 2-2-2024 04:45 PM
stingerpressor replied at 2-2-2024 12:35 PM
Agak agak ko ...kes yg 4 lagi dari entity lain yg dibentangkheun dapat pengampunan jugak keww oleh ...

Itu lah yang saya fikirkan...  

Quote pokokmeranti 2-2-2024 04:46 PM
dengan keputusan ini adakah Najib akan arahkan ahli parlimen yg setia kepada dia untuk menarik sokongan kepada PMX?
Quote stingerpressor 2-2-2024 04:50 PM
kelana36 replied at 2-2-2024 04:45 PM
Itu lah yang saya fikirkan...

Aku tak yakin kita punyai wartawan yg kritis dlm mengajukheun soalan seperti ini...atau soalan samada mesyuarat lembaga pengampunan ini memang really perlu die die diadakheun hanya sebelum the former agong stepped down...seolah it has been long scheduled dan tak boleh ditangguh lagi...

Last day agong on 31st ...mesyuarat lembaga pengampunan 29th/30th?

Terlalu urgent kewww sehingga seolah tak ada agong baru yg ambil alih tampuk kepimpinan?

Hmmm

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.055314 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top