CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Najib Hargai Pengurangan Hukuman Jel, Tapi Kecewa Tidak Dapat Pengampunan Penuh

2-2-2024 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30202| Komen: 37

Description: KUALA LUMPUR: Ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak, melahirkan rasa kecewa berikutan bekas Perdana Menteri itu tidak mendapat pengampunan penuh untuk dibebaskan serta-merta.


KUALA LUMPUR: Ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak, melahirkan rasa kecewa berikutan bekas Perdana Menteri itu tidak mendapat pengampunan penuh untuk dibebaskan serta-merta.

Anak kepada Najib, Nooryana Najwa berkata, ini kerana pihaknya dan ahli keluarga kekal dengan pendirian dan yakin bahawa ayahnya itu tidak bersalah, sekali gus wajar dilepaskan dan dibebaskan.



"Walaupun kami menghargai pengurangan hukuman daripada 12 tahun kepada enam tahun yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan setelah pertimbangan pendapat dan nasihat, kami berasa kecewa kerana Datuk Seri Najib Razak tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.


"Mereka yang mengikuti kes SRC secara dekat sudah tentunya tahu dan bersetuju dengan penghakiman oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak tahun lalu bahawa ketidakadilan yang besar berlaku ke atas Datuk Seri Najib dan keputusan yang betul ialah beliau wajar dilepaskan dan dibebaskan," katanya melalui Instagram.

Terdahulu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalani Najib sejak 2022, sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain tarikh pembebasan awal itu, Najib turut perlu membayar denda yang dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sehubungan itu, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.

Berita mengenai isu pengampunan Najib berlegar dalam media sosial dan dilaporkan media massa sejak beberapa hari lalu, dengan desas-desus kuat mendakwa nasib bekas Perdana Menteri yang sedang menjalani hukuman penjara itu sudahpun diputuskan oleh Lembaga Pengampunan.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 2-2-2024 07:16 PM
belajar lah bersyukur..orang lain curi susu sebab anak lapar penjara bertahun2 tak dapat pengampunan pun
Quote mojarean_X 2-2-2024 07:18 PM
Semoga dipermudahkan najib kes2 lain sdg berjalan. Hopefully dpt mcm wak
Quote xy_daen 2-2-2024 07:19 PM
13-1, yang 1 tu jugak dia hadap. Kepala bapak kau lah
Quote kaseh80 2-2-2024 07:32 PM
Yg curi Milo dpt pengampunang tak????
Untunglah dpt duit beliyunnnnnnnn
Sesuci embun gituw


Quote Rogue98 2-2-2024 07:39 PM
Takperlah...Kita teruskan berdoa....Ada lah tu hikmah dia. Pengajaran utk rakyat jugak hadaplah mcm2 tax....keadaan ekonomi yg makin teruk ....raja formula yg bodoh...mahkamah yg tidak adil...curi Milo pun tak dapat pengampunan....keadaan politik yg tak stabil....pm bekas banduan yg tak tau nak manage negara and tak bawak pelaburan luar masuk ...pencen nak kena tarik balik....etc....hahaha...padan muka semua...
Biarlah Najib aman2 dlm penjara kajang sambung belajar buat PhD.
Quote monreyes 2-2-2024 07:44 PM
aku dah lama x folo sbb sedih..skrg rasa bersemangat..tapi punah harapanku
Quote syamzana 2-2-2024 07:51 PM
diampunkan ke tidak...rakyat tetap tersepit.
takde rasa nak kesian
Quote Belibis 2-2-2024 08:12 PM
kaseh80: Yg curi Milo dpt pengampunang  ...

Dah rembat bilion...suap dari bawah sampai atas lor..kawtim.
Quote kemaruk 2-2-2024 08:18 PM
Btw hahahhaha padam muka najib

Sape suruh lu percaya sangat dekat lu punya pembantu?

Pembantu lu kelentong cakap duit tu derma dari pak arab, lu percaya bulat2

Lu pulak dengan bendulnya guna duit tu beli sejadah, telekung, kain pelikat etc untuk didermakan

Bengapnya lu nk jib.. sampaikan jho low terpaksa cucuk2 lu beli jam mewah untuk kak mah.. tambah bodo lagi lu nak pakai kad kredit personal uols.. ujung2 declined..

Ohya terpaling benak ialah, duit tu masuk dalam akaun personal lu.. sape la yang nasihat lu ni? Tak pasal2 akaun lu jadi keldai akaun.. dah tentu2 la gabenor bank negara takleh nak wat pape.. cer tanya ahim, komfem dia cakap takleh
Quote MissYouSayang 2-2-2024 08:25 PM
Edited by MissYouSayang at 2-2-2024 08:29 PM

Bapak kau punca kesusahan kami semua . Pencen mansuh, subsidi /haji bersasar, kenaikkan itu ini, cukai sana sini . Semua tu sebab nak BAYAR balik hutang 1mdubo bapak kau. Sementelah dpt plak nuart hanjeng yg tak reti nak tadbir negara...double triple lah kesusahan rakyat alami ..lagi pun nak lepaskan bapak kau tu kami dapat apa? Bapak kau nak tolong diri sendiri pun Tak mampu, lagi kan Nak tolong rakyat...pegi mati lah anak2 orang kaya feeling entitle ni semua
Quote aechae 2-2-2024 08:33 PM
Di saat ramai org marah dia dpt diskaun hukuman, ada jugak org yg masih anggap dia langsung x bersalah kena bebas immediately… mcm mna org2 ni hidup berhadapan masyarakat eh? Xkisah lh anak menantu bini duk dlm or luar negara pn
Quote FlexyFox 2-2-2024 08:36 PM
Melampau! Merosak satu negara  nak discount 100%! Geram aku dengar. 6 thn tu sekejab je banding dgn berbilion songlap.

BTW, aku tgk documentari on Netflix "Man On The Run" Kisah Jho Lo. Terpampang muka Najib (caricature) dlm tajuk tu. Dua makhluk perosak. Malaysia ni terkenal sebab  benda2 negative yg besar. Buat malu! Dah la tu, negara semakin mundur dan mundur dari berbagai segi.
Quote Perwira2022 2-2-2024 08:49 PM
Kenapa hukuman Nuar Peliwat boleh pulak dapat pengampunan penuh? Kenapa tak diskaun 50% saja? Kenapa peliwat-peliwat lain takde pun diberi pengampunan?
Quote belilies 2-2-2024 10:53 PM
Anwar tu pun makan tahun dapat pengampunan. Yang engko ni baru arini masuk, esok dah demand pengampunan. Dulu kengkonon org len or parti umngok yg request pengampunan. Ni napa arini ko pulak yg buat stetmen. Sampahlah najib!
Quote asamfish 2-2-2024 11:21 PM
jejai replied at 2-2-2024 07:16 PM
belajar lah bersyukur..orang lain curi susu sebab anak lapar penjara bertahun2 tak dapat pengampunan ...

ye...bersyukur lah....apa yang kita dpt, itulah rezeki kita

Quote dani-rox 2-2-2024 11:27 PM
Edited by dani-rox at 2-2-2024 11:28 PM

Anak banduan


pegi mamposlah anak beranak
Quote kemaruk 2-2-2024 11:28 PM
Najib masih ada kes lain kan? Contohnya kes tong simen kevin morais dan sembunyi mh370
Quote albedah 3-2-2024 04:25 AM
Kalu cenggitu, seme pesalah boleh buat rayuan ni dan kekal pendirian tidak bersalah dan boleh kecewaaaaa bla bla blaaaa
Quote lanacondor 3-2-2024 05:30 AM
Rogue98: Takperlah...Kita teruskan berd ...
betul. Dah dpt mcm2 xbersyukur. Dlo kata najib jatuh ekonomi naik. Alih2 makin menjunam. Pcy sgt dgn raja formula bagai. Kalau aku jadi najib Pon elok dduk je dlm penjara fokus Amal ibadat. Biakan masing2 xreti bersyukur. Salah pangkah dapat la taik.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054895 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top