CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Sah Solat Di Belakang Seorang Imam Yang Fasik Atau Imam Yang Merokok" – Mufti P. Pinang

2-2-2024 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15412| Komen: 15

Description: GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menjelaskan adalah sah solat di belakang seorang imam yang fasik atau imam yang merokok.


GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menjelaskan adalah sah solat di belakang seorang imam yang fasik atau imam yang merokok.

Wan Salim berkata, perkara itu telah dijelaskan menerusi pandangan Mantan Mufti Arab Saudi, Almarhum Sheikh ‘Abdul ‘Aziz Baz.

“Menurut pandangan Mantan Mufti Arab Saudi, Almarhum Sheikh ‘Abdul ‘Aziz Baz, adalah sah solat di belakang seorang imam yang fasik atau imam yang merokok.

“Walaupun demikian adalah wajib ke atas kerajaan melantik imam daripada kalangan orang baik dan istiqamah (baik ibadah dan akhlak),” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai video tular seorang individu di TikTok yang menyatakan tidak sah untuk seseorang itu solat dengan imam merokok kerana mereka adalah orang yang fasik.

Individu di dalam video tersebut juga mendakwa imam-imam yang merokok akan menghisap rokok sebelum memasuki masjid dan membawa najis (rokok) bersama mereka.


Disebabkan itu, individu tersebut mendakwa orang yang menghisap rokok tidak layak menjadi imam.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, semua imam di negara ini dinasihatkan agar menghentikan tabiat merokok memandangkan ia adalah satu tabiat yang tidak baik.

“Nasihat saya kepada imam-imam cubalah hentikan tabiat yang tidak baik ini.

“Kita mahu menonjolkan imej seorang imam yang boleh dijadikan teladan yang baik untuk anak-anak jemaah,” katanya. 


Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 2-2-2024 03:40 PM
Tp lobai mcm biasa lg bkesah bab aurat pompuan dr usaha benti isap okok.
Lobai tau kan isap okok tu harom??
Kalo ckp isap okok tu sama harom mcm mkn babi lobai marah dak?
#tanyejurr
Quote jejai 2-2-2024 07:16 PM
layak ke jadi imam kalau merokok..sah2 merokok tu haram? ke makruh?
Quote nolya 2-2-2024 08:23 PM
Di masa hadapan, masa iterview imam, pastikan dia bukan perokok. Kalau dia berbohong dn ketahuan, harus dipecat.  
Quote apam 2-2-2024 09:08 PM
Edited by apam at 2-2-2024 09:09 PM

Kau sebok dgn solat imam yg smoking. Kau fokus kau punya solat ajelah. Sendri punya solat pun cacamerba sempat ungkit solat org lain. Imm isap kok takde kene mengena pun dgn kau. Ajaran isle ala melayu mmg suka tengok org
Quote ninja boy 2-2-2024 09:29 PM
Lelaki solat masjid blkg imam dapat pahala 5000, wanita solat masjid ceruk blkg pahala 500, wanita solat rumah pahala 10, untuk mencukupkan pahala sama dgn lelaki wanita disuruh sedekahkan emas dan harta lain sampai sehelai sepinggang
Quote Minami2013 2-2-2024 11:31 PM
ninja boy replied at 2-2-2024 01:29 PM
Lelaki solat masjid blkg imam dapat pahala 5000, wanita solat masjid ceruk blkg pahala 500, wanita s ...

Boleh kongsi rujukan statement you kat atas ni? Drpd hadis yg mana?

Quote midori888 3-2-2024 12:30 AM
Minami2013 replied at 2-2-2024 11:31 PM
Boleh kongsi rujukan statement you kat atas ni? Drpd hadis yg mana?

setau meols, lelaki solat jumaat yg dpt pahala 500, bukan 5000, solat kat masjid nabawi pun 1000 jer pahala....solat2 fardhu lain 27 pahala...
Quote ashilalat 3-2-2024 03:12 AM
Entah sape lah yg tetapkan jumlah pahala² ni. Kdg tu x konsisten lgsung. Mcm syok sendiri pon ada. Asal berbuat baik sesama manusia sudah lah. Over la nak nilai org pulak berdasarkan tekak kau. Lama dah sesat smua ni.
Quote Suchi 3-2-2024 09:28 AM
8D5D84A8-5285-456B-B115-E77C77013533.jpeg

Ini cemana plak ye? Ramai pompuan tak puas hati
Mil iols pun selalu solat jemaah sbb mesjid bebetul depan umah haa.Jiran depan umahnya adalah masjid. Hari2 dengor azan jelas sejelas2nya termasukla khutbah ke apa.
Quote apam 3-2-2024 10:14 AM
Suchi replied at 3-2-2024 09:28 AM
Ini cemana plak ye? Ramai pompuan tak puas hati
Mil iols pun selalu solat jemaah sbb mesjid bebet ...

Betulah pompuan elok solat kat rumah aje
Quote dua_chzy 3-2-2024 10:16 AM
Ala bodohnya soalan.

Sedangkan Sultan, para pemimpin nugara yang dot dot dot pun kau sebok doakan. Choi.
Quote midori888 3-2-2024 10:26 AM
ashilalat replied at 3-2-2024 03:12 AM
Entah sape lah yg tetapkan jumlah pahala² ni. Kdg tu x konsisten lgsung. Mcm syok sendiri pon ada.  ...

ada hadith psl nie...

Jawapan: Hal ini disebut di dalam sebuah hadith, yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ
Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”. [Riwayat Ahmad (15271)] [Sanadnya adalah sahih mengikut syarat Imam al-Bukhari menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth ketika beliau mentakhrijkan hadith ini di dalam musnad Ahmad]

Quote Suchi 3-2-2024 11:51 AM
apam replied at 3-2-2024 10:14 AM
Betulah pompuan elok solat kat rumah aje

Yup begitulaa tp kat post tu ramai pompuan tak puas hati
Iols nak post ni kat status wassep pun ghisaau hahah
Quote Decaffeinated 3-2-2024 08:42 PM
midori888 replied at 3-2-2024 12:30 AM
setau meols, lelaki solat jumaat yg dpt pahala 500, bukan 5000, solat kat masjid nabawi pun 1000 j ...

1 pahala tu bersamaan dengan apa? syurga paling basic kena kumpul berapa ribu. juta?
Quote midori888 3-2-2024 10:05 PM
Decaffeinated replied at 3-2-2024 08:42 PM
1 pahala tu bersamaan dengan apa? syurga paling basic kena kumpul berapa ribu. juta?

wallahualam...sama2 kita find out di akhirat nanti...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-2-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.072076 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top