CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Townhall PDRM Jadi ‘Panas’, MP Klang Pertikai Kenyataan Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily

2-2-2024 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15664| Komen: 9

Description: KLANG – Sesi dialog awam bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di sini hari ini bertukar panas dengan perdebatan berkaitan isu birokrasi dalam ...


KLANG – Sesi dialog awam bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di sini hari ini bertukar panas dengan perdebatan berkaitan isu birokrasi dalam perancangan bandar.

Situasi panas apabila Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau, bangkit mempertikai kenyataan Mohd Shuhaily yang dilihat seperti menuding jari terhadap ahli politik dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai gagal melaksanakan perancangan bandar yang mengambil kira keselamatan serta kesejahteraan penduduk.

Komen itu disuarakan Shuhaily selepas salah seorang penduduk membangkitkan isu bagaimana dia tidak berasa selamat di rumahnya sendiri selepas pencuri masuk lapan kali dalam dua dekad lalu, bukti perancangan bandar lemah.

Shuhaily ketika menjawab soalan itu, memberi analogi bagaimana pembangunan kondominium di kawasan tertentu akan menjejaskan aspek kepolisan, terutamanya dari segi trafik dan nisbah antara anggota polis dan penduduk dalam komuniti tertentu.


“Perkara sama berlaku semasa saya menjadi Ketua Polis Pulau Pinang dan Ketua Polis Kuala Lumpur…. apabila saya bertemu majlis bandar raya untuk membincangkan keselamatan masyarakat, mereka sebenarnya tidak mempertimbangkan keselamatan penduduk.

“Ia berbalik kepada YB-YB (wakil rakyat) dan ahli majlis tempatan. Apabila pembangunan diluluskan, jalan raya menjadi sesak… dan apabila itu berlaku, polis dipanggil untuk meredakan kesesakan,” katanya ketika sesi di Dewan Persatuan Hokkien Klang di sini, hari ini.

Ganabatirau, yang turut berada di barisan hadapan bangkit mencelah untuk mewajarkan kedudukannya sebagai suara yang mewakili pengundinya dan sudah pun memainkan peranan membangkitkan kebimbangan mereka tentang sebarang projek yang akan menjejaskan komunitinya kepada pihak yang septutnya.

“Ini satu salah faham….. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak terbabit dalam perancangan (bandar), hanya majlis tempatan yang terlibat (iaitu) pengarah pelesenan, pengarah perancangan dan presiden majlis tempatan (Yang di-Pertua),” katanya.


Mengulas lanjut, Ganabatirau berkata penggubal undang-undang tidak menghadiri mesyuarat untuk meluluskan mana-mana projek.

Bagaimanapun, Shuhaily mencelah sambil menyoal “Siapa yang melantik presiden majlis tempatan” sebelum disusuli tepukan hadirin.

Shuhaily kemudian mengiktiraf peranan penggubal undang-undang persekutuan dalam menyuarakan suara pengundi mereka dan menyalurkannya dengan cara yang betul.

Ketika sidang media selepas itu, Shuhaily menegaskan bahawa kepolisan juga perlu dimasukkan sebagai salah satu peranan penting dalam perancangan bandar untuk mengelakkan kemalangan masa depan.

“Penjelasan antara polis, penggubal undang-undang dan ahli majlis, bagi saya adalah perkembangan yang sangat positif, walaupun ia tegang,” katanya.

Shuhaily menegaskan perancangan bandar memerlukan usaha lebih gigih daripada semua agensi berkaitan bagi mengelak perkara seumpama itu berlaku pada masa hadapan. 

Sumber – Berita Harian/KiniTV

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 2-2-2024 03:31 PM
Leluhur parashit mesti backup leluhur parashit. Sebab leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Quote airfilterkotor 2-2-2024 04:27 PM
Terbaik DS Shuhaily.
Quote adm7 2-2-2024 08:32 PM
Ada bangkitan tak Isu tokong/kuil haram ?
Quote anony-mous 4-2-2024 02:35 AM
Nmpk la beza polis berpelajaran dgn MP yg entah habis degree ke x. Klau ada degree , mgkin dpt jd MP sbb kabel atau pndai putar belit while dato seri polis tu street smart
Quote antikorok 4-2-2024 03:23 AM
Edited by antikorok at 4-2-2024 03:25 AM

Takyah nak bekap atau konar pusing mempertikai ala2 butthurt panas bontot namampos sangat, memang terbukti Klang tu bandar paling tak selamat namampos di tanah ayer ini!

Kalau dah 8 kali kena rob, memang something wrong namampos Klang ni! Tempat pembiakan gangster2 dan geng2 penjenayoh kat tanah ayer ni.
Quote batmana 4-2-2024 06:09 AM
betula ,mmg patut perancangan bandar polis ada kuasa bagi persetujuan skali

ni kalu tetiba peningkatan penduduk smpai puluh ribu dlm 5 tahun, polis boleh dikira dgn jari je dlm kawasan tu, tu menyumbang masalah

lainla kalu semua MP setuju laksanakan hudud, sapa2 bunuh orang, penggal je kepala dia kat depan public kat dataran merdeka ka, barula kecut semua orang nak jadi pembunuh.. sapa2 rompak rumah org sampai 8 kali, potong je tangan dia depan public..biar semua kecut perut nak mencuri. polis pun senang nak buat keje, dah masing2 takut nak mencuri/membunuh.kurang kerja polis.

ni guna undang2 manusia, mmg tak berubahla.. mmg kene byk penguatkuasala nk kawal semua, lemah...
Quote kemaruk 4-2-2024 01:18 PM
Klang?

Shit hole

Next.....
Quote sharlenetexas 4-2-2024 01:20 PM
kemaruk replied at 4-2-2024 01:18 PM
Klang?

Shit hole

Bandar diraja.


Quote Pumpkinhead 7-2-2024 08:31 AM
batmana: betula ,mmg patut perancangan bandar polis ada kuasa bagi persetujuan skalini kalu tetiba peningkatan penduduk smpai puluh ribu dlm 5 tahun, polis bol ...


Setuju bab ni...perancangan bandar tu kena buat betul betul

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-2-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.046893 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top