Susulan mendapat hadiah berupa motosikal daripada beberapa pihak, individu yang dikenali Derrick Gan sekali lagi menjadi perhatian apabila dia dituduh mengemis untuk mendapatkan hadiah tersebut selepas pulang memberikan sokongan padu buat pasukan Harimau Malaya di Qatar baru-baru ini. Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, Derrick dilihat memuat naik tangkap layar memaparkan komen yang dilemparkan oleh seorang netizen kepadanya. Loading FB Post...
"Boleh sesiapa pastikan tak sama ada dia (Derrick) orang yang susah? Saya rasa tak". Tidak berdiam diri, Derrick tampil membidas tuduhan itu. Menurut Derrick, dia sama sekali tidak pernah menyebut bahawa dirinya merupakan orang susah dan tidak pernah meminta publisiti daripada para pengamal media. "Pernah ke saya sebut saya orang susah? Ada ke saya minta abang ‘cameraman’ rakam tangisan saya waktu itu?" "Pernah saya meminta-minta agar motosikal itu dihadiahkan kepada saya? "Tiada siapa sangka saya akan menjadi viral, ya saya tahu susah untuk seseorang menjadi popular dan viral tetapi adakah anda rasa saya mahu menjadi seperti itu? "Cakap apa sahaja yang anda mahu tapi jangan pernah cakap apa yang tak pernah keluar dari mulut saya. Ini kerana perkara yang tidak keluar dari mulut saya hanyalah konspirasi yang tidak betul. "Tapi, saya sedar inilah akibat yang perlu saya terima apabila menjadi perhatian orang ramai. Saya terima apa sahaja yang diperkatakan terhadap saya, sama ada baik atau pun buruk." Jelas Derrick, apa yang berlaku kepadanya ketika ini adalah disebabkan oleh tangisannya sewaktu melihat pasukan kebangsaan menjaringkan gol ketika bertemu dengan pasukan Korea Selatan. Di akhir hantarannya itu, Derrick menitipkan ucapan terima kasih buat semua rakyat Malaysia terutama sekali penyokong Harimau Malaya yang sentiasa memberikan sokongan padu buat pasukan bola sepak kebangsaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Derrick dan memintanya untuk menghiraukan kata-kata negatif tersebut. Terdahulu, Derrick menjadi perhatian apabila sanggup menjual motosikalnya hanya kerana mahu menyaksikan perlawanan akhir Kumpulan E antara Malaysia menentang Korea Selatan bagi saingan Piala Asia 2023 di Qatar. Sehingga ke hari ini, Derrick difahamkan telah menerima tawaran sekurang-kurangnya lima buah motosikal daripada beberapa individu dan syarikat terkemuka. Sumber: Facebook/OhBulan |
Decaffeinated replied at 1-2-2024 01:41 PM
Orang Malaysia (read melayu) memang suka drama sebak dan terharu. Tahniah pada bro ni, walau pun ko ...
csham replied at 1-2-2024 01:42 PM
Org yg beri dia motor tu mmg bodo.. actually ramai org Malaysia ni bodo..asyik sayu sayu ja.. ????
csham replied at 1-2-2024 01:42 PM
Org yg beri dia motor tu mmg bodo.. actually ramai org Malaysia ni bodo..asyik sayu sayu ja.. ????
ADVERTISEMENT