CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11548|Reply: 21

‘Ada Ke Saya Sebut Saya Orang Susah?’ - Dituduh Mengemis Hadiah Motosikal, Derrick Gan Tampil Bidas Netizen

[Copy link]
Post time 1-2-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode






Susulan mendapat hadiah berupa motosikal daripada beberapa pihak, individu yang dikenali Derrick Gan sekali lagi menjadi perhatian apabila dia dituduh mengemis untuk mendapatkan hadiah tersebut selepas pulang memberikan sokongan padu buat pasukan Harimau Malaya di Qatar baru-baru ini.


Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, Derrick dilihat memuat naik tangkap layar memaparkan komen yang dilemparkan oleh seorang netizen kepadanya.





"Boleh sesiapa pastikan tak sama ada dia (Derrick) orang yang susah? Saya rasa tak".


Tidak berdiam diri, Derrick tampil membidas tuduhan itu.


Menurut Derrick, dia sama sekali tidak pernah menyebut bahawa dirinya merupakan orang susah dan tidak pernah meminta publisiti daripada para pengamal media.


"ernah ke saya sebut saya orang susah? Ada ke saya minta abang ‘cameraman’ rakam tangisan saya waktu itu?"


"ernah saya meminta-minta agar motosikal itu dihadiahkan kepada saya?


"Tiada siapa sangka saya akan menjadi viral, ya saya tahu susah untuk seseorang menjadi popular dan viral tetapi adakah anda rasa saya mahu menjadi seperti itu?


"Cakap apa sahaja yang anda mahu tapi jangan pernah cakap apa yang tak pernah keluar dari mulut saya. Ini kerana perkara yang tidak keluar dari mulut saya hanyalah konspirasi yang tidak betul.


"Tapi, saya sedar inilah akibat yang perlu saya terima apabila menjadi perhatian orang ramai. Saya terima apa sahaja yang diperkatakan terhadap saya, sama ada baik atau pun buruk."


Jelas Derrick, apa yang berlaku kepadanya ketika ini adalah disebabkan oleh tangisannya sewaktu melihat pasukan kebangsaan menjaringkan gol ketika bertemu dengan pasukan Korea Selatan.


Di akhir hantarannya itu, Derrick menitipkan ucapan terima kasih buat semua rakyat Malaysia terutama sekali penyokong Harimau Malaya yang sentiasa memberikan sokongan padu buat pasukan bola sepak kebangsaan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Derrick dan memintanya untuk menghiraukan kata-kata negatif tersebut.






Terdahulu, Derrick menjadi perhatian apabila sanggup menjual motosikalnya hanya kerana mahu menyaksikan perlawanan akhir Kumpulan E antara Malaysia menentang Korea Selatan bagi saingan Piala Asia 2023 di Qatar.


Sehingga ke hari ini, Derrick difahamkan telah menerima tawaran sekurang-kurangnya lima buah motosikal daripada beberapa individu dan syarikat terkemuka.


Sumber: Facebook/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 10:47 AM | Show all posts
ada je netizen JAHAT nak masuk line.....sejenis tak boleh tengok org senang/happy, terus dapat penyakit hati yg teramat busuk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan salah Derrick, Rakyat Msia yg bongok dan terlampau pemurah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Derrick ni mangsa keadaan, hanya seorang true fan bola sepak dan harimau malaya. Org keliling yg sibuk nak ride dia for
publicity, marketing, fame.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Artikel tu tak penuh
Good job Derrick...tak mudah melatah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua tu nak ride fame dia ja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2024 11:55 AM | Show all posts
dah rezeki dia..pastu sanggup lak dia share rezeki..malu la wei...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 12:14 PM | Show all posts
korang yang bingai terpaling semua pun nak simpati...nak terpaling pemurah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dah agak mesti ada statement mcm ni..sejenis hati hitam..dh rezeki org tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg komen bitter² tu mulayu kan? Kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 12:47 PM | Show all posts
padan muka netizen & budak2 tiktok yg sebak sana sebak sini. simpati, menitis air mata segala.. over masing2.
Dia cakap dia jual motor cari dana nak pegi tgk bola je pun pakat sedih terharu. Dia bukan miskin, dia jual moto je.. kete dia ada
dah ada yg bangang nak bg motor free, ambik je la. yang bagi tu pun ambik kesempatan tumpang populariti je
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak pulangkhen motosikal motosikal itewww semula pada mereka mereka yg LEBIH MEMERLUKHEUNZ?

#tanyaje...

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 01:08 PM | Show all posts
Rezeki dialah kan…
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 01:41 PM | Show all posts
Orang Malaysia (read melayu) memang suka drama sebak dan terharu. Tahniah pada bro ni, walau pun ko bukan sengaja nam scam just profit from it.

Kalau aku jual saham sebab nak pergi qatar ada tak siapa2 nak gantikan saham aku yang dah terjual tu? sama ja kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg beri dia motor tu mmg bodo.. actually ramai org Malaysia ni bodo..asyik sayu sayu ja.. ????
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-2-2024 01:41 PM
Orang Malaysia (read melayu) memang suka drama sebak dan terharu. Tahniah pada bro ni, walau pun ko  ...

Anak jiran aku yg 3 tahun sebut ...cuba ler...tak cuba mana ko nak tahu.....?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 01:53 PM | Show all posts
csham replied at 1-2-2024 01:42 PM
Org yg beri dia motor tu mmg bodo.. actually ramai org Malaysia ni bodo..asyik sayu sayu ja.. ????



Tak semena mena pezal kita pun kena chop bodo...

Kahkahkahkahkab
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat yg kaya ni pemurah tk tentu halaaa siapa la yg menormalisasikan menda2 gini.. Sian gak kt modenas nitezen kecam2 takat bg modenas.. Tp adan muka beria.. Bg la ralyat yg sengsaraaa walun ke auntit ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
csham replied at 1-2-2024 01:42 PM
Org yg beri dia motor tu mmg bodo.. actually ramai org Malaysia ni bodo..asyik sayu sayu ja.. ????

Orang buat baik bersedekah pon ko ngata BODO..sian la sesapa yg bersedekah kat orng,tabung ke....BODO la semua depa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 05:30 PM | Show all posts
rakyat msia gaduh mcm nak rak psl seketul motor free. manakala politicians, scammers, VVVVIP etc ketawa terbahak2 kaut reta sambil tengok peel org2 semikin nih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.335855 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list