CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Gigit Budak Sekolah Di Kawasan Perumahan Sudah Dipindah Tuan

31-1-2024 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23551| Komen: 37


SEBERANG PERAI – Seekor anjing yang tular menggigit seorang pelajar perempuan di kawasan perumahan Taman Pekatra Indah, Simpang Ampat di sini dipercayai telah dipindahkan pemiliknya ke sebuah pusat perlindungan haiwan di Butterworth.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), satu pemeriksaan telah dijalankan di rumah pemilik anjing itu sejak semalam namun gagal menjumpai haiwan tersebut.

Ketika ini katanya, satu siasatan lanjut akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai lokasi sebenar keberadaan anjing

“Satu kompaun akan turut dikeluarkan kepada pemilik anjing itu kerana telah menyebabkan kacau ganggu di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Berhubung kes gigitan anjing pula, perkara ini adalah di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan mangsa dinasihatkan untuk membuat rawatan dan pemeriksaan susulan di klinik atau hospital berhampiran.


“Untuk pengetahuan, kes ini juga akan disalurkan kepada pihak JPV untuk tindakan lanjut di bawah Protokol Veterinar Malaysia,” katanya di sini, lewat malam tadi.

Terdahulu, dua rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian itu yang masing-masing berdurasi dua minit dan satu minit 18 saat tular di laman X sejak petang semalam.


Rakaman yang dibuat di kawasan Taman Pekatra Indah, Simpang Ampat di Seberang Perai Selatan (SPS) itu menunjukkan dua orang kanak-kanak perempuan berpakaian sekolah sedang berjalan kaki sebelum salah seorang daripada mereka diserang seekor anjing secara tiba-tiba.

Rakaman video yang sama juga menunjukkan seorang lelaki dipercayai pemilik anjing itu cuba meleraikan keadaan, namun tindakannya dipertikaikan pengguna media sosial kerana dilihat tidak begitu bersungguh-sungguh. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 31-1-2024 11:21 PM
Penjarakan owner sekali.tengok nak tangkap anjinh macam nak tak nak je..trauma budak tu
Quote kerunai 31-1-2024 11:33 PM
gilo molep baso bengong mero anying
Quote missbigrockstar 31-1-2024 11:35 PM
Makcik atas motor tu mak budak2 tu ke or passerby?
Entah kenapa aku nampak anjing tu mcm suka budak tu mcm ajak main tapi style ganas. Siap round pusing, patah balik cari budak yg sama. Kakak budak tu dia tak kacau pula
Quote MissVixen 31-1-2024 11:36 PM
Bukan salah anjing tapi tuan dia. Bodoh bengap nak mampos. Cina hindu malaysia ni bela anjing kadang tu main lepas je. Pakai leash pun malas. Bawak anjing tu jalan2, tak kutip taik anjing dia yang main berak dekat halaman rumah orang. Bodoh dan pemalas. Ajar la anjing tu cara interaksi dengan manusia lain. Ini nampak je orang nak menyalak dan kejar padehal anjing ada tuan. Anjing liar tu kadang2 lagi bersopan dan berdisiplin.
Quote missbigrockstar 31-1-2024 11:38 PM
MissVixen replied at 31-1-2024 11:36 PM
Bukan salah anjing tapi tuan dia. Bodoh bengap nak mampos. Cina hindu malaysia ni bela anjing kadang ...

Ini betul. Tujuan bawa anjing berjalan utk bagi anjing buang hajat tepi jalan supaya tak berak di rumah. Tuan pemalas. Kalau luar negara, siap bawa plastik dan buang proper di tong sampah. Kalau tak kena saman. Tapi mmg kesedaran tuan tu sendiri. Malaysia lambat lagi lah
Quote akies 31-1-2024 11:49 PM
Sian adik tu kena gigit dengan anjing.
Tak pasal2 je
Quote gigahertz 1-2-2024 12:31 AM
MissVixen: Bukan salah anjing tapi tuan dia. Bodoh bengap nak mampos. Cina hindu malaysia ni bela anjing kadang tu main lepas je. Pakai leash pun malas. Bawak an ...

hari tu kan ada anjing india gi gigit cina . terus menyorok x ngaku tu anjing dia india tu.

Quote VitchyPinkVitch 1-2-2024 12:32 AM
missbigrockstar replied at 31-1-2024 11:35 PM
Makcik atas motor tu mak budak2 tu ke or passerby?
Entah kenapa aku nampak anjing tu mcm suka budak  ...

Makcik tu passerby. Rumah dia lane belakang. Pagi2 dia blk dr hantar anak dia sekolah, Dia akan pusing jalan jauh. Tuan anjing ni India. Anjing dia mmg salu dlm rumah je. Entah mcm mana blh terlepas.
Tak sangka betul jalan tu dah xselamat. Kesian budak2 tu jalan kaki nak pi sekolah tiba2 kena serang.
Nota kaki : tuan anjing ni mmg tak disukai jiran2.
Quote I.K.A888990 1-2-2024 12:42 AM
pergi tangkap si tuan bangang ni
nasib ada bukti video
Quote alieyrina 1-2-2024 01:36 AM
Trauma kut. Alangkan naik basikal kena kejaq pun trauma inikan pulak jln kaki.

Mintak owner hanjeng antaq budak tu hosp swasta buat treatment. Hindu hujung lorong aku pun suka lepas anjing kuar umah x tambat. Bukan sekoq dia bela
Quote antikorok 1-2-2024 02:14 AM
Tau pulak menggelupoh perot pigisss pergi hantar hanjeng tu kat tempat lain selepas dah serang orang khennnn!

Bela spesis hanjeng yg dibenarkan ke atau spesis diharomkan? Tarik lesen dan humban tuan hanjeng tu ke lobang kumbahan taek pigisss biar hotak tu cerah sikit! Nak bela hanjeng tapi sambil lewa namampos!
Quote Antifake 1-2-2024 06:14 AM
Dulu ada my jiran bela anjing besar gila. Tuan rumah ngan anak sendiri pon tak bole handle. Sekali masa tengah hantar makanan, selak gate macamana boleh terbukak. Anjing pulak tak ada rantai. Terus meluru. Mmg menakutkan. Nasib tuan ngan anak dia cepat tarik. Kalau tak mau berjahit satu badan [em:12:]
Quote acikhan 1-2-2024 06:15 AM
kesian nyer... harap baik2 je budak2 sekolah nie, boleh trauma kalo kene kejar atau gigit... pengalaman haku masa sekolah kejiranan campur cina n India melayu sikit je, hat deme bela anjing yg super garang mcm bulldog, rottweiler, husky eh mcm2 la jenis anjing la pastu kene gigit kene kejar smpai makpak haku suruh deme bayar perubatan kat klinik, kesian budak2 x Kira melayu ko cino ko India ko semua kene kejar n gigit
Quote wolfheart 1-2-2024 06:40 AM
Kalau terpaksa lalu tmpt ada anjing mcm ni, suruh anak tu bawa kayu. Ketuk kepala anjing kalau kwna kacau. Kalau takde kayu, tendang bahagian bawah perut anjing tu. Anjing tu berani sbb tahu budak tu kecik. Tak kuat melawan.
Quote annehuda 1-2-2024 07:55 AM
acikhan replied at 1-2-2024 06:15 AM
kesian nyer... harap baik2 je budak2 sekolah nie, boleh trauma kalo kene kejar atau gigit... pengala ...

Malaysia mana bleh bela anjing2 mcm tu. Bully rottweiler tu suma diharamkan baka tu. Kene report kt veterinar.

Baru2 ni aku pegi satu tempat pemuliharaan haiwan liar, depa dpt tangkap satu pemilik ni bangsa dirahsiakan, bela rimau baka indochina. Baka ni sbnrnye tak leh bawak masuk malaysia sbb akan ganggu ekosistem harimau jenis malaya. Pastu depa citer jugak, harimau yg baru2 ni kecoh kena tangkap tu bukan baka harimau malaya, tak tau baka apa. Tu yg dpt ditangkap tu, kalau yg bela senyap2 kite pun tak tau kan
Quote ketambangkang 1-2-2024 07:56 AM
kat fb ade chinese komen kata anjing tu sbnrnye nak main2 ngn bdk tu sbb ekor dia bergoyang2..klu dia menyerang ekor dia tak mcm tu..then chinese tu salahkan bdk tu sbb menjerit & lari..aku be like ergghhhh???
Quote krustykrab 1-2-2024 08:06 AM
MissVixen replied at 31-1-2024 11:36 PM
Bukan salah anjing tapi tuan dia. Bodoh bengap nak mampos. Cina hindu malaysia ni bela anjing kadang ...

Setuju. Lps tu anjing yg dia bawa jalan² tu selain berak kt depan rmh org siap kencing lagi kt tayar kete, pasu orang.
Quote krustykrab 1-2-2024 08:07 AM
ketambangkang replied at 1-2-2024 07:56 AM
kat fb ade chinese komen kata anjing tu sbnrnye nak main2 ngn bdk tu sbb ekor dia bergoyang2..klu di ...

Bodo cina tu sama bodo jgk dgn org yg salahkn org yg lari sb takut kucing.
Quote B40tastePosh 1-2-2024 08:16 AM
akido_kido replied at 31-1-2024 11:21 PM
Penjarakan owner sekali.tengok nak tangkap anjinh macam nak tak nak je..trauma budak tu

Penjarakan ownernye bersama anjing kesayangan nye.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.067218 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top