CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Maut, Tertinggal 4 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

1-2-2024 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23364| Komen: 181

Description: SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta ibunya yang diparkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, pada Selasa.
Gambar Sekadar Hiasan



SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta ibunya yang diparkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, hasil siasatan mendapati ibunya yang juga kakitangan hospital berkenaan secara tidak sengaja meninggalkan mangsa di dalam kenderaan jenis Axia, selepas wanita itu mengambilnya dari sebuah taska berdekatan tempat kejadian, kira-kira jam 2 petang.

Semasa ditinggalkan, mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak itu yang berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital hanya menyedari kejadian terbabit selepas dihubungi suaminya, pada 6 petang.

Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital sebelum disahkankan meninggal dunia. Difahamkan, keputusan bedah siasat masih belum dikeluarkan.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 1-2-2024 09:27 AM
Perodua Axia ada ke keluar notification untuk check rear seats kalau kita dah off engine tu? Kalau takde, rajin2 la bukak Waze regardless dah tau jalan ke tak. Waze akan notify kita untuk check anak kita.

Nak hencap pun tak guna sebab the mom didn't do it on purpose. Semoga diberikan kekuatan untuk this family.
Quote sangbara2020 1-2-2024 09:39 AM
risaunya kan...bnde xsengaja cmni lah yg kita takutkan..
aritu ank iolls umo 2 tahun telock pintu..ingat pintu xrapat xde la lock..iolls buka enjin n ekon
tgu shuben dtg...ha ko..skli dia memandai lock..
iolls kat lua,jenuh mikir nk srh dia buka pintu..
nasib la reti dia tekan button cermin tu...uihhh...
Quote EJALTI 1-2-2024 09:44 AM
Kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

https://www.malaysiakini.com/news/694947

Bernama
Diterbitkan:  Feb 1, 2024 9:03 AM⋅
Dikemaskini: 9:03 AM



Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di parkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang pegawai perubatan hospital itu pada 8.01 malam hari yang sama.

“Semasa ditinggalkan mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak itu berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital hanya menyedari kejadian terbabit selepas dihubungi suaminya pada 6 petang.

“Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bedah siasat sudah dijalankan pada 2 petang semalam dan punca kematian belum diperoleh kerana masih menunggu analisis makmal.

Mohd Iqbal berkata hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kereta selepas diambil dari sebuah taska berdekatan sekitar 2 petang.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Inspektor Syer Aidid di talian 013-6544996.

- Bernama

Quote Rdizz 1-2-2024 09:49 AM
Innalilllah..

Jadi lagi, kesiannya, siibu lupa tu dgn beban mcm2, become stress and forgetfull. Moga tabah hadapi ujian.
Quote mejaputih 1-2-2024 09:59 AM
Aduh...jadi lagi??? Dah la panas gila selangor 2-3 ari ni..
Quote eragon 1-2-2024 10:08 AM
5 tahun dah besar. Usia ni biasanya boleh buka pintu kereta sendiri.
BTW, another negligence.
Quote B40tastePosh 1-2-2024 10:11 AM
eragon replied at 1-2-2024 10:08 AM
5 tahun dah besar. Usia ni biasanya boleh buka pintu kereta sendiri.
BTW, another negligence.

Mungkin ada Child Lock.

Ibu nya banyak minum air bersemut kot
Quote pearl.silver 1-2-2024 10:19 AM
Dia amik ank dia kul 2?
Pun boleh lupa?
Selalu nya org lupa sbb dia bw ank dtg keje
Dia ni baru masuk kje kul 3 ke
Sbb amik ank kul 2
Pendek sgt masa kul 2.30 (anggaran time smpi hosp) dgn kul 6
Lgpun 5 tahun
Dah pandai gi seat dpn tekan horn
Quote green~tea 1-2-2024 10:19 AM
Semoga mak pak negligence ni murung depression sampai hujung nyawa
Quote NazRysha 1-2-2024 10:20 AM
Bodohnya mak mcm ni
Tak leh kecam lagi2 yang keje spital
Bygkan yang tertinggal anak tu pekerja kilang mesti kena maki habis habisan
dakwa je mak bapak cuai macam ni

Quote CARI-HBZ 1-2-2024 10:22 AM
Gambar Sekadar Hiasan





SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta ibunya yang diparkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, pada Selasa.


Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, hasil siasatan mendapati ibunya yang juga kakitangan hospital berkenaan secara tidak sengaja meninggalkan mangsa di dalam kenderaan jenis Axia, selepas wanita itu mengambilnya dari sebuah taska berdekatan tempat kejadian, kira-kira jam 2 petang.


Semasa ditinggalkan, mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak itu yang berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital hanya menyedari kejadian terbabit selepas dihubungi suaminya, pada 6 petang.


Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital sebelum disahkankan meninggal dunia. Difahamkan, keputusan bedah siasat masih belum dikeluarkan.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.


Sumber: Harian Metro
Quote laksmanabentan 1-2-2024 10:36 AM
ada unsur lalai? unsur mmg berniat?
Quote ezacbee 1-2-2024 11:15 AM
Cuai.. takziah.

Quote muo1202 1-2-2024 11:28 AM
Takziah..
semoga parents2 yg lain ambil pengajaran..
Quote Suchi 1-2-2024 11:34 AM
mejaputih replied at 1-2-2024 09:59 AM
Aduh...jadi lagi??? Dah la panas gila selangor 2-3 ari ni..

Iols sampai migrain sbb cuaca panas sgt
Cuaca panas camni syok basuh cadar selimut tebal je cepat garing
Tp tak tahan laa panas2 ni mudah letih oii
Quote prettyuglybabe 1-2-2024 12:15 PM
tak faham.. kita amik anak balik kerja..
tapi dia nak gi kerja tapi baru amik anak kat taska?
Quote JunkMail 1-2-2024 12:39 PM
Pakai axia je kot. Kete kecik pun tak nampak anak 5 tahun kat belakang.. apoooo
Quote mizruncing 1-2-2024 12:41 PM
Allahuakbar kesiannyaaa
Quote noor2 1-2-2024 12:43 PM
Allahuakbar...astaghfirullah...sedihnya baca berita ni

Siksa sungguh anak2 yg maut dlm kereta musim panas yg teramat sgt ni

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.069589 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top