CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Mak Cik Kemboja, Akak Vietnam Pula Hina Melayu, Agama Islam

31-1-2024 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24237| Komen: 47

Description: PETALING JAYA – Selepas kontroversi Mak Cik Kemboja, kini akak Vietnam pula tular apabila menghina orang Melayu dan agama Islam serta memperlekehkan Raja-Raja Melayu.


PETALING JAYA – Selepas kontroversi Mak Cik Kemboja, kini akak Vietnam pula tular apabila menghina orang Melayu dan agama Islam serta memperlekehkan Raja-Raja Melayu.

Perkara itu didedahkan Ahmad Zul menerusi klip video yang dikongsi di Twitter miliknya selepas berhubung dengan seorang wanita bernama Na Tran di Facebook yang dipercayai pemilik kedai makan Vietnam di Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Zul, dia yang sedang mencari restoran untuk sambutan hari lahir anaknya mula berhubung dengan wanita terbabit kerana tertarik dengan promosi kedai tersebut.

Bagaimanapun, tangkap layar perbualan antara Ahmad Zul dengan Na Tran di Facebook dilihat bertukar tegang ketika dia bertanya mengenai status halal perniagaan berkenaan.

“Kamu nak makanan tanpa babi kan? Kenapa mahu sibuk nak tahu tentang sijil halal. Kamu ingat saya suka-suka nak bagi pelanggan Muslim makan babi ke?


“Tapi saya tahu ramai Muslim di Malaysia makan babi secara senyap-senyap sebab enak,” kata Na Tran.

Terkejut dengan maklum balas yang diterima, Ahmad Zul melakukan soal selidik dan mendapati Na Tran merupakan warga asing dan tidak dibenarkan berniaga di Malaysia tanpa majikan.

“Kamu siapa nak soal siasat aku? Tiada siapa pun berhak mempersoalkan warga asing termasuk Raja-Raja Melayu.

“Kami juga bantu membangunkan Kuala Lumpur. Tanpa kami, Malaysia hanya setaraf Kemboja,” ujar wanita itu lagi.

Dalam pada itu, Na Tran juga menyifatkan warga Malaysia mempunyai mentaliti rendah dan mendakwa ia punca Singapura berpisah dari Malaysia.

Lebih mengejutkan, Na Tran turut mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada Ahmad Zul sebelum menyekatnya di Facebook.

“Tiada pelajaran, tiada kelayakan, tiada skil dalam berniaga dan selayaknya kamu semua jadi pemandu seumur hidup. Kalau tak nak kerja, marilah datang Vietnam kerja cuci tandas,” tambahnya.

Justeru, Ahmad Zul berkata, keberanian wanita itu bertindak biadap kepada warga tempatan selain berani membuka perniagaan secara ‘ali baba” menjadikan persoalan untuk pihak berkuasa.

“Saya memohon Menteri Wilayah di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa menyiasat perkara ini,” 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 31-1-2024 10:48 PM
Tak tengok video lagi tapi kalau setakat baca artikel sunggoh bitchy kata2 Na Tran.
Quote dua_chzy 31-1-2024 10:49 PM
Tapi BI sheols hokeh. Apa yang mamat ni pi provok sampai kuar Vietkong punya darah gangster?
Quote cm_vungtau 31-1-2024 11:16 PM
Melayu mana pulak tu makan babi? Cer acik spill sikit
Quote sekngucing 31-1-2024 11:21 PM
Padan muka hahahah
Quote akido_kido 31-1-2024 11:22 PM
Video mana nak tengok sikit dia cakap apa.kimak betul pendatang makin besar kepala
Quote krustykrab 31-1-2024 11:26 PM
Tak pe...pendatang asing disayangi
Quote sharlenetexas 31-1-2024 11:30 PM
Akak ke tu? Nmpk mcm jen.dul.


Quote miss_white 31-1-2024 11:43 PM
Edited by miss_white at 1-2-2024 12:23 AM

Dh tahu kedai vietnam lg nk tnye sijil halal
Ni lah org yg ambil ringan soal  halal haram
Janji ada cop halal je ok

Yg betina2 tudung pun ada yang pelahap mkn kedai non muslim janji ada cop halal dpn pintu Bingai.
Quote mojarean_X 1-2-2024 12:31 AM
Padan muka sape soh g support kedai vietnam
Quote gigahertz 1-2-2024 12:34 AM
cm_vungtau: Melayu mana pulak tu makan babi? Cer acik spill sikit

mesti dia bodoh tak tahu beza melayu ngan bumiputera. sabah sarawak
ada sabah sarawak muka macam melayu copy ori. bahasa pun fasih.
keluar bulan puasa hari hari kena tunjuk IC sebab org ingat dia melayu
Quote gigahertz 1-2-2024 12:36 AM
sharlenetexas replied at 31-1-2024 03:30 PM
Akak ke tu? Nmpk mcm jen.dul.

Dia silap la buat hal masa Sultan Johor dah official naik
Sultan Johor agak strict dan keras berbanding sultan lain.
Quote Suchi 1-2-2024 12:39 AM
Kecik sgt tak nampak nk baca
Btw vietnam kat ho chi minh pandai plak ckp melayu yg duk kat malaysia plak tak pandai sgt ye tp okla dia reti la jugak BI
Quote Queenmastani 1-2-2024 01:25 AM
Walaweehh kaum dia yg membangunkan malaysia weiii…cayalah acik vietnam..
Quote noor2 1-2-2024 04:12 AM
Queenmastani replied at 1-2-2024 01:25 AM
Walaweehh kaum dia yg membangunkan malaysia weiii…cayalah acik vietnam..

Mcm indon jugakla..dia ingat bila dia bina bangunan jd kuli pekerja construction tu dia yg kononnya bangunkan Malaysia...

Bodo punya warga asing
Quote tikusmontok 1-2-2024 05:34 AM
gigahertz replied at 1-2-2024 12:36 AM
Dia silap la buat hal masa Sultan Johor dah official naik
Sultan Johor agak strict dan keras berba ...

Really??? Kahkahkah
Quote Tiggybiru 1-2-2024 07:55 AM
Pelik2 la hang pun nk sambut hari jadi anak kat kedai vietnam *rolls eyes*
Quote ninja boy 1-2-2024 08:07 AM
Abisla sultan jamaica kasi tangkap
Quote laksmanabentan 1-2-2024 09:25 AM
apa nama resto tu????

Na Tran itu nama pompuan tu kan...
Quote pokokmeranti 1-2-2024 09:28 AM
itu sbb x boleh biar warga asing byk dalam negara. mereka xde hormat dan patuh pada undang2.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058164 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top