CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uqasha & Kamal Tolak ‘Gender Reveal’ Ala Barat, Pilih Buat Doa Selamat

30-1-2024 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11815| Komen: 30

Description: Pelakon Uqasha Senrose yang kini sedang hamil anak sulung memilih untuk tidak mengikut trend ‘gender reveal’ ala barat untuk mengumumkan jantina anaknya, sebaliknya mengikut budaya Melayu dengan men ...


Pelakon Uqasha Senrose yang kini sedang hamil anak sulung memilih untuk tidak mengikut trend ‘gender reveal’ ala barat untuk mengumumkan jantina anaknya, sebaliknya mengikut budaya Melayu dengan mengadakan sebuah majlis doa selamat.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dia dan suaminya, pelakon Kamal Adli sangat berhati-hati dengan kehamilan kali ini dan mahu merahsiakan jantina bayi.

“Sebab pernah keguguran sebelum ini saya memang sangat berhati-hati. Jadi, saya dan Kamal sepakat untuk tidak mahu mengetahui jantina bayi.

“Kami akan umumkan jantina bayi dalam sebuah majlis doa selamat nanti. Tidaklah buat majlis ‘gender reveal’ seperti orang Barat sebaliknya lebih kepada tradisional kita,” kongsi Uqasha.

Bintang drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu juga mendedahkan, dia tidak melakukan sebarang persiapan bayi kerana masih tidak mengetahui jantina anak dalam kandungan.


“Belum beli barang-barang bayi lagi, saya tidak tahu hendak mula dari mana. Tunggulah selepas majlis doa selamat dan selepas tahu jantina bayi barulah saya buat persiapan,” kata Uqasha.

Meskipun berdebar dan teruja untuk menyambut anak pertama, Uqasha memberitahu dia terpaksa berdikari sepanjang tempoh kehamilan memandangkan Kamal terlibat dengan penggambaran drama di luar daerah.

Sungguhpun begitu, Kamal meminta ibu Uqasha dan kakaknya untuk menjaga dan menemaninya di rumah.

“Sejak saya hamil saya lihat Kamal memang bekerja lebih keras, jika dahulu dia memilih juga kerja, tetapi sekarang mana rezeki yang datang dia akan cuba buat.

“Dia mahu memastikan keperluan saya dan anak cukup. Oleh itu, sekarang saya banyak ditinggalkan Kamal sebab dia menjalani penggambaran di luar daerah. Tetapi setiap hari dia akan hubungi saya untuk pantau keadaan saya dan anak dalam kandungan.

“Saya juga masih sibuk bekerja dan sekarang sedang menjalani penggambaran drama Jangan Lupa Janji,” tutur Uqasha yang ditemui pada majlis resepsi perkahwinan penyanyi Amylea Azizan baru-baru ini.


Uqasha yang mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November 2021, sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama selepas pulang daripada melakukan ibadah umrah beberapa bulan selepas berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 30-1-2024 09:45 AM
semoga dipermudahkan urusan kalian
Quote heythere123 30-1-2024 10:10 AM
bab ni boleh puji la. Bab lain hampeh
Quote dewi_rina 30-1-2024 10:15 AM
Tua nya muka dia ni, dengan jendulnya.. Maaf terface shaming
Quote gerbera.memopad 30-1-2024 10:34 AM
Kenapa muka Kamal dalam gambar kat padang tu lain bebenor? Kelakar pulak
Quote mizruncing 30-1-2024 11:34 AM
elok laa.. ari tu masa announce preggy pon trkejut tgk last video dia usap2 perut tu. tak ambik iktibar btol dah penah keguguran sblm tu
Quote Pumpkinhead 30-1-2024 01:51 PM
syukur  buat doa selamat
Quote I.K.A888990 30-1-2024 01:58 PM
semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Manusiabesa 30-1-2024 02:04 PM
Lah baru pasan bini kamal dgn ex gepren kamal preggy serentak. Haha motip aku selaraskan mereka?

Lawa qasha..seri
Quote fifie_olin 30-1-2024 02:12 PM
terbaik laaa
ke jadah nk ikot kapir tu
Quote damian_lee 30-1-2024 02:21 PM
aku pun masih xpaham konsep gender reveal tu
any gender kena excited la kan
xkan nak nangis after gender revealed?
terus abortion kalau tak suka gender tu
Quote sfrnna 30-1-2024 02:43 PM
Bagusler. Buat gender reveal pun apa salahnya kan. Dapat hadiah banyak. Jimat nak beli barang baby. Hahaha gituh.
Quote Carcosa 30-1-2024 02:55 PM
Terkejut aku tgk gambo dkt padang tu. Ingat jantan berwajah pelik manaa lah yg peluk dia
Quote namieamuro 30-1-2024 06:14 PM
knp muke si kamal laen kt situ
Quote mrsLucky 30-1-2024 06:55 PM
Maybe dpt baby boy..
Quote immortallez 31-1-2024 07:17 AM
Aku lg suka muka Uqasha yg dulu. Skrg terlebih putih yg dibuat & muka jd tak natural. Harap time preggy ni kau tak buat drip utk putih
Quote babycc 31-1-2024 07:43 AM
Manusiabesa replied at 30-1-2024 02:04 PM
Lah baru pasan bini kamal dgn ex gepren kamal preggy serentak. Haha motip aku selaraskan mereka?

La ...

Ex- kamal tu EM ke? Ngandung lg? Xkan la ZM.. diorang x sempat kapel pon.. cuma bf-gf masing2 jeles kat diorang berlakon sama2 je..
Quote Manusiabesa 31-1-2024 07:45 AM
babycc replied at 31-1-2024 07:43 AM
Ex- kamal tu EM ke? Ngandung lg? Xkan la ZM.. diorang x sempat kapel pon.. cuma bf-gf masing2 jele ...

Ya tuhan. Aku silap ke ngko yg xtau ex dia intan ladyana?
Quote sukanyanyi 31-1-2024 08:18 AM
mizruncing replied at 30-1-2024 11:34 AM
elok laa.. ari tu masa announce preggy pon trkejut tgk last video dia usap2 perut tu. tak ambik ikti ...

Sbb mcm dah lepas first trimester dah rasa secure skit kan. Nampak besau gitu mcm konfem dah 4 bulan ke atas. Semoga selamat n dipermudahkan semuanya.
Quote sukanyanyi 31-1-2024 08:19 AM
Manusiabesa replied at 30-1-2024 02:04 PM
Lah baru pasan bini kamal dgn ex gepren kamal preggy serentak. Haha motip aku selaraskan mereka?

La ...

Yesss iols ingat iols je pikir mcmni.. serentak khuens kamal n intan.. hehehe

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.067616 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top