Bagaikan tidak serik dengan pendedahan muka anak angkatnya sebelum ini sehingga ditegur oleh ibu kandung Musa, penyanyi Noh Salleh sekali lagi memancing perhatian ramai apabila berkongsi nama penuh anak angkatnya itu di media sosial. Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, memuat naik perkara tersebut selepas seorang netizen mempersoalkan mengapa nama musa berbinkan namanya. "Musa Mohammad Noh bin Abdullah,” kata vokalis kumpulan Hujan itu kepada seorang netizen dalam ruangan komen. Tindakannya berkongsi nama penuh anak angkatnya dan ibu kandung Musa menerusi sebuah hantaran Instagram itu bagaimanapun dipertikai ramai kerana dikatakan tidak sensitif. Meskipun diasak kecaman, Noh yang popular menerusi lagu Angin Kencang itu tidak memadam komen tersebut. Sejak minggu lalu, drama perebutan anak antara Noh dan bekas isterinya, Mizz Nina mencuri tumpuan ramai apabila penyanyi itu dikatakan mengambil Musa tanpa kebenaran.
Nina atau nama penuhnya Shazrina Azman, 44, serta ibu kandung Musa dikenali sebagai Athira turut menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan Noh mendedahkan wajah anak kecil itu secara terbuka dalam media sosial. Dalam masa sama, Nina menjelaskan Noh sudah hilang hak penjagaan Musa selepas mereka bercerai pada Ogos 2022. Rentetan itu, Noh seterusnya membuat permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial kerana mendedahkan wajah Musa dan menjelaskan tidak mengetahui perjanjian antara Mizz Nina dengan Athira. Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh mendirikan rumah tangga dengan Nina pada Julai 2011 namun mengumumkan perceraian pada 4 Ogos 2022 lalu. Sumber – HIBGLAM |
telracs replied at 29-1-2024 07:23 PM
Berapa banyak benang daaaa...
Ini tt pun dah subahat menyebarkan...
KamikuP replied at 30-1-2024 09:39 AM
Musa ni anak out of wedlock le kan?
prettyuglybabe replied at 30-1-2024 09:59 AM
klau dah bin nama allah tu, faham-faham sendiri la..
prince_marhaen replied at 30-1-2024 09:23 AM
so, anak ehem-ehem kawan2 theyols la ni...
pocongkiutss replied at 30-1-2024 10:27 AM
Kesian..tak memasal je terdedah semua
Padahal ada je org amik anak angkat org susah kt negeri ssk ...
KamikuP replied at 30-1-2024 09:39 AM
Musa ni anak out of wedlock le kan?
rosevelvet replied at 30-1-2024 10:33 AM
No wonder ibu kandung mendidih. Sekali si noh ni reveal nm penuh ibu. Jarang lelaki ingt nm penuh ...
telracs replied at 29-1-2024 07:23 PM
Berapa banyak benang daaaa...
Ini tt pun dah subahat menyebarkan...
prettyuglybabe replied at 30-1-2024 10:39 AM
tu la.. nampak sangat memang sengaja nak menyakitkan hati pihak satu lagi..
nama mak nama anak sem ...
matjerk replied at 30-1-2024 11:30 AM
Bainun ni kes apa lak.. siap mencirit komen kat IG dayah abam...
Suchi replied at 30-1-2024 11:15 AM
Bygkan kalau bapak biologi musa tu taktau pun kewujudan musa tu misalannya mana la tau sblm ni tak ...
roti_banjir replied at 30-1-2024 11:34 AM
aku rasa acik bainun nih ngan noh, sesama lupa makan ubat agaknyerrrr.....
yg sorang level mcm gi ...
ADVERTISEMENT