CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Bangladesh Sarung Bendera Malaysia Tanda Sokongan Kepada Harimau Malaya

26-1-2024 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14506| Komen: 30



PETALING JAYA – Sokongan tidak berbelah-bahagi rakyat Malaysia tidak dapat disangkal lagi apabila beratus-ratus peminat bola sepak hadir ke Qatar bagi menyaksikan perlawanan bersejarah itu.

Namun yang paling mencuri tumpuan dalam kalangan penonton di Stadium Al Janoub semalam adalah kehadiran lebih 10 warga Bangladesh bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya.

Dalam video tular yang dimuat naik Intan Serah di aplikasi X, kelihatan kesemua warga Bangladesh yang memakai topi berwarna putih itu membaluti tubuh mereka dengan bendera Malaysia.


Mereka juga dilihat duduk dalam satu baris di kawasan yang terdiri daripada pelbagai penyokong berlainan negara dimana agak jauh dari penonton Malaysia.

“Selalu post Ultras Malaya. Kali ni ‘post’ abang-abang Bangladesh yang semangat sokong Malaysia.

“Penuh warga Bangladesh, terharulah sebab ramai warga asing datang stadium malam tadi sokong Korea Selatan,” ciap Intan Serah.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 3,200 tontonan dan 7,700 tanda suka.

Terdahulu, Harimau Malaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih keputusan seri 3-3 ke atas Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 malam tadi (waktu Malaysia).

Pada perlawanan di Stadium Al Janoub itu, skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon mengekalkan benteng ampuh dalam kesebelasan utama terdiri daripada Dion Cools, Shahrul Saad dan Dominict Tan.

Keputusan tersebut menyaksikan Korea Selatan kekal dengan kedudukan naib juara Kumpulan E dengan Bahrain muncul juara apabila menewaskan Jordan 1-0. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 26-1-2024 10:17 AM
Edited by nusaraya at 26-1-2024 10:23 AM

Inilah dampak postive dari kehadiran bangla di Malaysia .. Mereka bahkan lebih cinta Malaysia daripada negaranya sendiri ....

Bangsa Melayu harus berbangga kerana akan lahir generasi baru melayu (Malaydesh) yang lebih baik dan unggul dari generasi bangsa melayu sebelumnya ...


Maka X hairanlah jika nanti Bahasa Rojak akan lebih sempurna dan  bervariasi kerana masoknya unsur bahasa bengali di dalamnya ...

  • malaydesh.jpg

Quote FOTHER-MUCKER 26-1-2024 11:13 AM
Mungkin mereka pernah bekerja di Malaysia.

Dahulu saya masuk kebab shop Pakistan wall paper kedai dia menggunakan gambar banggunan berkembar petronas. Saya Tanya dia kenapa menggunakan gambar BBP dia kata dia pernah bekerja di Malaysia berbelasan tahun sehingga dia boleh datang London buka kebab shop.
Quote ninja boy 26-1-2024 11:29 AM
Tarak heran, lagu melayu meleweh jiwang depa nyanyi, satay malaysia mereka bikin, tv berita malaysia mereka tgk, sembahyang jumaat pakai baju melayu
Quote nusaraya 26-1-2024 11:32 AM
FOTHER-MUCKER replied at 26-1-2024 11:13 AM
Mungkin mereka pernah bekerja di Malaysia.

Dahulu saya masuk kebab shop Pakistan wall paper kedai d ...

Itulah bukti Malaysia adalah negara idaman dan impian bagi semua bangsa di dunia .... Malaysia adalah tanah syurga bagi Bangla, Rohingya, India, Pakistan, India, China etc etc ...

So... Janganlah halangi mereka jika nak tinggal permanent di Malaysia  kerana berkat merekalah nanti akan lahir generasi bangsa melayu baharu yang lebih baik dan unggul .. baik dari segi genetika  .. tetapi juga dalam hal rupa dan fisik ....  Hehehehe





Quote copy_paste 26-1-2024 11:40 AM
FOTHER-MUCKER replied at 26-1-2024 11:13 AM
Mungkin mereka pernah bekerja di Malaysia.

Dahulu saya masuk kebab shop Pakistan wall paper kedai d ...

negara malaysia antara negara yg layan pekerja asing dengan baik,sbb tu diorg suka malaysia,budaya cuaca dan mayarakat bagus
Quote Supersirap 26-1-2024 04:19 PM
Banyak warga negara asing yang sukakan dengan negara Malaysia, adakah kita suka dengan negara Malaysia?
Quote dani-rox 26-1-2024 06:27 PM
Supersirap replied at 26-1-2024 04:19 PM
Banyak warga negara asing yang sukakan dengan negara Malaysia, adakah kita suka dengan negara Malays ...

Bagus jugak persoalan awak nih. Ai pon terfikir jugak.
Quote sharlenetexas 26-1-2024 06:34 PM
FOTHER-MUCKER replied at 26-1-2024 11:13 AM
Mungkin mereka pernah bekerja di Malaysia.

Dahulu saya masuk kebab shop Pakistan wall paper kedai d ...

Pernah makan kat kedai kebab di rome. Pemilik org sri lanka. Dia kata mak dia Melayu.

Quote sharlenetexas 26-1-2024 06:35 PM
nusaraya replied at 26-1-2024 11:32 AM
Itulah bukti Malaysia adalah negara idaman dan impian bagi semua bangsa di dunia .... Malaysia adal ...

Ko warganegara apa?


Quote Skuau 26-1-2024 06:43 PM
Supersirap replied at 26-1-2024 04:19 PM
Banyak warga negara asing yang sukakan dengan negara Malaysia, adakah kita suka dengan negara Malays ...

suka dgn 'negara' sgt subjektif/umum...cer lbh 'khusus@spesifik' lg soalannya.
Quote Skuau 26-1-2024 06:48 PM
"Abang/kaka...kita suda sokong u negara..kasi IC sama kawen parampuan Melayu la"Abangla
Quote kakikuDibibirmu 26-1-2024 06:55 PM
Skuau replied at 26-1-2024 06:48 PM
"Abang/kaka...kita suda sokong u negara..kasi IC sama kawen parampuan Melayu la"Abangla

suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama

di sutu kita lihat
bersinarlah hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia



[youtube]a5_H4SUImGY[/youtube]

http://youtu.be/a5_H4SUImGY
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:56 PM
bgs tu bgs...
Quote Decaffeinated 27-1-2024 01:07 PM
Tempat jatuh lagi dikenang.

Tapi kalau abang2 bangla ni masuk forum aku rasa lawan israel pun dia sapot israel. Tak hengen dia sapot Malaysia dah.
Quote kotakbaju 27-1-2024 10:38 PM
kakikuDibibirmu replied at 26-1-2024 06:55 PM
suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka

Boleh tahan sedap juga suara bangla ni
.
Quote B40tastePosh 27-1-2024 11:13 PM
nusaraya replied at 26-1-2024 10:17 AM
Inilah dampak postive dari kehadiran bangla di Malaysia .. Mereka bahkan lebih cinta Malaysia daripa ...

Jawa Indonesia yang kerja di Malaysia dah pandai pakai baju Melayu dan songkok.
Quote B40tastePosh 27-1-2024 11:16 PM
kakikuDibibirmu replied at 26-1-2024 06:55 PM
suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka


Sedap la suara dia.

Kalau kak kaki minat, meols recommend sangat abangla ni
Quote FOTHER-MUCKER 28-1-2024 04:08 PM
sharlenetexas replied at 26-1-2024 02:34 AM
Pernah makan kat kedai kebab di rome. Pemilik org sri lanka. Dia kata mak dia Melayu.

Mungkin melayu sri lanka.
Quote orkid_amani 28-1-2024 04:18 PM
B40tastePosh replied at 27-1-2024 11:13 PM
Jawa Indonesia yang kerja di Malaysia dah pandai pakai baju Melayu dan songkok.

Pandai pakai shawl & tudung mcm pmpuan Melayu jugak..hilang terus identity Jawa Indo diorang tapi kalau bukak mulut baru tau dari mana. Aii faham bahasa diorang tapi xpandai nak cakap bahasa indon ja..tau  banyak perkataan indon ja..xreti nak cakap @ buat ayt sebab diorang punya susunan ayt tu kena tgk situasi.. aii ingat lg balik kampung mentua acik rumah sebelah cakap budak2 jgn main aci ligan area rumah dia sebab nanti ayam jantan dia rimbas..aii faham perkataan rimbas tuu tp xtau nk translate ke BM lebih kurang mcm aym tuu acah2 nk terpa terkam nak taji laa..aii cakap kat ank2 aii..acik tuu mcm terkejut aii faham lepas tu kn kg mentua aii dlm kebun sawit..ptg2 dah redup gelap..so budak2 xboleh main kat luaq rumah sebab banyak nyamuk..acik tu kata dekat abk aii maduk rumah nti dirungkop hantu masalahnya aii faham acik tu cakap nti hantu ambik budak2

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.053148 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top