CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Malaysia Didakwa Jadi Askar Upahan Russia Di Ukraine

26-1-2024 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15356| Komen: 42

Description: KIEV – Sebilangan rakyat Malaysia dikesan menjadi askar upahan di wilayah diduduki Russia, Donetsk, kata Pusat Penentangan Kebangsaan Ukraine seperti dilaporkan portal South China Morning Post semala ...

KIEV – Sebilangan rakyat Malaysia dikesan menjadi askar upahan di wilayah diduduki Russia, Donetsk, kata Pusat Penentangan Kebangsaan Ukraine seperti dilaporkan portal South China Morning Post semalam.

Pusat dikendalikan  Pasukan Operasi Khas Ukraine itu menyatakan, askar-askar upahan tersebut disertai oleh seorang jurubahasa dan bekas anggota Kumpulan Wagner di sebuah kawasan latihan di Donetsk. 

Kumpulan Wagner terdiri daripada askar upahan yang berjuang untuk Russia.

Menurut pusat itu, sejumlah warga asing juga dilihat di kawasan tersebut seperti Cuba, Nepal, Belarus, Serb dan negara-negara lain.

Mereka juga dilihat bersama askar Russia.

Menurut pusat tersebut, sesiapa yang berjuang untuk Russia menentang Ukraine akan menjadi sasaran tentera Kiev.

Ia juga meminta penduduk tempatan untuk terus memberi maklumat tentang askar-askar upahan tersebut.


Para sukarelawan asing telah berlepas ke Ukraine sejak perang bermulanya pada 24 Februari 2022. – Agensi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 26-1-2024 10:24 AM
ntah2 indon kot, orang igt malaysia...

Quote kakikuDibibirmu 26-1-2024 10:25 AM
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...
Quote plywood 26-1-2024 10:26 AM
Nak duitlah tu... dah tak ada pilihan. jadi pembunuh dan pada masa yang sama menggadaikan nyawa adalah pilihan yang sukar.

susah nak kata apakah ini lebih baik dari meminta sedekah, jadi scammer or jadi pencuri.. tetapi barangkali better dari bunuh diri dirumah sewa atau hotel..

Quote sayurmayur88 26-1-2024 10:28 AM
kerlas ko  nyah, org msia mendonia kat medan perang ukraine
Quote gigahertz 26-1-2024 10:58 AM
plywood: Nak duitlah tu... dah tak ada pilihan. jadi pembunuh dan pada masa yang sama menggadaikan nyawa adalah pilihan yang sukar.susah nak kata apakah ini le ...

dari keje kerajaan kontrak berpuluh tahun pencen dah takde. baik try luck kat sana.
dah mati tanam pastu kambus.

Quote Azharitubunga 26-1-2024 11:12 AM
Pada jadi laki bewak kat kampung baiklah jadi upahan
Acik2 porem tak marah janji bukan membewak
Quote alesandra 26-1-2024 11:17 AM
Pasni jadi askar upahan idf pulak. acik  porem zionist mesti gumbira.siam,pinoy  sudah... malaysia bila lagi?
Quote Dysania@72 26-1-2024 11:20 AM
moh tengok sikit camne ghupe paid mercenary ni...gambo mana gambo, nama? anak sapa? ada gak ye org mesia yg berani, kalau muslim pi palestine nun join hamas aku paham, sentimen agama, jihad etc. kalau jadik paid mercenary ni dah agak musykil disitu
Quote matamata 26-1-2024 11:34 AM
Nothing new...sejak petang Vietnam pun mmg ada org Malaysia yg Jadi Askar upahan ni
Mcm Askar Gurkha kat UK dan India, mcm French Foreign Leagon...lebih kurang sama dgn Askar upahan la...Black Water pun sama
Quote matamata 26-1-2024 11:35 AM
Dan diaorg ni bukanla org biasa2...mmg pembunuh terlatih pun...depa tau apa reward dan risiko yg depa hadap
Quote mojarean_X 26-1-2024 11:36 AM
Syahid x?
Quote Belibis 26-1-2024 12:13 PM
Abis tu,takkan semua nak jadi cleaner kat singapore,petik buah kat ostolia...janji masyukkkk..
Quote xtravaganza 26-1-2024 12:29 PM
Edited by xtravaganza at 26-1-2024 12:31 PM

Mmg ada ye org Malaysia jd askar upahan sna? Mmg Malaysian? Wahhhh…Maybe ic merah? Xmgkn la sbb ic merah seronok dh hidup sini..bkak kedai, jd tokey etc. Tiberrrr
Quote shida81 26-1-2024 12:46 PM
Rajin ke org msia nk jd tentera upahan.. Klu indon tu mungkin la..
Quote salimrock 26-1-2024 12:52 PM
matamata replied at 26-1-2024 11:35 AM
Dan diaorg ni bukanla org biasa2...mmg pembunuh terlatih pun...depa tau apa reward dan risiko yg dep ...

errm mungkin orang mcm ni kerja pn berisiko, risiko kena tembak, kena tangkap

jd baik join je la tentera upahan ni,
Quote sharlenetexas 26-1-2024 01:11 PM
Bukan ke org malaysia kecik2 je.

Quote sharlenetexas 26-1-2024 01:13 PM
Rohingya tak berminat ke?

Quote otai_g 26-1-2024 01:17 PM
Ikut sejarahnya cuma org jawa je yg ada rekod jd askar upahan. Jawa tu kalo kat msia kira melayu lah. So blh jd..
Quote mawarika 26-1-2024 01:19 PM
Belibis replied at 26-1-2024 12:13 PM
Abis tu,takkan semua nak jadi cleaner kat singapore,petik buah kat ostolia...janji masyukkkk..

Ko kannnn buat aku tergelak je.. cleaner singapore eh wakakakaka.. menusuk kalbu tu

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058580 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top