Di zaman moden ini, semakin hari semakin banyak model telefon pintar yang begitu canggih dihasilkan oleh pengeluar. Hampir setiap hari semua orang menghabiskan waktu yang agak lama menggunakan telefon pintar untuk pelbagai tujuan. Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai akses internet. Walau bagaimanapun, ada kebaikan serta keburukan apabila menggunakan telefon pintar ini. Antara kebaikan mempunyai telefon pintar, kita boleh berkomunikasi dengan seseorang pada bila-bila masa dan di mana-mana kita berada. Sebagai contoh, berkomunikasi menggunakan aplikasi Whatsapp. Namun, jika kita menggunakan telefon pintar tanpa kawalan, ia akan menyebabkan pembaziran masa dan boleh menjejaskan kesihatan. Bukan itu sahaja, hampir keseluruhan pengguna telefon pintar akan bermain telefon di kedai makan walaupun bersama keluarga. Ia memberi impak yang buruk kepada diri sendiri.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini syarikat pembuat yogurt di Amerika Syarikat telah menawarkan hadiah sebanyak AS$10,000 (RM47,105) kepada individu yang berjaya menjalani kehidupan tanpa telefon pintar selama sebulan, lapor USA Today. Siggi’s Dairy, atau dikenali sebagai Siggi's, juga menawarkan hadiah lain kepada 10 pemenang bertuah yang memilih untuk menyertai program detoks digital 30 hari mereka. Menurut syarikat berkenaan, tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk membuktikan kepada orang ramai mengenai manfaat bebas digital. Selain itu, mereka juga berharap semua orang boleh memulakan tabiat sihat untuk tahun baharu. “Kami mencabar anda untuk tidak menggunakan telefon pintar selama sebulan. “Kami percaya pada kuasa untuk menjalani kehidupan yang lebih sederhana tanpa gangguan. Salah satu gangguan terbesar dalam hidup kita hari ini ialah telefon pintar kita," jelas syarikat itu. Dalam pada itu, sebelum dipilih, peserta perlu menghantar esei sebanyak 100 hingga 500 patah perkataan. Tajuk yang diberikan adalah "mengapa anda memerlukan detoks digital dalam hidup dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda secara positif." Pada akhir peraduan, 10 peserta yang berjaya akan membawa pulang wang tunai dan 60 cawan yogurt keluaran syarikat itu. Tempoh pendaftaran peraduan bermula pada 17 Januari dan berakhir pada 31 Januari ini. Peraduan tersebut hanya terbuka untuk rakyat Amerika Syarikat yang berumur 18 tahun ke atas. Sumber: USA Today |
shernazz replied at 23-1-2024 09:22 AM
Tak tengok forum seminggu dah menggigil kan korang nak hencap
Kitty_catz: mehhh kasi kat meolsmeols pun mmg tetiap pagi makan yogurt
chinta89 replied at 23-1-2024 11:41 AM
iols lama x berforum, berbulan2 x tau kenapa mcm takde mood sb otai2 mcm dah x masuk sini kan, plu ...
shernazz replied at 23-1-2024 09:22 AM
Tak tengok forum seminggu dah menggigil kan korang nak hencap
gigahertz replied at 23-1-2024 01:37 PM
i dah biasa set phone i silence. mmg ramai la orang komplen call x berangkat.
Kitty_catz replied at 23-1-2024 05:42 AM
eh sama la , tp during working hrs je
ADVERTISEMENT