Penyanyi Wani Kayrie sebelum ini menghidap penyakit ‘inguinal hernia’ atau lebih dikenali sebagai angin pasang. Menerusi hantarannya di Instastory, Wani atau nama sebenar Syazwani Abdullah, 24, memberitahu dia telah selamat menjalani pembedahan disebuah hospital swasta dan masih dalam fasa pulih kesan daripada pembedahan yang dilakukan selama dua jam tersebut. “Alhamdulillah everything went well for my Hernia surgery repair yesterday after 2 hours in the OT and I’m still fighting with the post-operation effect,” ujarnya. Sementara itu, dia berterima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat dan memohon doa agar dirinya diberikan kesembuhan. “Terima kasih semua yang bertanya dan mendoakan Wani. InsyaAllah, I’ll be better in few days. Wani rehat dulu ya. Take care semua,” katanya.
Sebelum ini, Wani memuat naik hantaran dirinya bakal menjalani pembedahan dan meminta doa orang ramai agar dipermudahkan segala urusannya. “Hi semua. Maaf lama mendiamkan diri beberapa hari ni. Cuma nak bagitahu, I will undergo my surgery at 2pm later. “Doakan agar urusan Wani dipermudahkan ya. Jangan risau ok! Wani baik-baik saja,” jelasnya. Untuk rekod, Wani pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian seperti Famili Duo, Kamilah Bintang, World Championship Of Performing Arts (WCOPA), Big Stage 1, D'Academy Asia 4 serta Dansa & Sing. Sumber : xTra |
beta_carotene replied at 22-1-2024 02:15 PM
semoga cepat sembuh dik
dia ni antara yg banyak gila join pertandingan.. n quite talented..
tp luck ...
pokokmeranti replied at 22-1-2024 04:26 PM
lelaki klu angin pasang katanya buah zakar termasuk dalam kan???? klu pompuan biji tersedut masuk da ...
hanahani replied at 22-1-2024 02:12 PM
ingat angin pasang lelaki je
hanahani: ingat angin pasang lelaki je
pokokmeranti replied at 22-1-2024 04:26 PM
lelaki klu angin pasang katanya buah zakar termasuk dalam kan???? klu pompuan biji tersedut masuk da ...
sangbara2020: klu pompuan angin pasang kat s ...
ADVERTISEMENT