CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8280|Reply: 6

[Tempatan] Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM

[Copy link]
Post time 23-11-2024 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
23 November 2024 11:36am

BSM menyarankan kerajaan mengambil alih kos tambang bas sekolah jika prihatin dengan nasib ibu bapa dan penjaga. Foto hiasan

SHAH ALAM - Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia (BSM), Mohd Haron Mohamad Sidik berkata, kenaikan dijangka antara 25 hingga 30 peratus didorong kos alat ganti dan kenaikan gaji minimum serta persaingan disebabkan gangguan dari kenderaan haram sekolah yang semakin berleluasa.

Menurut beliau, sesi persekolahan dijangka kembali sedia kala pada 2026 menyebabkan operasi bas sekolah akan menjadi 11 bulan sahaja susulan cuti penuh pada Disember.

"Kemungkinan tambang bas sekolah juga sukar diambil pada Oktober dan November kerana ramai murid-murid tidak lagi pergi ke sekolah selepas peperiksaan akhir tahun.

"Jika dicongak, pengusaha bas sekolah hanya peroleh pendapatan atau tambang bas setahun cuma sembilan bulan sahaja.

"Sementara insurans, cukai jalan, pemeriksaan berkala di Puspakom, pinjaman bank dan sara hidup tetap 12 bulan setahun," katanya menerusi kenyataan.

Lebih malang katanya, Kementerian Pengangkutan menarik semula keistimewaan bas sekolah dengan tidak membenarkan menjalankan aktiviti sewaan bas ketika hari cuti sekolah.

"Ini sudah pasti membebankan pendapatan pengusaha bas sekolah. Belum lagi gangguan dari kenderaan haram sekolah yang semakin berleluasa.

"Apakah perniagaan industri bas sekolah ini sebenarnya menguntungkan atau umpama satu kerja kebajikan sahaja? katanya.

Beliau menyarankan kerajaan mengambil alih kos tambang bas sekolah jika prihatin dengan nasib ibu bapa dan penjaga.

Ujarnya, langkah kerajaan menampung tambang sekolah dengan menggunakan modul bas percuma DBKL juga dapat mengatasi isu kegiatan kenderaan haram sekolah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 11:58 AM | Show all posts
Tak yah pergi skolah ler dik..esok2 kerja dgn cari je...pas tu meroyan semua mahal.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan ke bas sekola dpt fleet card...

Kata-kata semangat seko walanon
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah dpn sekolah lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
iyo lah.. benti je sekolah macam yang diperjuangkan oleh SS .. pakcik van tkde keje boleh jadi tiktoker lepas ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 23-11-2024 12:01 PM
Kan ke bas sekola dpt fleet card...

Kata-kata semangat seko walanon

Staff Cari ade perkeso tak sis?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.094296 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list