CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

"Saya Takut Kalau Selepas Ini Rasa Pening Sahaja Akan Pengsan Lagi", Fizo Omar Dedah Sinus Kronik Punca Vertigo

3-2-2024 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13377| Komen: 54

Description: Diserang vertigo meskipun menyangka kondisi kesihatan dalam keadaan terjaga, pelakon Fizo Omar trauma mengenangkan insiden mengejut yang menimpa dirinya, baru-baru ini.

Diserang vertigo meskipun menyangka kondisi kesihatan dalam keadaan terjaga, pelakon Fizo Omar trauma mengenangkan insiden mengejut yang menimpa dirinya, baru-baru ini.

Ujar pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar itu, selepas menjalani pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI), doktor pakar mengesahkan serangan vertigo berpunca daripada masalah resdung kronik.

“Saya betul-betul trauma dengan kejadian itu, sebabnya tiba-tiba pengsan. Saya takut kalau selepas ini rasa pening sahaja akan pengsan lagi. Muka saya tersembam ketika jatuh itu, tidak sedar langsung.

“Sebelum kejadian itu saya tidak rasa penat atau ada tanda-tanda nak pengsan, berlaku secara tiba-tiba selain tidak pernah tahu hidap vertigo. Apabila tanya doktor, dia kata antara punca adalah disebabkan tekanan.

“Kemudian saya jumpa doktor pakar dan buat MRI, keputusan menunjukkan masalah sinus atau resdung saya di tahap teruk, sangat bahaya kerana sinus boleh menyebabkan masalah lain di seluruh badan,” katanya kepada Kosmo! Online.


Mengulas lanjut keadaannya ketika berdepan detik cemas itu, pelakon filem Romeo Kota itu berkata dirinya tidak memikirkan perkara lain selain kematian.

“Saya hanya sedar ketika di hospital, waktu bangun itu saya ingat saya sudah mati. Iya lah ketika pengsan itu jatuh sangat kuat, muka dan kepada tersembam atas lantai. Apabila sedar, saya amat bersyukur Allah berikan peluang kedua untuk hidup.

“Saya memang tiada sakit lain, kali terakhir masuk hospital pun sebab demam iaitu tujuh atau lapan tahun lalu.

“Saya seorang yang sangat menjaga pengambilan makan minum, bahkan tiga atau empat kali seminggu saya buat senaman, jaga waktu tidur. Apa pun semuanya hendak berlaku, saya reda,” ujarnya pada pada sidang media Nasi Lemak Kopi O, baru-baru ini.

Ujar bapa kepada tiga puteri itu, dia perlu mendapatkan rehat yang cukup dan berhenti sementara daripada melakukan kerja-kerja berat atas saranan doktor.

“Doktor minta saya berehat dua minggu, tetapi tak sampai dua minggu saya dah kerja. Saya jenis tak boleh duduk diam tak buat kerja, sebab dah biasa bekerja.

“Tetapi dalam bekerja itu saya terhadkan juga pergerakan saya, tidak mahu terlalu aktif. Doakan saya cepat sembuh,” tuturnya menutup bicara.


Terdahulu, Fizo menerusi hantaran dalam Instagram memaklumkan dia diserang vertigo sebelum kepalanya terhantuk pada objek keras dan kemudian pengsan.

Pada 18 Januari lalu, Fizo terpaksa dikecualikan daripada mengacarakan rancangan Nasi Lemak Kopi O akibat insiden tersebut. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 3-2-2024 12:27 PM
anggap la tu kifarah sebab kau banyak scam anak bangsa sendiri
Quote sleepandream 3-2-2024 12:36 PM
vertigo=pening=resdung=sinus??
Quote jejai 3-2-2024 01:22 PM
sleepandream: vertigo=pening=resdung=sinus??


Kan..setahu aku vertigo dia akan rasa upsidedown sebab masalah ENT.apa kena ngena ngan sinus.tak pernah lg dgr org sinus teruk boleh pengsan
Quote TomyamPuteh 3-2-2024 02:19 PM
Jgn la pening2 bang Pijo. Bagi Man Kulim dh la pening.... Peningggggggg.
Quote shernazz 3-2-2024 04:32 PM
jejai replied at 3-2-2024 01:22 PM
Kan..setahu aku vertigo dia akan rasa upsidedown sebab masalah ENT.apa kena ngena ngan sinus.tak p ...

Iols dolu sinus teruk yach
Tapi tak pernah rasa vertigo
Tapi iols rasa MCM migraine yang teruk bahagian depan iaitu bahagian muka
Rhinosinusitis.

Iols rasa Bukan sinus Ni..dia main kolam Sampai masuk air dalam telinga Ni...hahaa
Kalau gitu mmg iye la sebab imbalance kan
Quote zuriey 3-2-2024 10:07 PM
Rambut bini ko mmg melepet 24jam gitu ke pijo
Tak reti ke bt kepok2 sikit
Mcm rambut zahira melepet je
Btw cash la utk ko
Quote MisXoXo 4-2-2024 02:04 AM
Nk operate idung ke apa niii
Quote she 4-2-2024 07:21 AM
Macik antara penghidap vertigo ni

Tapi punca dia sebab rabun silau
Macik rabun tinggi
Bila drive tengah panas
Elakkan ngadap benda pantulan cahaya
Atau pergerakkan yang melintang

Tak teruk pun
Macam pitam2 masa peknen
Rasa dunia berputar
Pastu black out

Benda ni juga punca macik migrain
Selalu kena cucuk kat montot
Bye
Quote gigahertz 4-2-2024 08:17 PM
sleepandream: vertigo=pening=resdung=sinus??
sleepandream: vertigo=pening=resdung=sinus??

Kalau u duduk pastu bangun pastu ada rasa hitam nak pitam itulah vertigo. I dah kena banyak kali tapi tak pernah jatuh terlantar lagi.
Quote Suchi 4-2-2024 09:29 PM
gigahertz replied at 4-2-2024 08:17 PM
Kalau u duduk pastu bangun pastu ada rasa hitam nak pitam itulah vertigo. I dah kena banyak kali ta ...

Lah yeke ingatkan tu sbb hb rendah
Selalu camtu time iols puasa
Sbb iols kalau puasa just minum air je masa sahur

Iols pun ada sinus dan alahan hidung
Mcm td masuk butik baju tiba plak nk bersin
Pastu tanak stop plak tu
Iols dh gelabah bila mata dh start gatal2
Malu betul takut org igt iols ada virus ke apa huhu
Selalunya kalau pi kedai mcm mr diy je bersin gitu
Quote TerataiMelur02 4-2-2024 09:43 PM
Yang bini baru ni takde pulak kerabat pijo nak buli ya
Quote wadiunong 4-2-2024 11:15 PM
Edited by wadiunong at 4-2-2024 11:17 PM
sleepandream replied at 3-2-2024 12:36 PM
vertigo=pening=resdung=sinus??


Anak sedara iols lps operate sinus dia, dah tak kena vertigo dah. Iols pon ada sinus & sesekali kena vertigo gak especially bila iols suka korek telinga
Quote mawarika 5-2-2024 12:31 AM
she replied at 4-2-2024 07:21 AM
Macik antara penghidap vertigo ni

Tapi punca dia sebab rabun silau

Makcik migraine cocok vntot ek.. meolss migraine cocok tgn sekali cocok tahan muntah.. lepas sejam dua kt emergency baru bole balik. Meolss pun kena vertigo sekali pakej migraine ler tu. nak sujud time solat rasa berpusing dunia ni.. seksa sgt kena vertigo. Kalau dah start duduk bawah or cangkong kena slowly naik n tutup mata.. sampai seimbang baru meolss buka mata. Jiran I rumah lama dulu.. cangkong tanam pokok. Then bangun.. tiba terus rebah and meninggal.. muda umur baru 39.
Quote AnnaSendin 5-2-2024 12:33 AM
Muka budu kuat naw.
Quote _kelly 5-2-2024 12:34 AM
ni betul..adik iols sinus yang teruk memang boleh jadi migrain dan vertigo..kena operate buang sinus yg bersarang dalam rongga hidung tu
Quote she 5-2-2024 04:08 AM
mawarika replied at 5-2-2024 12:31 AM
Makcik migraine cocok vntot ek.. meolss migraine cocok tgn sekali cocok tahan muntah.. lepas sejam ...

Aah

Memula dulu cucuk kat bahu
Pastu sejak tukor company
Doc klinik panel tu
Dia cucuk montot

Lepas cucuk tu
Badan akan rasa kebas2
Boleh drive tapi macam refleks lambat

Dah tbiasa
Takdelah kerap cucuk montot tu
Ke dokter tu sengaja nak tengok montot leper macik
Tapi dia indian lady
Quote A-Are 5-2-2024 09:37 AM
husband i olls baru2 ni 1st time vertigo attack, dpt mc 2 hari n& now da dekat sebulan skali skala masih terasa kepala pusing2 ni...kesian jugak bila kena, nak bangun jalan ke toilet pon sampai kena pegang dinding...mmg kacau hidup harian lepas tu
Quote cikatilia 5-2-2024 09:38 AM
dia ni la kan pi tembok cina nak pensan la nak mati la tu kan
Quote prince_marhaen 5-2-2024 10:54 AM
dari zaman uni lagi muka budu ni kuat sembang...sembang babi terbangggg..... dah la suka masuk bilik geng pondan masa uitm arau dulu...geng2 civil & sport rec heols acah2 jantan, tapi keluar masuk bilik ponen....  hihihihihi!

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.103542 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top