CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elisya Sandha Tak Kekok Di Dapur Banyak Belajar Memasak Dari Ibu Mentua, Sheila Rusly

9-1-2024 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7721| Komen: 13

Elisya Sandha, 25, serta kakaknya, Fasha Sandha, 40, mereka dilihat tidak kekok langsung membuat kerja dapur seperti memasak untuk keluarga, sekalipun cantik dan bergaya.

Elisya ditemui berkata, dia suka memasak sejak daripada sebelum berkahwin kerana sudah duduk sendiri, sekali gus menjadikannya wanita berdikari dalam mengurus kehidupan harian.


Foto: IG

"Apabila memilih hidup berdikari tanpa ibu bapa dan adik-beradik lain di sisi, banyak perkara kena buat sendiri, termasuk kerja rumah dan kerja dapur. Ditambah saya juga suka masak dan kebanyakan resepi belajar dari Google dan YouTube.

"Malah, dari dulu lagi saya pun suka tengok emak memasak di dapur. Walaupun saya tak belajar resepi itu dengan mak dan hanya tengok saja, tapi apabila sudah besar saya cuba belajar memasaknya sendiri," katanya.

Terdahulu, Elisya hadir berganding bahu bersama Fasha dan abang iparnya juga pelakon, Aidil Aziz mengadakan majlis penghargaan, doa selamat dan kesyukuran di sebuah dewan di Putrajaya, baru-baru ini.


Elisya juga ibu seorang anak perempuan, Bunga Elhaq berusia dua tahun dan menantu kesayangan penerbit drama, Sheila Rusly dan Jinggo berkata, dia lagi banyak belajar memasak pelbagai resepi dengan ibu mentuanya.

"Apabila berkahwin dengan suami, Uzair Haqimy, memang lagi banyak resepi yang saya belajar daripada mak mentua (Sheila) dan boleh dikatakan lebih 'advance'. Ini kerana, emak mentua saya sangat rajin memasak.

"Sebagai menantu, bagi saya kalau tidak pandai memasak tak apa sebab boleh belajar. Tapi, paling penting kena rajin. Cuma, kalau tak rajin dan malas pula masuk dapur, memang tak boleh nak kata apa kerana semua atas diri kita sendiri," katanya.

Ditanya juga kenangan terindahnya pada 2023, Elisya berkata, dia gembira dan bersyukur dapat membawa semua ahli keluarga melancong ke beberapa negeri dalam Malaysia menggunakan wang sendiri.

"Ia adalah pencapaian terbesar dalam hidup saya apabila dapat membawa seluruh keluarga bercuti bersama-sama yang ditaja dengan wang sendiri, hasil daripada titik peluh saya bekerja selama ini.

"Alhamdulillah, seronok sangat kerana lebih mengeratkan lagi hubungan kasih sayang keluarga. Meskipun destinasi percutian dalam negara saja, tapi apabila dapat membuatnya ia amat membahagiakan," katanya.

Berkongsi perancangan karier lakonannya, Elisya berkata, dia menyimpan impian supaya tahun ini dapat terbabit membintangi filem, termasuk drama hebat yang disiarkan di platform OTT seperti iQiyi dan Viu kerana lebih bebas.

Setiap kali kedatangan tahun baharu, pastinya semua orang mempunyai azam yang ingin dicapai dan bagi Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Sandha Hassan, dia mahu menambah cahaya mata.

Walaupun masih muda dan aktif dalam karier, Elisya berkata, dia sudah bersedia untuk menambah cahaya mata lagi bagi menceria dan membahagiakan keluarga.

"Insya-Allah, mana tahu kalau ada rezeki tahun ini saya dan suami dapat menimang ahli keluarga baru. Walaupun saya masih menyesuaikan diri kerana tak mudah menjadi ibu yang bekerja, tapi dalam hati tetap teringin nak tambah anak.

"Lagi pula, kehadiran anak ini adalah rezeki dan kebahagiaan dalam keluarga. Apatah lagi, Bunga pun akan masuk usia dua tahun dan sesuai juga dia mempunyai adik," katanya.

Berbicara mengenai menjaga badan, Elisya berkata, sebagaimana wanita lain, dia juga pernah terfikir mahu menjaga badan dan meletakkan sasaran ingin menyusukan anak selama dua bulan.

"Alhamdulillah, nampaknya Bunga masih menyusu badan sampai sekarang. Bagi saya, kasih sayang ibu mengatasi segala-galanya. Saya kini sangat mengutamakan Bunga lebih daripada diri sendiri dan apa saja.

"Meskipun tetap berniat untuk meleraikan susu badan daripada Bunga, tapi bukan secara paksaan. Saya yakin sampai masanya, Bunga sendiri akan tolak (susu badan) kerana sekarang pun dia ada juga minum susu formula," katanya.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 9-1-2024 10:11 AM
"meletakkan sasaran ingin menyusukan anak selama dua bulan"...2 bulan ke 2tahun u olls...
Quote awex^returns 9-1-2024 10:13 AM
berani dia tak idolakan mak mertua, nak rasa kena baling keluar bangunan sila lah
hahahahaha
Quote Tunakimchi 9-1-2024 12:37 PM
Dia ni kejap putih kejap gelap. Filter ke.
Quote cikperiukkera 9-1-2024 01:03 PM
She mmg nampak baik…lakonan pun ok sorry to say kalau compare dgn fasha,fasha mmg nampak “berlakon” time berlakon while elisya lebih natural.
Quote MisXoXo 9-1-2024 05:43 PM
Dia guna nama sandha utk kekal relevan dipayungi aura kakaknyaa..dia ni hitam manehh kan..tp dis ni aku ada soft spot.jinakk ja..lagilah bwh sr..beranii nak memberontak..
Quote oklatu85 9-1-2024 06:48 PM
cikperiukkera replied at 9-1-2024 01:03 PM
She mmg nampak baik…lakonan pun ok sorry to say kalau compare dgn fasha,fasha mmg nampak “berlakon ...

Suara dia pun lebih sedap bila bercakap..kiki
Quote Manusiabesa 9-1-2024 06:54 PM
Mmg hindu kaw2 dia ni. Klu jumpa inreal skin tone dia mcm sape la ek? De x mcm kenchana devi? Sbb kt sosmed dia edit bg putih sklipun aku nampak kelabu asap. Muka pun mmg muka indian kaw2. Yela dh mamak penang. Pasha harap lawa sket je muka. Xkenan. Next....
Quote belilies 9-1-2024 07:39 PM
Samalah rupa anak dia ni dgn aisyah anak fasha tew. Kalu jalan sesama mesti mcm siblings
Quote LadyCarefree 9-1-2024 08:49 PM
iols saja lah rasa diorang ni serap aura terpaling poyo cyst dan tokhidang termasuklah tak pasal2 baby tu juga. Rimas giler baca pesanan tokhidang tu utk baby tu. Belum apa2 dah kena control. Makpak baby ni pula hadap je lah demi monimonimoni. Kang merempat pulak.
Quote Minami2013 9-1-2024 08:57 PM
Anak dia sebijik muka apak nya.
Quote hasniey 10-1-2024 01:10 AM
A-Are replied at 9-1-2024 10:11 AM
"meletakkan sasaran ingin menyusukan anak selama dua bulan"...2 bulan ke 2tahun u olls...

Dia target nk susukan dua bulan je kot sbb nk jaga badan.tp xjd sbb anak masih menyusu badan smpai skrg.
Rasanya mcmtulah maksud ayat dia
Quote A-Are 10-1-2024 07:40 AM
hasniey replied at 10-1-2024 01:10 AM
Dia target nk susukan dua bulan je kot sbb nk jaga badan.tp xjd sbb anak masih menyusu badan smpai ...

ohhh ada jugak org target nak nyusukan 2bulan je...jarang2 dgr ni
Quote chinta89 10-1-2024 09:17 AM
mereka dilihat tidak kekok langsung membuat kerja dapur seperti memasak untuk keluarga, sekalipun cantik dan bergaya.


dah kenapa yg pandai memasak ni kena muka awam je ke? nmpk sgt kalau cantik dan bergaya tu menjurus kpd pemalas, x pandai masak, gitu??

btw smlm cter di fasha ngn pierre berlakon. bingit betul suara pasah dlm cter tu, kepit sangat, sib baik elisha ni x bsuara mcm tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.047350 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top