CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ara Johari Trauma Dengan Peminat Lelaki, Risau Gangguan Seksual Berulang

9-1-2024 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7351| Komen: 19

Description: Insiden gangguan seksual dilakukan lelaki tidak dikenali bertindak mencium tangannya sebanyak dua kali dengan penuh rakus ketika menjayakan persembahan di Nilai, Negeri Sembilan, tahun lalu masih tida ...
Insiden gangguan seksual dilakukan lelaki tidak dikenali bertindak mencium tangannya sebanyak dua kali dengan penuh rakus ketika menjayakan persembahan di Nilai, Negeri Sembilan, tahun lalu masih tidak dapat dilupakan penyanyi Ara Johari.


Gara-gara pelakuan tidak senonoh itu, Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 27, mengambil masa sebulan untuk melupakan detik hitam yang kali pertama terjadi dalam hidupnya.

Foto: IG

Biarpun sudah mampu menyingkirkan perasaan trauma, namun penyanyi lagu Bunga itu masih berhati-hati peminat lelaki setiap kali muncul di khalayak ramai.

"Hampir sebulan saya trauma gara-gara insiden ini. Apa yang berlaku memberikan kesan pada saya.

"Sekarang saya menjadi lebih berhati-hati dan akan tapis peminat yang ingin bergambar terutama lelaki.

"Saya akan pastikan menjaga jarak bagi mengelakkan daripada kejadian sama berlaku lagi. Saya tidaklah sampai upah 'bodyguard', tapi setiap kali menghadiri sebarang acara biasanya ada pengurus, pembantu peribadi serta beberapa kawan akan teman.


"Sebelum ini, saya tak kisah keluar seorang diri, tapi selepas apa yang berlaku saya pasti berteman.

"Saya hanya dengar pengalaman orang lain yang mengalami gangguan seksual selama ini, tapi akhirnya saya pula terkena," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, berkongsi kerjaya seninya, Ara bakal menghiburkan peminat di Pesta Muzik Kuantan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 24 Februari depan.

Pesta Muzik Kuantan dianjurkan sempena menyambut kepulangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan diserikan persembahan band popular Indonesia, Ungu, selain penyanyi tempatan seperti Naim Daniel, Nabila Razali, Khai Bahar dan ramai lagi.

Ara mengakui teruja dapat berkongsi pentas dengan kumpulan popular Indonesia dan bakal menyanyikan tiga lagu.

Sebagai persediaan untuk ke pesta itu, kata Ara, dia perlu menjaga kesihatan berikutan pernah empat kali dijangkiti COVID-19 dan Influenza, jadi mudah hilang suara.

"Sekarang kalau kena hujan, saya perlu cepat-cepat mandi dan berehat. Jika tidak, saya akan dapat selsema dan seterusnya, sakit tekak. Ia menyebabkan saya tak boleh menyanyi selama berminggu-minggu.

"Beza sangat sebelum dijangkiti COVID-19, di mana saya tiada masalah terkena hujan, malah saya lebih suka membuat persembahan dalam hujan kerana lebih puas," katanya.

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-1-2024 03:25 PM
ala nyah... kau pun bukan minat sgt pun deols kan.. lain la peminat pompuan kan..
Quote newyork 9-1-2024 03:51 PM
Laki mana dok kaco dia nih hahahahhaha
Quote bottompro 9-1-2024 04:16 PM
ara kan nippon paint. hanya minat kelopak bunga
Quote aina_shaira 9-1-2024 05:14 PM
ye ke dia lesbo? sape gf dia
Quote DeLuna85 9-1-2024 09:58 PM
Lelaki tu pasti tak tahu kan
Quote Antifake 10-1-2024 12:40 AM
Ada ke peminat dia ni? Lagu pon so-so.
Quote bottombikini 10-1-2024 08:52 AM
taste jugak peminat lelaki tu kat dia nih
Quote mamajawie 10-1-2024 09:53 AM
dia ni sah2 dulu ada gosip dekat fitting room dengan pompuan
Quote ezacbee 10-1-2024 10:33 AM
bottombikini replied at 10-1-2024 08:52 AM
taste jugak peminat lelaki tu kat dia nih

Janji retis kannn

Quote selipar_hijau 10-1-2024 10:37 AM
gf dia yg pramugari tu kan?
Quote sukanyanyi 10-1-2024 12:13 PM
i pun salu terbaca kat komen ig sheols fans laki n pmpn yg ckp sheols cantik. bg i, kulit, rambut n body la yg buat sheol nampak cantik. pakai baju nampak elok, nak2 baju kurung moden
Quote black_handbag 10-1-2024 12:25 PM
muka macam tenuk, dahla tomboi ni pon ada yg selera ye. ko takde cite hot lain ke dik nak up?

malula
Quote Binodino 10-1-2024 10:01 PM
Muka dia dalam gambar tu macam mimi peri
Quote lilacomot 11-1-2024 08:20 AM
Ara yg gaya cm jantan pun leh kena gangguan sexual ek.. Mesti jantan tu gay kn
Quote epullipan 11-1-2024 08:48 AM
ara trauma? dia ni bukan pengkid ke
Quote duri_durians 11-1-2024 09:32 AM
hahahhahaha kelakar komen masing2.
Quote Manusiabesa 11-1-2024 09:33 AM
Menipu lah. Mcm la ada jantan sangap kt tomboy mcm kau. Puting susu pun xwujud. Bontot pun pepeh.
Quote gideoncross 12-1-2024 12:04 AM
Binodino replied at 10-1-2024 10:01 PM
Muka dia dalam gambar tu macam mimi peri

Dgn segera iol menscroll blik ke ats
Quote gideoncross 12-1-2024 12:05 AM
Manusiabesa replied at 11-1-2024 09:33 AM
Menipu lah. Mcm la ada jantan sangap kt tomboy mcm kau. Puting susu pun xwujud. Bontot pun pepeh.

Aiol lgi trkjut bila komen2 kat ats bgithu yg dia ni teh lesbo

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.055976 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top