CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bebas Bersuara, Dah Memang Dia Macam Bibik," – Fatiya Latiff

9-1-2024 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29322| Komen: 313

Description: Fatiya Latiff mempertahankan tindakannya menyindir pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza secara terang-terangan menerusi laman sosial.Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdu ...
Fatiya Latiff mempertahankan tindakannya menyindir pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza secara terang-terangan menerusi laman sosial.

Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 37, berkata, pendapatnya bersifat peribadi dan berlandaskan undang-undang kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini.


Foto: Kosmo

“Apa yang kecoh sangat tentang pendapat saya? Kebebasan bersuara artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya memang rasa dia (Zahirah) kelihatan macam seorang bibik (pembantu rumah). Tolonglah, inilah kehidupan. Bertenang,” ujar Fatiya.

Fatiya yang merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang sebuah universiti awam tanah air menambah, dia akan terus berpegang dengan apa yang dilontarkannya mengenai individu terbabit.

“Dia tidak langsung dalam satu liga dengan saya. Ayuh ulang semula apa yang diperkatakan semua orang.


“Sekali dah pernah guna, busuk dan rosak, hulurkan sahaja kepada mereka yang meminta (peminta sedekah),” katanya penuh maksud tersirat menerusi InstaStory.

Terdahulu pelakon yang pernah meledak menerusi drama Ariana Rose itu mengejutkan ramai apabila secara terbuka menyindir Zahirah dan Aiman secara dalam video siaran langsung dimuat naik semula dalam TikTok.

Dalam video tersebut, Fatiya sewenang-wenangnya melabel penampilan Zahirah seperti seorang bibik selain mendakwa Aiman sebagai seorang lelaki yang tidak mempunyai kewangan kukuh.

Fathia sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman, namun perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 9-1-2024 09:26 AM
whatttt???!!! tiber dia nie usik dorg nape.. jeles ke apa..
Quote Diamondmoney 9-1-2024 09:28 AM
Patia muka ko yg skrg ni yg cm bibik. Tlg la sedar
Quote aciksenah 9-1-2024 09:55 AM
Kebebasan bersuara tu bukan bererti boleh mengutuk penampilan dan rupa seseorang. Memang sah ting tong tek ya ni.
Quote watachiwa 9-1-2024 10:08 AM
seeker attention
Quote dewi_rina 9-1-2024 10:21 AM
iols tertengok video ni lalu kat titok pagi tadi.. btw zahirah macam dah tak lawa lah skrg lepas jadi bini org

btw berani betul fath tu sebut nama dua org tu eh..
Quote Diamondmoney 9-1-2024 10:23 AM
aciksenah replied at 9-1-2024 09:55 AM
Kebebasan bersuara tu bukan bererti boleh mengutuk penampilan dan rupa seseorang. Memang sah ting to ...

Kebebasan bersuara. Tp dia sendiri off komen

Apooo?
Quote Pujangga22 9-1-2024 10:27 AM
keluar lah sgl akta undang2 tapi belajar tak abis
Quote nightwinkle 9-1-2024 10:28 AM
yg plg teruk fatiya mcm tunggu zahira saman nyer..tp kata mesti tak berani sbb they are loser...

apo...fatiya ni mmg cantik nk ikutkan tp tu lah..lepas break off jd weng dh
Quote cruz2 9-1-2024 10:32 AM
Busuknya hati dia. Kalau pon ada yg provoke semasa live pon cukup la sekali tu shj respond kepada pembuat provokasi yg tk cerdik tu.
Ni pergi keluarkan lg statement mempertahankankan kutukan dia smlm.m
Hopefully ZM dgn AH tk perlu balas balik. Tp kalau masih berterusan amiklah tindakan melalui saluran yg betul
Quote aciksenah 9-1-2024 10:34 AM
Diamondmoney replied at 9-1-2024 10:23 AM
Kebebasan bersuara. Tp dia sendiri off komen

Apooo?

Ni la namanya lempar batu sembunyi tangan...Pandai dia lepas kutuk2 off komen. Netizen nak bebaskan suara tak boleh..
Quote ezzreee 9-1-2024 10:43 AM
dia komen psl ZMW pastu dia komen pasal bapak zahirah gak.hahahhaha
kalau dia beckp ketika rupa dia mcm dulu.mcm muka zmn cerita nur kasih, ariana rose..maybe aku boleh pertimbangkan kata-kata dia ni.

sesuka hati kau je kak cuit pasal org yg tak kesah langsung psl kau kak
family dia taknak ke tlg dia ni.

Quote makneng 9-1-2024 10:44 AM
Hahaha kenapa lah korang ni layan ongile??? You guys can do better.
Quote kemboja2020 9-1-2024 10:46 AM
Nak kata org muka macam bibik .. ok fine pendapat memasing. Yg ZM blh nak sue fitnah pasal bibir la kot. Sbb dia claim ZM cucuk buat bibir kat Aussie. Dah arini mental pulak buh pic perbandingan dia dgn ZM masa kecik. Ko dah kenapa nyahhhh
Quote linb 9-1-2024 10:50 AM
Belajar undang-undang tapi ponteng kelas ethics ke?
On another note, kalau ye pun cantik, tak payah la membibik kan orang lain.
Thirdly, sekali cakap masa live tu one thing. To continue the same thing, siap buat story is another. Kalau satu kali tu boleh cakap TER, kalau dua kali, hmmm sis are you okay.. Kesiannya
Quote TomyamPuteh 9-1-2024 10:50 AM
Betul la kata org. Org gila kalau dilayan bertambah gila. Dan lagi satu,org gila tak kan ngaku yg dia tu gila.
Quote asma87 9-1-2024 10:51 AM
Sapela yg buat Minah ni jadi mental....dulu kat uitm elok je rupa masuk lecture hall...
Quote syamzana 9-1-2024 10:57 AM
takyah la ungkit dulu...dulu...dulu...dia cantik. hakikat skrg ni dia tanpa laki+anak pun struggle nak nmpk indah dah la tingtong.
yakin betul dia sound org dikala rupa parasnya pun skrg below par
Quote asudau 9-1-2024 11:01 AM
kalau le zahirah tu dia tengok macam bibik, jadi acik2 gomen dan seangkatannya dia tengok macam apa je jah..

gila dah dia ni
Quote sismarkonah 9-1-2024 11:01 AM
kak konah sangat berharap kalau ada wartawan melodi pi tanya ZM dgn AH, kak konah harap dua-dua orang tolong buat muka sambil kerut-kerut kening dan tanya balik

Sorry siapa ya - sambil buat muka blur dan tak kenal tau. Wartawan mesti repeat balik kan, dan cakap Fathiya

So korang berdua kena jawab - ohhh maaf tak perasan, sebab nampak macam agak pelik macam bukan pelakon Ariana Ros zaman 2018 dulu-dulu tu, nampak macam pelik pula muka, ingat siapa tadi.

Btw takde komen sebab tak kenal dan tak penting, kalau benda penting dan kenal mesti kita tahu dan nak komen kan, rasanya tak perlu kot. Buang masa rasanya, lebih baik kita fikir ke depan berbanding hidup dalam melihat kekurangan siapa-siapa. Maaf ya.

Confirm tekya terus sign pusat rehab sebab sakit hati

Lihat semua komen(313)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.082325 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top