Kuala Lumpur: "Bagi saya, mereka yang kecam itu bukan pelanggan sasaran saya, jadi anggap saja mereka tak tahu. Sebab pelanggan setia dan tetap memang sudah tahu harga tudung saya," kata pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri.
Haliza dikecam susulan hantaran video dimuat naiknya yang berkongsi memakai tudung dianggap murah berharga RM1,200. Tidak cukup dengan itu, Haliza dihujani dengan pelbagai komen berbaur sindiran mengatakan dia seperti menjunjung tanah dan banglo atas kepala bagi menggambarkan kekayaan dimiliki. Menurutnya, perkongsian itu bukan untuk membuktikan kemampuan dirinya malah jauh sekali mahu bersikap riak. "Sebelum ini ramai cakap tudung saya harga ratusan ribu saja tetapi ada juga yang murah. Macam video yang tular, saya pakai yang harga RM1,200. Saya orang berniaga, bukan nak riak, saya cakap perkara betul. "Kalau hendak dibandingkan harga ratusan ribu, memanglah yang harga ribuan ringgit murah bagi saya. Malah, ada yang lebih murah harga ratusan ringgit juga. Jadi, salahkah saya bercakap sedemikian?" katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, sepanjang 25 tahun berniaga, dia sudah lali dengan pelbagai kecaman dan kritikan terutama di media sosial. Terdahulu, Haliza mencuri perhatian ramai apabila menggayakan busana berharga RM250,000 dalam sebuah majlis meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan jenama tudungnya. Sebelum itu, dia pernah mendapat kecaman apabila menggayakan telekung harga RM6,080 ketika menunaikan umrah pada 2022. Sumber: Harian Metro
|
Decaffeinated replied at 4-1-2024 01:57 PM
Nasib baik lah melayu ni tak dikurniakan Allah rambut blonde macam emas. Kalau dapat tak tau lah mac ...
Tokeybundle replied at 4-1-2024 02:07 PM
Aku pakai tudung fareha yg rm4.90 je. X yah mahal2
Tokeybundle replied at 4-1-2024 02:07 PM
Aku pakai tudung fareha yg rm4.90 je. X yah mahal2
ADVERTISEMENT