CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19194|Reply: 168

"Bukan Semua Tudung Saya Mahal, Hari Ni Pakai Yang Murah, RM1200 Je"

[Copy link]
Post time 4-1-2024 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Bagi saya, mereka yang kecam itu bukan pelanggan sasaran saya, jadi anggap saja mereka tak tahu. Sebab pelanggan setia dan tetap memang sudah tahu harga tudung saya," kata pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri.


Haliza dikecam susulan hantaran video dimuat naiknya yang berkongsi memakai tudung dianggap murah berharga RM1,200.


Tidak cukup dengan itu, Haliza dihujani dengan pelbagai komen berbaur sindiran mengatakan dia seperti menjunjung tanah dan banglo atas kepala bagi menggambarkan kekayaan dimiliki.








Menurutnya, perkongsian itu bukan untuk membuktikan kemampuan dirinya malah jauh sekali mahu bersikap riak.


"Sebelum ini ramai cakap tudung saya harga ratusan ribu saja tetapi ada juga yang murah. Macam video yang tular, saya pakai yang harga RM1,200. Saya orang berniaga, bukan nak riak, saya cakap perkara betul.


"Kalau hendak dibandingkan harga ratusan ribu, memanglah yang harga ribuan ringgit murah bagi saya. Malah, ada yang lebih murah harga ratusan ringgit juga. Jadi, salahkah saya bercakap sedemikian?" katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, sepanjang 25 tahun berniaga, dia sudah lali dengan pelbagai kecaman dan kritikan terutama di media sosial.


Terdahulu, Haliza mencuri perhatian ramai apabila menggayakan busana berharga RM250,000 dalam sebuah majlis meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan jenama tudungnya.


Sebelum itu, dia pernah mendapat kecaman apabila menggayakan telekung harga RM6,080 ketika menunaikan umrah pada 2022.


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 01:57 PM | Show all posts
Nasib baik lah melayu ni tak dikurniakan Allah rambut blonde macam emas. Kalau dapat tak tau lah macam mana dia meriak.

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pakai tudung fareha yg rm4.90 je. X yah mahal2
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
RM1200 tu murah je ya. Nanti lah bila satu hari nanti nak beli teh ais ikat tepi pon tak mampu, masa tu tahu lah RM1200 tu murah ke tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:15 PM | Show all posts
I tengok ni semalam. Riak ya sheols. Takde bunyi2 zuhud langsung. Perlu la nak cakap RM1.2K tu murah TO her?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-1-2024 01:57 PM
Nasib baik lah melayu ni tak dikurniakan Allah rambut blonde macam emas. Kalau dapat tak tau lah mac ...

Rambut hitam lagi lawa.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2024 02:26 PM | Show all posts
bawal exclusive ni jual kat mane sbnrnye? dlm circle aku tak penah nampak pun org pakai tudung brand die.  ke kaya sebab cuci duit ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Humble brag gaytoh. OK la asal boleh riak dgn jayanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 02:29 PM | Show all posts
riakkkkkkkkkk..orang dalam list terkaya malaysia ke dunia pun takde meriak macam ko
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokeybundle replied at 4-1-2024 02:07 PM
Aku pakai tudung fareha yg rm4.90 je. X yah mahal2

Mana hang beli tudung? Tudung bawal plain now iols beli pun rega rm10
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:37 PM | Show all posts
tudung dia pakai tu RM1200 ke. sorry tak nampak macam tudung ribu2 pun..

akak kalau kaya bebeno elok akak gi buat gigi dulu. tudung tu pakai yg rm10 pun takpe janji lawa meletup dah muka

tudung2 dia overprice la iols rasa. apa yg sampai ribu2 tudung bertatah berlian ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:42 PM | Show all posts
ayat dia tetap cantik tu bg iols biasa je takde la cantik. tudung bawal biasa, nmpk mcm harga rm30.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:46 PM | Show all posts
budak2 tiktok yg 24jam berhusnuzon tu pun tak tahan dgn dia ni.semua komen gelakkan dia.. tak nampak mcm tudung rm1200 la, penat je pakai mahal2, tetap nampak macam tudung pasar malam  kata derang

tapi pompuan ni memang riak pun. semua caption dia mesti riak dalam kezuhudan. Humblebrag. sekali Sampai pegi mekah pun dia riak. dia tetamu vip Allah katanya sebab pakai telekung ribu ribu. igt Allah kawan2 dia ke nak heran dgn telekung ribu ribu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:53 PM | Show all posts
money cannot buy class...
hihihii..... very der kg.com
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la tiktokers yg laki dia mcm sudin tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 03:01 PM | Show all posts
bawal eksklusif paling mahal aku beli rm200
paling murah rm100
beli time raya jer
tak dinafikan kain dia memang elok
aku perasan jugak video dia ni
Tapi dia ni memang asal dari kedai jalan tar yang sendu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 03:03 PM | Show all posts
bokitta pun harga dalam seratus lebih je
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 03:11 PM | Show all posts
nak lawan bida ka
sbb ang mcm saja nak viral popular la ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokeybundle replied at 4-1-2024 02:07 PM
Aku pakai tudung fareha yg rm4.90 je. X yah mahal2

Sama lah....

Dulu aku tunggu punya tunggu nk beli Rebecca tu tapi asyik tak dpt je....dah asyik tak dpt, sold out tu....aku pun dah terlupa pasal tudung fareha ni....beralih ke shawl pulak..... shawl bertali, shawl pjg melilit, semua tutorial aku bljar.....

Skrg tudung fareha RM4.90...dulu rm24.90....giler le klu aku tak amik....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 4-1-2024 02:29 PM
Mana hang beli tudung? Tudung bawal plain now iols beli pun rega rm10

Tik tok tinot...tiktok....
Kat shopee pun fareha dah rm4.90....

Memula mcm tak caya....
Hari tu akk gi bank...semya staff dah pakai tudung bawal....sblm ni shawl kannn....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.063853 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list