CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lelaki Bagi Jongkong Emas RM69,197 Kepada 'Bakal Isteri'

4-1-2024 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4593| Komen: 2

Seorang budak lelaki di bandar Guang’an, wilayah Sichuan memberi jongkong emas bernilai 106,000 yuan (RM69,197) kepada seorang kanak-kanak perempuan di kelas tadikanya sebagai hadiah ‘pertunangan’.


Kejadian itu tular selepas gadis kecil itu menunjukkan dua jongkong emas seberat 100 gram kepada ibu bapanya selepas pulang ke rumah.

Rakaman kejadian memaparkan gadis itu memegang sebuah kotak berwarna merah berisi jongkong emas tersebut.


Foto: SCMP

Ibu bapa budak perempuan itu kemudian menyuruh anak mereka memulangkan hadiah tersebut pada keesokan harinya. Mereka turut menghubungi keluarga budak lelaki itu.

“Ibu bapa budak lelaki itu memberitahu bahawa jongkong emas itu disimpan untuk bakal isterinya di masa hadapan.

"Mereka tidak menyangka dia akan mengambilnya secara rahsia dan memberinya kepada anak kami,” kata ibu gadis itu.


Dia mengingatkan kepada ibu bapa lain supaya berwaspada agar perkara sedemikian tidak berlaku kepada anak mereka. 

Sumber: South China Morning Post

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:00 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:00 PM

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044705 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top