CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tangkap, Paksa Kucing Merokok

4-1-2024 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4597| Komen: 2

Description: Seorang remaja di Tebing Tinggi, wilayah Sumatera Utara, Indonesia tampil membuat permohonan maaf selepas video memaparkan dia memaksa seekor kucing menghisap rokok tular di media sosial.
Seorang remaja di Tebing Tinggi, wilayah Sumatera Utara, Indonesia tampil membuat permohonan maaf selepas video memaparkan dia memaksa seekor kucing menghisap rokok tular di media sosial.

Dalam video tersebut, remaja dikenali sebagai Khoirunnisa, 18, itu dilihat duduk di tepi jalan sambil merokok.

Dia kemudian meletakkan rokok pada mulut seekor kucing yang berada di sebelahnya dan memaksa haiwan itu menghisap rokok.


Foto: Detik

Gadis itu kemudian menghembuskan asap rokok ke arah haiwan tersebut sebelum membiarkan kucing itu berlalu.

Susulan video tular tersebut, polis Tebing Tinggi menjalankan siasatan sebelum pergi ke rumah Khoirunnisa untuk menyoal siasatnya.

Gadis itu kemudian memberitahu bahawa dia menyesali perbuatannya dan mengaku hanya bergurau.

“Dia menyesal kerana perbuatannya dan hanya bergurau serta tidak bermaksud untuk menyeksa haiwan,” kata polis.


Khoirunnisa memuat naik video penjelasan dan permohonan maaf kepada masyarakat Indonesia berhubung perbuatannya. 

Sumber: mStar/ Detik.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 4-1-2024 09:05 AM
Bodonye
Malu maluin saya
Quote KamikuP 4-1-2024 09:42 AM
LOH.. YG GOBLOK GOBLOK SAJA.. ku kira di Uttar Pradesh kayaknya di indon sana

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.042846 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top