CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Tanpa Pemandu Undur Mengejut, Rempuh Kereta Sampai Terbalik!

4-1-2024 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4950| Komen: 0

Description: Angkara tidak menarik brek tangan dengan kemas, sebuah lori muatan besi merempuh kereta jenis Honda City sehingga terbalik.
Angkara tidak menarik brek tangan dengan kemas, sebuah lori muatan besi merempuh kereta jenis Honda City sehingga terbalik.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah stesen minyak di Manjalara, Kepong, Selangor pada Rabu.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata kemalangan yang membabitkan dua kenderaan itu berlaku jam 10.30 pagi.

Foto: mStar

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika lori terbabit dihentikan di salah satu pam minyak untuk mengisi bahan api.

“Pemandu lori yang juga lelaki tempatan berusia 52 tahun meninggalkan kendaraannya untuk membuat pembayaran di kaunter.

“Dalam masa yang sama, lori tersebut bergerak secara mengundur ke belakang lalu melanggar kereta jenis Honda City yang berhenti di simpang jalan stesen minyak untuk memasuki jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Sarifudin, kemalangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap kedua-dua pemandu dan orang awam.

“Kes diklasifikasikan di bawah Rule 14(1) LN 165/59 (Tidak tarik brek tangan dengan kemas),” ujarnya.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.037041 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top