CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami 83 Tahun Sanggup Mencuri Semata-Mata Nak Sara Kekasih Gelap

4-1-2024 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2| Komen: 1

Description: BANGKOK – Seorang wanita berusia 81 tahun di Thailand menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap suaminya selepas lelaki itu didapati mencuri untuk menyara kekasih gelapnya, lapor laman berita ...
BANGKOK – Seorang wanita berusia 81 tahun di Thailand menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap suaminya selepas lelaki itu didapati mencuri untuk menyara kekasih gelapnya, lapor laman berita Thaiger.


Balai Polis Mueang Sing Buri menerima laporan satu kes kecurian daripada pemilik sebuah kedai runcit, Noppakhun Mathap pada Ahad lalu. 

Noppakhun berkata, suspek merupakan seorang lelaki berusia 83 tahun. Suspek dilarang memasuki beberapa premis miliknya kerana mempunyai sejarah lampau mencuri, namun tiada tindakan diambil.


Foto: Thaiger

Warga emas itu telah melarikan wang tunai sebanyak 3,000 baht (RM405) dari kedai Nappakhon. Polis menahan suspek, namun kemudian menghantarnya pulang ke rumah.

Di rumah, isterinya memberitahu bahawa lelaki itu mencuri untuk menyara kekasih gelapnya. Selain mencuri di kedai, lelaki itu melarikan beberapa barang milik isterinya termasuk barang kemas, wang dan perabot. 


Kesemua barang curi itu akan diberi kepada kekasihnya. Dia didakwa jatuh cinta dengan seorang wanita yang berpindah berdekatan rumah mereka.  

Wanita itu tidak tahan dengan kelakuan suaminya dan mahu polis memasukkannya ke dalam penjara. 

Pegawai polis meyakinkan wanita itu untuk menerima suaminya semula dan meminta lelaki itu berjanji untuk tidak lagi mencuri. Suspek bersetuju dan berkata dia sanggup masuk penjara jika mencuri lagi. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote intan244 8-1-2024 02:53 AM
umur brp skandal nya tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.072324 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top