CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Keluarga Bergaduh, Bergasak Sesama Sendiri Sebab Barang Niaga Halang Laluan Gerai

3-1-2024 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13049| Komen: 9

KLANG – Gara-gara laluan dihalang barangan menyebabkan dua buah keluarga bergaduh sesama sendiri ketika menjalankan perniagaan gerai di kawasan kompleks Sukan Pandamaran di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam, Ahad lalu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi 44 saat memaparkan aksi pergaduhan sehingga menarik perhatian pengunjung di lokasi tersebut.

Foto: Kosmo

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner berkata,hasil siasatan mendapati semasa kejadian seorang wanita berusia 28 tahun bersama tiga ahli keluarganya telah membuka beberapa gerai di lokasi tersebut.

Katanya, terdapat laluan antara dua gerai tersebut telah dihalang dengan barangan ibu saudara wanita berkenaan.

“Ibu wanita itu kemudiannya menegur saudaranya sebelum berlaku pergaduhan mulut yang kemudiannya membawa kepada insiden tolak-menolak antara ahli keluarga.


“Pergaduhan tersebut kemudiannya telah dileraikan oleh ahli keluarga dan peniaga gerai berdekatan,” katanya hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya telah mengambil keterangan daripada enam individu berusia 16 hingga 51 tahun yang terlibat dalam pergaduhan tersebut dan mendapati tiada sesiapa yang mengalami kecederaan.

Tambah Hoong Fong, kesemua yang terlibat telah berdamai secara baik dan tidak mahu meneruskan siasatan polis.

“Polis telah memberikan nasihat kepada mereka agar tidak mengulangi perkara yang sama.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak menularkan video tersebut yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat setempat,” katanya. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 3-1-2024 04:06 PM
Penat kemas², angkat² barang.....org tegur suruh alihkan, mula hangin.....kau tak nmpak ke aku buat apa?.....buta ke?....

Bergasak bergusti le lepas tu......
Quote Carcosa 3-1-2024 09:09 PM
Laaaa. Dia sesama dia ke yg bergaduh??
Ya hamponnnnn... Aku memati ingatkan dia bergado dgn peniaga gerai sebelah.
Quote tumpanglalu74 3-1-2024 09:15 PM
Bedio mana?
Quote dani-rox 3-1-2024 10:45 PM
bongoknya family nih. benda simple mcm tu pon nak gaduh. ke ada benda lain yg dah lama dipendam dlm hati
Quote sayurmayur88 4-1-2024 07:20 AM
hahaha, nak tengok video.. suker lah tgk orang gaduh2 ni..lolzz
Quote adizero11 4-1-2024 10:11 AM
Selalunya tempat kuat bergaduh ni syaitan dgn jin banyak bertenggek situ..elakkan laa beli makanan kt situ..
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:03 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:03 PM

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.039234 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top