CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makcik Kemboja Peraga Koleksi Pakaian Baharu, Sambut 2024 Dengan Sesi Photoshoot

3-1-2024 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21082| Komen: 23

Description: Gara-gara keterlanjurannya yang didakwa menghina bangsa Melayu bersikap pemalas, usahawan Mariyah Yaakob atau Makcik Kemboja menjadi antara insan yang paling 'dibenci' oleh netizen sepanjang tahun lal ...
Gara-gara keterlanjurannya yang didakwa menghina bangsa Melayu bersikap pemalas, usahawan Mariyah Yaakob atau Makcik Kemboja menjadi antara insan yang paling 'dibenci' oleh netizen sepanjang tahun lalu.


Mahu membuka lembaran baharu sempena kehadiran 2024, pemilik syarikat jahitan pukal Mariyah Holdings Sdn Bhd itu berkata dia menganggap kontroversi berkenaan sebagai iktibar buat dirinya.

Menerusi bingkisan video sempena tahun baharu, Mariyah berkata dia tidak mahu kejadian itu terus menghantui dirinya, sebaliknya mahu fokus ke arah masa depan yang lebih baik.

Foto: mStar

"Hari Isnin dah menuju ke tahun 2024. Masa lampau adalah kenangan, jadikan ia kenangan, sebagai iktibar bukan keluhan. Jangan biarkan masa lepas merantai anda semua untuk bergerak ke hadapan.

"Maafkan apa yang lepas, kemudian pelihara peluang ke hadapan, tutuplah tirai 2023 dengan kenangan yang penuh indah," ujar Mariyah buat setengah juta pengikutnya di TikTok.


Menurut Mariyah lagi, dia juga mahu menjalani hidup dengan positif dan berharap tahun 2024 membawa banyak sinar buat dirinya.

"Belajarlah mencintai takdir, apa yang Allah telah tentukan takdir hidup kita, supaya hidup dengan lebih positif, kerana dunia ini untuk diuruskan, bukan untuk dirunsingkan.

"Semoga di tahun 2024 lebih banyak lagi sinar. Okay bye, jumpa di tahun 2024," ujar Mariyah yang memakai pakaian berona merah sedondon dengan tudungnya.

Video yang dikongsi oleh Mariyah menerusi aplikasi TikTok itu meraih lebih 100,000 tontonan.

Menerusi satu lagi video berasingan, Mariyah turut berkongsi rakaman sebalik tabir sesi photoshoot di sebuah studio ketika dia memperagakan koleksi pakaian terbaharu keluaran syarikatnya.

"Memperkenalkan, antara koleksi terbaru menjelang tahun 2024, Adelina Suit. Koleksi pant dan suit pertama buat 2024 daripada madam, seperti Darleena Suit, tetapi dengan sentuhan yang baharu.

"Anda boleh dapatkan semasa sesi live madam okay," ujar Mariyah menerusi kapsyen video.

Untuk rekod, Mariyah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia pada 27 November 2023 gara-gara menggelar kaum Melayu sebagai golongan yang malas.

Pada 7 Disember tahun lalu, dia dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Ayer Keroh, Melaka membenarkan Mariyah dijamin sebanyak RM15,000 dan menetapkan tarikh 12 Januari sebagai sebutan semula kes. 

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 3-1-2024 05:16 PM
alhamdulillah, ramai yg dah memaafkan atas keterlanjuran nya
Quote Skuau 3-1-2024 05:25 PM
honam replied at 3-1-2024 05:16 PM
alhamdulillah, ramai yg dah memaafkan atas keterlanjuran nya

Menunjukkan Msian tu 'BODOH TAK SUDAH()' kalo nak beli dr dia lg...
Quote laksmanabentan 3-1-2024 05:27 PM
Skuau replied at 3-1-2024 05:25 PM
Menunjukkan Msian tu 'BODOH TAK SUDAH()' kalo nak beli dr dia lg...

yang bodoh dan bebal tu STOKIS uooollssss.... stokis tahu benda boleh jual dan huntong jer....

Quote SalenaGomez 3-1-2024 05:30 PM
Madammmm lah sangat…haritu kena hukuman apa ya lepas kena tangkap?? Lepas kes dia , kes zyan dgn budak yg kena langgar dgn polis, terus kes mak yam ni dilupakan
Quote honeybee1802 3-1-2024 05:31 PM
Isk..buruk nor pesen ko makcik...mmg outdated...
Quote Antifake 3-1-2024 05:38 PM
honeybee1802: Isk..buruk nor pesen ko makcik ...
Balik2 satu kaler aje.. dah macam teletubbies
Quote miss_white 3-1-2024 06:33 PM
Masih ada kt malaysia lg ke
Ingat dh berambus kena halau blk kemboja
Muka tebal muka tak tahu malu
Masih lg nk tunjuk dia punya muka kt sini
Berambus  la berniaga kt kemboja
Quote anony-mous 3-1-2024 07:39 PM
Org tetap akn beli, n makcik ni akn terus kaya n makin kaya. Jakel tu rehat setahun je lps kes ank2 diaoranh hina melayu, pastu dah comeback. Bulan bintang pon under jakel melayu mmg mcm ni. Patut la rohingyuck tapau hbis. Lemah! Melayu yg ada sifat kasihan pd pndatang mmg lemah!!
Quote bungarose 3-1-2024 07:58 PM
Enough is enough
G berambus balik negara ngko
Hadap cari kemewahan di bumi malaysia lagi boooooooo
Quote miss_white 3-1-2024 08:09 PM
anony-mous replied at 3-1-2024 12:39 PM
Org tetap akn beli, n makcik ni akn terus kaya n makin kaya. Jakel tu rehat setahun je lps kes ank2  ...

Yg hadap beli kedai pendatang mungkin yg duduk ceruk yg jauh dari bandar
Jakel tu sampai hari ni aku boikot
Sorry lah kedai2 pendatang mmg aku boikot
Yg bodoh je beli rasa nk tonyoh je muka sekor2
Quote sayurmayur88 4-1-2024 07:22 AM
hahahaha, masih boleh mengaut kekayaan di bumi bertuah malaysia.....
Quote cmf_premierleag 4-1-2024 07:33 AM
Makcik kemboja ni buat Koleksi raya 2024 ke?
Sorry, i go for lebaran luxe 2024 by nurita harith
Quote menjad 4-1-2024 07:43 AM
alhamdulillah dah suci murni macit ni
Quote Suchi 4-1-2024 08:00 AM
honeybee1802 replied at 3-1-2024 05:31 PM
Isk..buruk nor pesen ko makcik...mmg outdated...

Tak minat betul jenis satu color dr atas sampai bawah ni
Kalau pakai baju plain tudungnya harus bercorak, kalau bold camni maybe tudung yg sesuai kaler cream/ hitam dgn corak ada merah2 skit.


Quote Suchi 4-1-2024 08:03 AM
anony-mous replied at 3-1-2024 07:39 PM
Org tetap akn beli, n makcik ni akn terus kaya n makin kaya. Jakel tu rehat setahun je lps kes ank2  ...

Aritu nampak video bos jakel tgh duk ngaji sorang2 kat mekoh.
Haruslaa buat hati ummah tanahair bertambah cair

Org kita mmg suka ngn org luar, jenis mudah menerima apa2 pun
Quote justchu 4-1-2024 08:25 AM
Suchi replied at 4-1-2024 08:03 AM
Aritu nampak video bos jakel tgh duk ngaji sorang2 kat mekoh.
Haruslaa buat hati ummah tanahair be ...

negara kita ni sebenarnya penuh dgn org luar
separuh yg meyokong tu semua asal usul bukan anak jati malaysia

bila macik kemboja kena kecam,
jawa totoks konoha, myanmar, laos, kemboja, vietnam, rohingya
dan seangkatan dgnnya semua sokong dia
Quote akies 4-1-2024 08:39 AM
Baju merah, tudung merah.
Baju biru, tudung biru
Pusing2 gitu je produk makcik ni.
Ntah sape ntah beli
Quote syamzana 4-1-2024 08:46 AM
sapa yg memaafkan dia ni??
yg membeli baju tu tatau pun company dia yg jahit dah nama cap baju pun lain. pasni kene tnya butik sapa tkg jahit.
Quote supernaturalee 4-1-2024 09:53 AM
cmf_premierleag replied at 4-1-2024 07:33 AM
Makcik kemboja ni buat Koleksi raya 2024 ke?
Sorry, i go for lebaran luxe 2024 by nurita harith:lo ...

peserta project runway tu ke


Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.188466 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top